blog kay & yana: Nur Dania 3 Thn Mati Dgn 73 Kesan Cedera Disyaki Didera

Nur Dania 3 Thn Mati Dgn 73 Kesan Cedera Disyaki Didera

12 January 2011


entry sedih ni aku copy dari blog Pahit Manis 1st Love... harap tuan punye blog memberi keizinan aku utk copy entrynyer... sedih sgt bile dgr berita mcmni.. kenapalah manusia itu sgt kejam dan jahat sehingga sanggup mendera kanak-kanak yg berumur 3 tahun sehingga mati.. apalah dosa kanak2 itu... walaupun kanak-kanak itu nakal sekalipun, takkanlah dera sehingga begitu rupa.. knp begitu zalim.. jgnla menipu kerana penipuan itu memang takkan berjaya... kanak-kanak sekecil itu tidak mengerti apa-apa... apatah lagi untuk melawan manusia sezalim itu... kanak-kanak bukan utk didera tp utk diberikan kasih syg sepenuhnya... Syurga menanti mu Dania.. al-Fatihah.. aku harap pihak berkuasa akan memberi hukuman yg setimpal dengan penderitaan Nur Dania... takziah buat ibu arwah serta keluarga...

Johor Bahru: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam. Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi. “Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. “Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru. Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Ibutiridusta/Article

2 comments:

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign