blog kay & yana: Betulkah Lisa Surihani Cakap Tak Sopan Depan TV?

Betulkah Lisa Surihani Cakap Tak Sopan Depan TV?

29 November 2010

29 NOV 2010: Setiap minggu, Murai Batu naik syok melihat keletah pelakon cantik, Lisa Surihani mengacarakan program Mari Menari (MM) bersama Awal Ashaari. Murai Batu tambah syok tapi kasihan jugak pada pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) apabila dia asyik kena bahan dalam menyebut nama program Mari Menari.

Yelah, kalau semua yang mengikuti cara pertuturan Lisa, mesti anda perasaan si Lisa ini agak kurang jelas dalam menyebut perkatan yang ada huruf R. Sungguh pun sering diajuk oleh semua orang, Murai Batu tidak pun tertekan dan menyedari kekurangan tersebut.

Malah, disebabkan ini juga, Lisa bertambah yakin dalam menggamatkan lagi Mari Menari setiap minggu. Murai Batu yang jadi penonton setia Mari Menari di kaca TV pun suka dengar cara Lisa melontarkan perkataan studio. Ada gaya tersendiri!

Hanya kerana Lisa semakin selesa, Murai Batu terkejut apabila mendengar Lisa telah menyebut satu perkataan yang agak kurang manis bunyinya pada siaran langsung program Mari Menari beberapa minggu lepas. Murai Batu rasa bukan Murai Batu saja terkejut, malahan ribuan ibu dan bapa yang menonton program ini di studio terkesima apabila mendengar Lisa menyebut perkataan tersebut.

Bagi yang terlepas menonton siaran langsung tersebut, Lisa yang cantik dan manis itu telah menyebut perkataan Gila Babi sewaktu mengacarakan program ini. Walaupun ia bukanlah dikategorikan ayat mencarut, tapi mengikut fahaman Murai Batu, ayat ini tidak sesuai digunakan dalam bahasa pengacaraan TV.

Apa kes pun, Murai Batu diberitahu, suara Lisa telah dibisukan untuk program ulangan. Yang penting, Murai Batu rasa, Lisa perlulah lebih berhati-hati selepas ini dalam menggunakan bahasa. Mungkin Lisa tiada berniat untuk menggunakan perkataan tersebut, tapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imej Lisa yang sentiasa kelihatan sopan dan disukai ramai.

sumber : http://www.murai.com.my

note: aku suke lisa surihani.. die sgt comel dan sgt cute... mungkin die tak sengaja kot.. terlalu excited kan..

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign