
- iklan friso dan
29 NOV 2010: Setiap minggu, Murai Batu naik syok melihat keletah pelakon cantik, Lisa Surihani mengacarakan program Mari Menari (MM) bersama Awal Ashaari. Murai Batu tambah syok tapi kasihan jugak pada pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) apabila dia asyik kena bahan dalam menyebut nama program Mari Menari.
Yelah, kalau semua yang mengikuti cara pertuturan Lisa, mesti anda perasaan si Lisa ini agak kurang jelas dalam menyebut perkatan yang ada huruf R. Sungguh pun sering diajuk oleh semua orang, Murai Batu tidak pun tertekan dan menyedari kekurangan tersebut.
Malah, disebabkan ini juga, Lisa bertambah yakin dalam menggamatkan lagi Mari Menari setiap minggu. Murai Batu yang jadi penonton setia Mari Menari di kaca TV pun suka dengar cara Lisa melontarkan perkataan studio. Ada gaya tersendiri!
Hanya kerana Lisa semakin selesa, Murai Batu terkejut apabila mendengar Lisa telah menyebut satu perkataan yang agak kurang manis bunyinya pada siaran langsung program Mari Menari beberapa minggu lepas. Murai Batu rasa bukan Murai Batu saja terkejut, malahan ribuan ibu dan bapa yang menonton program ini di studio terkesima apabila mendengar Lisa menyebut perkataan tersebut.
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung tersebut, Lisa yang cantik dan manis itu telah menyebut perkataan Gila Babi sewaktu mengacarakan program ini. Walaupun ia bukanlah dikategorikan ayat mencarut, tapi mengikut fahaman Murai Batu, ayat ini tidak sesuai digunakan dalam bahasa pengacaraan TV.
Apa kes pun, Murai Batu diberitahu, suara Lisa telah dibisukan untuk program ulangan. Yang penting, Murai Batu rasa, Lisa perlulah lebih berhati-hati selepas ini dalam menggunakan bahasa. Mungkin Lisa tiada berniat untuk menggunakan perkataan tersebut, tapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imej Lisa yang sentiasa kelihatan sopan dan disukai ramai.
sumber : http://www.murai.com.my
note: aku suke lisa surihani.. die sgt comel dan sgt cute... mungkin die tak sengaja kot.. terlalu excited kan..
TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.
Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.
"Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa," kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut.
Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih.
Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu. - AFP
sumber : http://www.kosmo.com.my/
Bukan hanya itu, sebuah kereta baru hadiah dari orang tak dikenali juga telah menanti Zaidi. Itu belum termasuk wang yang dikirim oleh para dermawan, beberapa tawaran bernikah, dan tawaran penjagaan kesihatan yang ditujukan kepadanya.
Para editor Al Baghdadia TV mengatakan mereka telah menerima banyak permintaan dari perempuan yang hendak menikahi Zaidi. Selain itu banyak pula datang tawaran harta benda seperti wang, kereta, hingga kuda berpelana emas dari Morocco. Seorang warga Arab bahkan bersedia membeli kasut Zaidi seharga USD 10 juta.
Seorang petani Palestin berusia 75 tahun yang tinggal di Tepi Barat, Ahmad Jouda, rela menjual sebagian kambingnya dan mengumpulkan puluhan ribu dolar dari saudaranya untuk menyokongZaidi. Dia juga menawarkan Zaidi untuk menikah dengan salah seorang saudara perempuannya.
Berbagai tawaran itu dimulai tahun lalu ketika seorang dari Mesir bernama Saad Gumaa menelefon keluarga Zaidi dan menawarkan anak perempuannya yang berusia 20 tahun, Amal Saad Gumaa, untuk dinikahi Zaidi. “Saya ingin tinggal di Iraq. Apalagi kalau saya boleh bersama dengan pahlawan ini (Zaidi)…Itu adalah suatu kehormatan bagi saya,” kata Amal.
Mantan Presiden AS George W Bush memang tidak disukai di dunia Arab. Para analisis berpendapat, banyak warga Arab yang beranggapan dengan tindakannya itu Zaidi telah mewakili mereka mengekspresikan kemarahan, hal yang tidak berani dilakukan oleh para pemimpin politik tempatan.
sumber : http://www.isuhangat.net/
14 OKT 2010: Kalau dibandingkan Priyanka Chopra yang dulu dengan sekarang, Murai Batu rasa memang jauh bezanya. Terutama pada hidungnya. Makin lama, ia kelihatan makin nampak lebih lurus, mancung dan indah.
Namun, gosip Priyanka Chopra bikin hidung bukanlah satu gosip yang baru. Malah, Priyanka khabarnya cukup gembira dengan hasil yang diperolehinya selepas dia membuat pembedahan plastik untuk hidungnya itu.
Satu sumber memberitahu sebuah tabloid: "Dulu, Priyanka cuba mendapatkan hidung yang lebih cantik dan mancung. Namun, kali ini kesannya terlihat lebih nyata daripada yang sebelumnya".
Adakah ini membawa maksud bahawa Priyanka sekali lagi telah membuat semula pembedahan plastik untuk hidungnya. Nampaknya, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Khabarnya dia telah pergi ke London beberapa waktu yang dulu.
Pemergiannya itu pula langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang sebarang acara atau sebarang penggambaran filem yang perlu dijayakannya. Lantas, timbullah spekulasi yang mengatakan bahawa dia telah melakukan operasi tersebut.
Apa yang pasti, hasrat Priyanka untuk memiliki raut bentuk wajah yang sempurna, telah pun terlaksana.
sumber : www.murai.com.my (http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=8095&c=2&s=4)
Kata teman baik Murai Batu, pengacara comel, Jimmy Shanley dengarnya akan hadir ke mahkamah syariah dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkenaan rumahtangganya. Tapi jelas teman Murai Batu dia sendiri tak pasti kehadiran Jimmy ke sana untuk mendapatkan kaunseling atau berbincang tentang prosedur perpisahan.
Emm, sedih juga Murai Batu mendengarnya, tapi tak tahulah betul atau tak cerita tersebut. Murai Batu harap sangat cerita itu tak betul. Yelah usia perkahwinan mereka belum pun masuk dua bulan dah dilanda badai. Lebih menyentuh hati Murai Batu ialah isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani pun baru sahaja disahkan mengandung sebulan.
Memang sebelum ini Murai Batu ada mendengar kisah pergolakkan rumahtangga mereka namun Murai Batu ingat semuanya hanyalah khabar angin. Apa pun Murai Batu harapkan sangat cerita tersebut yang hanyalah satu omongan kosong saja.
Sekiranya betullah kisah ini, Murai Batu harap sangat Jimmy dan isteri banyak-banyak. bersabar. Tapi sekiranya tak benar, Murai Batulah insan pertama yang gembira kerana sekurang-kurangnya mahligai yang dibina pasangan itu masih lagi utuh.
sumber: www.murai.com.my (http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=8367&c=2&s=3)Tiga jenis tiket akan merangkumi semua tempat suci di Mekah dan akan membolehkan para peziarah untuk naik kereta api ke bandar untuk melakukan amalan mereka sebelum kembali ke tempat tinggal mereka di dalam atau di luar bandar, menurut akhbar PAKEM , mengutip kata Habib Zain Alabidin, wakil di Saudi Kementerian Hal Ehwal Bandar.
“Harga tiket telah ditetapkan sebanyak SR250 (US$67/RM201.00) yang akan merangkumi perjalanan penuh ke dalam dan keluar dari Mekah selama tujuh hari … tiket lain adalah harga SR100 (US$ 27/RM81.00) selama empat hari,” katanya.
Para pegawai mengatakan kereta api tersebut mempunyai kapasiti seramai 170,000 penumpang dalam fasa pertama dan dua juta apabila fasa ketiga dan terakhir selesai.
Arab Saudi telah memperuntukkan hampir SR6.7 bilion (US$ 1.8 bilion /RM5.4 billion) untuk metro tersebut, perkhidmatan secara berterusan yang bermula bulan depan untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah. Para pegawai berharap projek untuk sebahagian besar menyumbang mengurangkan kesesakan jalan disebabkan oleh kereta berhampiran Makkah.
Habib Zain Alabidin mengatakan kereta api akan beroperasi sepanjang tahun.
Projek ini merupakan sebahagian daripada program mahal oleh Arab Saudi untuk mengatasi kesesakan lalu lintas teruk di dalam dan sekitar bandar dan memudahkan akses kepada semua tempat-tempat suci di Mekah.
Lebih dari dua juta umat Islam ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Projek kereta api, bermula tiga tahun lalu yang mana China Railway Construction Corp, sebahagian daripada konsortium Saudi-Perancis-China yang memenangi kontrak, telah melaksanakan projek ini, yang melibatkan hampir 5,000 pekerja. Sistem Keretapi ini adalah kedua di negara Teluk selepas Dubai Metro.
Keretapi pertama di Mekah beroperasi tahun ini
sumber ihsan dr : http://www.isuhangat.net/2010/11/keretapi-pertama-di-mekah
aku dapat email dr ofismate aku.. die mmg sgt concern tntg penjagaan baby ni... maklumlah die pun ada baby... so die byk dpt info tntg kesihatan baby... so ada something yg die email pd aku dan aku rasa aku boleh share dengan korang semua... sebab sharing kan caring kan.. so... lets share together k...
pneumococcal vaccine
Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan tersebut. Kuman disebarkan kepada kanak-kanak melalui pelukan dan ciuman oleh ibu bapa atau orang dewasa yang mengalami selsema. Ia kemudian disebarkan kepada kanak-kanak lain melalui bersin atau batuk. Selain kanak-kanak, mereka yang HIV positif dan mempunyai sistem imunisasi lemah seperti perokok dan warga emas turut mudah dijangkiti.
So doctor baby aku cadangkan suh ambik injection pneumococcal vaccine but since dah nak dekat setahun ambik 2 jab jer. 12 bulan dgn 14 bulan. Satu jab adalah RM200 hinggit. Dalam imunisasi kerajaan takde subsidi. Kalau baby bawah setahun kene amik 3 jap (injection), 1-2 tahun kene amik 2 jap..2 tahun ke atas sampai 9 tahun 1 jap shj.
Ni utk cegah meningitis, blood infection, pneumonia(radang paru-paru) and ear infection caused by ten types of the bacteria Streptococcus pneumoniae. Sbb budak2 skg selalu kene radang paru-paru sampai kene sedut asap tu.
Antara Tanda-tanda demam berlarutan melebehi 2 minggu, selesema + batuk berkahak.
Saje untuk sharing2 ngan korang..
Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign