blog kay & yana: Kisah si Aryan Muzaffar

Kisah si Aryan Muzaffar

31 October 2013
Aryan dah nak setahun baru nak cerita kisah dia masa 7 bulan.. hahaha.. 
Punyelah pemalas mama dia nak updated blog bagai ni....
Kesian...

Government staff boleh pilih samada nak cuti bersalin 2 bulan atau 3 bulan
Dan normally ibu ibu ini akan ambil the maximum iaitu 3 bulan dengan harapan manalah tahu PM nak umukan pertambahan cuti ibu yang bersalin ni khenn... *harapan tinggal harapan... hahaha

Aku memilih 3 bulan. Jadinya 3 bulan aku menjaga Aryan dengan penuh kasih sayang.. 
Sangat indah okeh.. Sangat heaven ye..
Habis 3 bulan aku import opah aku jaga Aryan.. hihihi..
Daripada Rayyan dulu pun opah yang jaga sampai la Rayyan 4 bulan...
So Aryan opah jaga sampai dia 4 bulan ... Lepas tu aku import pulak adik ipar aku jaga 
Aryan sampai Aryan 7 bulan... terima kasih opah.. terima kasih angah... 


Selepas tu, aku menjajau kesana sini mencari tempat untuk Aryan... 
Atas bantuan seorang teman, aku hantar Aryan di rumah pengasuh anak teman itu... 
Tapi mungkin silap aku juga... 
Selepas tiga hari Aryan di rumah pengasuh tu, pipi dia lebam dan biru. (aku tak pernah buat entry tentang ini kerana aku tak nak salahkan sesiapa).


Selepas kejadian itu, aku tidak hantar Aryan lagi ke rumahnya
Aku ambil cuti awal memandangkan waktu itu hampir nak cuti hari raya puasa
Selama aku bercuti aku merayau sana sini hingga aku jumpa satu taska bernama 
"Taska Mama Mia"
Nanti aku cerita tentang taska ini...
Alhamdulillah..
Aryan masih di taska mama mia ni..
Terima kasih pada semua yang membantu aku di kala aku dalam kesusahan 
Aku sangat menghargainya... 


Semoga anak anak aku sentiasa dilindungi oleh NYA. Amin..

2 comments:

  1. Amin..semoga dpat solution yang terbaik buat yanan nanti..Ala ciannya pipi labuh ni lebam..

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign