blog kay & yana: REVIEW: KECANTIKAN SEMULAJADI DENGAN DOCLAB FACE AMPOULE

REVIEW: KECANTIKAN SEMULAJADI DENGAN DOCLAB FACE AMPOULE

03 December 2015

Siapa yang taknak cantik kan...? Semua orang nak cantik... tapi cara dan bagaimana tu terpulang pada diri sendiri. Aku nak share 1 produk yang semestinya bebas daripada bahan bahan kimia dan bahan bahan yang merbahaya... Kulit kalau nak sihat dan cantik kena guna bahan yang bebas kimia tau... Produk daripada Korea tau...kini sudah tiba di Malaysia... DocLab Face Ampoule... 

DocLab tu apa? DocLab adalah sebuah produk kecantikan yang dirumuskan dan dihasilkan di Korea Selatan. Walaupun dihasilkan di Korea Selatan ,bahan bahan yang terkandung dalam DocLab ni bebas daripada Alcohol, bebas daripada silicone, bebas daripada paraben, bebas daripada bahan bahan yang berasaskan binatang. Intipati kandungan utamanya adalah asid hyaluronic, ekstrak ginseng, kolagen dan ekstrak aloe vera. Jadi ia sangat selamat digunakan pada kulit wajah kita. In Sya Allah... 


Ampoule ni biasanya dalam bentuk cecair dan jernih. Ia tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan kimia, sebab itu ia harus disimpan dalam bekas kaca kecil yang kedap udara untuk menjaga kualiti bahan bahan yang terkandung di dalamnya.  Ampoule ni lebih efektif berbanding serum. Ia sangat sangat sesuai untuk wanita yang ada masalah pigmentasi dan ia juga membantu dalam melambatkan proses penuaan... Seeloknya wanita yang berumur 30 tahun ke atas perlu memakai ampoule ataupun serum sebab pada umur itulah masalah penuaan dan hyperpigmentation akan berlaku... gitu.. dah macam pakar kecantikan pulak bila bercakap... Yang bestnye ampoule yang ada pada DocLab ni memberikan kesan yang lebih cepat berbanding serum. Ia membuatkan kulit kita menjadi halus, tegang dan tidak berminyak.. 


DocLab ni didatangkan di dalam sebuah kotak khas dan mempunyai 5 ampoule yang comel.. Satu botol ampoule untuk sekali penggunaan. Korang boleh guna seminggu sekali. Kalau nak dapatkan kesan yang pantas gunalah hari hari... hihi.. Satu botol ampoule tu boleh guna ke seluruh muka dan leher. Cukup malah lebih.. Aku sampai sapu sapu kat belakang tapak tangan ok... Tapi kena habiskan tak boleh simpan cecair tu bila dah patahkan ampoule tu.  

Aku nak tunjukkan kat korang betapa comelnya botol Ampoule ni. Boleh muat bekas brooch jarum jemarum aku..

Cara penggunaannya senang sangat... Korang pejam mata pun boleh... ahahaha.. ok..jangan ikut ye...  jangan pejam mata sebab ampoule ni berkaca.. 



1) Mula mula korang kena pastikan semua cecair dah turun ke bahagian bawah ampoule.. make sure yang belah atas tu kosong ye... 



2) sediakan tisu atau kain untuk patahkan ampoule tu... korang akan nampak garisan putih di tengah tengah ampoule tu.. so patahkan yang belah atas.. 



3) Bila dah patah akan jadi macam gambar kat atas. So tuangkan cecair DocLab ke tapak tangan atau kapas sapulah ke seluruh muka dan leher.. sapu rata rata dan biarkan DocLab menyerap dalam kulit kita.. 

Ada satu benda yang best sangat pasal DocLab ni yang aku nak share dengan korang.. aku memang dah guna DocLab since aku terima satu kotak so aku dah habis guna 5 botol ampoule dalam masa seminggu... Bila aku guna DocLab sebelum tidur aku akan bangun pagi dengan muka yang fresh.. Macam korang tengok cerita korea bangun pagi muka flawless dan tak kering kan.. macam tulah muka aku bila guna DocLab... DocLab ni juga boleh digunakan sebagai pre-makeup tau.. Korang yang suka makeup dan nak makeup tu tahan lama gunalah DocLab sebelum pakai makeup.. Makeup korang akan maintain cun sampai ke malam.. Tak percaya? cubalah.... 
Untuk mak mak / pak pak andam yang nak makeup pengantin tu aku memang cadangkan korang kena ada stock DocLab ni supaya makeup pengantin yang korang makeup kan tu kekal tahan lama sampai habis majlis... Dulu mak andam aku sebelum makeup dia akan sapu ais pada muka aku nak bagi makeup tahan lama... Tapi sekarang tak payah guna ais dah..guna je DocLab ni untuk kekalkan makeup di muka... 


The important thing.. DocLab telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.. Ada disertakan no KKM di belakang kotak DocLab



Ini kotak versi English.. model haruslah secantik Korean girl... 


Ini versi Malay... Model Fareeda u ollss... Dia menggunakan DocLab... muka dia memang dah memang cantik.. pakai DocLab lagilah cantik...



Yang ni versi apa aku tak tahu.. cuma aku nak bagitahu makeup aku macam tu je dari pagi sampai ke malam.. time ni dah petang... dah peluh peluh jalan kaki dalam kereta amek gambar excited tengok muka sebab makeup tak cair dan tak berpeluh... sebab apa? sebab aku pakai DocLab lah... 

Harga sebenar DocLab sekotak : RM138.00
Kini ada promosi harga hanya RM98.00 termasuk pos

For more information tentang produk DocLab ni, please check out this links okeh...

website :  www.doclabkr.com 
instagram :  instagram.com/doclabkr
facebook:  fb.com/doclab.my


Thank you for reading gais....! =)

3 comments:

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign