blog kay & yana: Aktres Priyanka Chopra Bikin Hidung Lagi?

Aktres Priyanka Chopra Bikin Hidung Lagi?

18 November 2010

14 OKT 2010: Kalau dibandingkan Priyanka Chopra yang dulu dengan sekarang, Murai Batu rasa memang jauh bezanya. Terutama pada hidungnya. Makin lama, ia kelihatan makin nampak lebih lurus, mancung dan indah.

Namun, gosip Priyanka Chopra bikin hidung bukanlah satu gosip yang baru. Malah, Priyanka khabarnya cukup gembira dengan hasil yang diperolehinya selepas dia membuat pembedahan plastik untuk hidungnya itu.

Satu sumber memberitahu sebuah tabloid: "Dulu, Priyanka cuba mendapatkan hidung yang lebih cantik dan mancung. Namun, kali ini kesannya terlihat lebih nyata daripada yang sebelumnya".

Adakah ini membawa maksud bahawa Priyanka sekali lagi telah membuat semula pembedahan plastik untuk hidungnya. Nampaknya, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Khabarnya dia telah pergi ke London beberapa waktu yang dulu.

Pemergiannya itu pula langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang sebarang acara atau sebarang penggambaran filem yang perlu dijayakannya. Lantas, timbullah spekulasi yang mengatakan bahawa dia telah melakukan operasi tersebut.

Apa yang pasti, hasrat Priyanka untuk memiliki raut bentuk wajah yang sempurna, telah pun terlaksana.

sumber : www.murai.com.my (http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=8095&c=2&s=4)


No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign