blog kay & yana: Setia Bersamamu JDT

Setia Bersamamu JDT

09 October 2013
Hati memang panas kalau diimbas kembali kekalahan JDT melawan TRW pada Sabtu lepas
Lagi panas bila ada fans TRW yang menghina mengutuk mencaci fans JDT

Tetiba hari ni aku baca satu blog yang aku rasa aku nak share dengan semua orang.. 
Suka sangat baca entry dari blog Cinta Itu Misteri
Aku ada ramai kawan kawan baik dari pantai timur.. tapi mereka tak pernah pun kutuk JDT okeh.. mereka sangat open minded.. we are 1 Malaysia.. so who are u to provoke our team??? 

copy paste from blog Cinta Itu Misteri... Salute dengan akak... this is LARKEN !!!

Masing-masing masih demam enam satu lagi, baik TRW mahupun JDT. Iya betul... JDT dah kalah itu pasti, tapi ingat... nasib TRW belum tentu lagi. Rancangan Allah baik sekali dan kami tidak pernah menyesali. 

Wahai penyokong TRW, berhentilah mengutuk mengeji mencaci. Apa yang kalian dapat, kerana sejak awal musim lagi kalian cukup benci dengan JDT? Apa sebenarnya salah kami? Budi bahasa budaya kita, rata-rata ada agama, tapi ayat tak pernah nak jaga.

Wahai penyokong JDT, bersabarlah... tetapkan jati diri. Jangan dibalas kata-kata mereka, kerana kita tiada kuasa. Kalau masih berbalas-balas juga, kita akan sama seperti mereka. Diamkan saja, tahun depan kita bangkit lagi dengan semangat baru yang lebih jitu.

Terima kasih TMJ kami kerana membawa arena bola sepak Malaysia ke mata dunia melalui experimentasi JDT. Mereka sudah nampak kita, tempiasnya kami rasa, di mana-mana saja mereka pasti memperkatakan curva kita. Kami sungguh pecaya TMJ akan memberikan sesuatu yang terbaik di musim depan nanti.

Untuk penyokong-penyokong tegar JDT berdiri bersama skuad BOS sejati, terima kasih segalanya. Sokongan yang diberi membakar semangat segenap jiwa anak jati JDT. Dari bayi kecil hingga veteren pencen, tak malu menggayakan jersi JDT tak kira mana mereka pergi. Lihatlah, di mana saja, walaupun kalah enam satu, tak pernah malu, bergaya penuh megah tak perlu goyah. Untuk semua warga, tetaplah menyokong negeri sendiri, tanah tumpah Johor Darul Tazim. Tapi......malang sekali bila anak jati turut sama-sama mengutuk mengeji. Bila menang bersorak tempiak, bila kalah mulalah berpaling tadah.

■■ Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah ■■


Seterusnya....

Harapan kami.....agar pemain-pemain baru yang bakal dipilih memenuhkan skuad JDT musim depan nanti, bermainlah dengan sepenuh hati. Jangan goyah kerana penyokong JDT tetap memberi sokongan tanpa henti, walau kalah kami tetap menyanyi memberi semangat baru agar dapat bangkit kembali.

Harapan kami......agar pemilihan pemain yang baru nanti lebih banyak anak jati, yang bermain untuk negeri sendiri kerana semangat anak jati lain sekali. Sanggup bermati-matian kerana di dalam hati tertanam sifat jati diri.

Mohon kembali...
♥ Irfan Fazail - Harimau Muda ♥ 
♡ Fazli Sas - Harimau Muda ♡ 
♥ Norazlan Bakar - Selangor ♥
♡ Fandi Osman - Harimau Muda ♡
♥ Rizal Zamri Yahya - ATM ♥
♡ Idris Karim - Negeri Sembilan ♡

《Kami terguris》









《KAMI PASTI BANGKIT》

Al-Fatehah untuk Arwah Adam Farish b. Muhamad Al-Hafiz....

note : Aku suke ayat akak ni.. "Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah"... hahaha.. pengulas sukan malam tu memang mcm lahanat.. hahaha.. asal aku dari JOHOR... setia aku bersamu JOHOR... 

12 comments:

  1. hurmm.. no komen... deqla x minat bola.. nak kata sokong memana pun tak.. tp apapun, deqla sokong team harimau malaya.. hihi..

    ReplyDelete

  2. sayapun tgk tapi xberia sgt..hehe
    layan mcmtu ja...
    tapi tu la katanya sebab penjaga goll tu tak ada...

    AlFatihah utk arwah anaknya kan...

    ReplyDelete
  3. ntahle..
    bagi saya sama je jdt dan trw tu
    ada fan yg terlampau fanatik kutuk mengutuk.yg cool okey je layan bola duk sebelah2 x de gaduh pun.ramai sgt tukang provoke tu psl jd gaduh

    ReplyDelete
  4. biasalah..kalau menang dipuji dilambung
    kalau kalah dicaci di keji..kesian mereka tu dok berebut bola nan sebiji...

    ReplyDelete
  5. xtau nk komen apa bab bola ni hihihi
    tp mmg tau cim mmg minat bola..yana pn sama erk...

    ReplyDelete
  6. Salam kenal Kay..sorry sangat-sangat coz sekarang baru dapat reply message Kay mengenai 6 beradik yang ditinggalkan tu..kita tak ada info dia..tapi kalau kay nak maybe boleh go thru sinar harian coz dia orang yang keluarkan berita tu...

    ReplyDelete
  7. semangat kesukanan...!
    terbaiklah...

    ReplyDelete
  8. Sispun bersemangant cm kak niena ye hehe

    ReplyDelete
  9. semangat kesukanan ni...bagus2....saya pon setia bersama mu johor...:)

    ReplyDelete
  10. memang minat ngan bola :)
    dalam hal ni, sebenarnya lebih kepada :- kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. hanya berapa kerat je yang kritik, bukan semua.. Ros memang harap, jangan telalu bersifat kenegerian.. kita asalnya ari negara yang sama, MAlaysia.. Sukan boleh menyatupadukan masyarakat dan juga sebaliknya. berharap isu ni reda dan jangan ada dendam..

    ReplyDelete
  11. thanks Kayyana sbb menghargai penulisan CiM.

    tapi...memang betul2 terasa kannn...takpe....kita Johorian ada maruah, sebab kita semua sekolah agama.

    Kayyana, dah tengok senarai baru bakal skuad kesebelasan JDT musim hadapan. ada beberapa nama yg CiM sebutkan sudah diserapkan...semoga tahun depan kita punya.

    ReplyDelete
  12. huhuh..memang terbaik blog tu kan..aida pon emo kalau bab bab bola ni..tapi aida sokong selangor sebab dulu kini selamanya selangor..hehee..Apepun..kita senasib dan akan cuba lagi tahun dpn..InsyaALLAH

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign