blog kay & yana: TiPs dan PetuA...

TiPs dan PetuA...

18 June 2010
salam semua ....

ade beberape petua yg aku nk share dengan korang semua... mnela tau petua tu mujarab ke kan kan kan.. so enjoy k....

1) Legakan selsema

- Jika baby anda selsema, ambil sebiji kunyit, patahkan dan sapukan pada batang hidungya. InsyaAllah bayi anda tidak lagi meragam kerana hidungnya tersumbat. Benda ni aku selalu lakukan bile danish kene selsema. Alhamdulillah, lepastu die da tak meragam lg dan esok harinya selsema danish da kering...  

2) Sakit gigi

- kepada anda yang sedang sakit gigi, ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya. Salai seketika di atas api. Biarkan sejuk sedikit. Kemudian, gigit pada tempat yang sakit tuh. Cara ini mampu mengurangkan kesakitan yang dialami. Benda ni aku tak pernah buat...sebab aku belum kene sakit gigi lagik.. kalau aku da kene sakit gigi nnti aku nk cube la petua nih... 

3) Bersihkan botol susu

- sekiranya anda ingin mencuci botol susu anak tetapi tiada berus botol,jangan risau. Ambil segenggam beras dan masukkan ke dalam botol. Masukkan juga air sehingga separuh botol. Goncang botol susu tersebut sehingga segala kotoran yang melekat hilang. Akhir sekali, bilas bersih botol susu tersebut. aku akan try petua ni..pasti... 


* kalau ade petua lagi aku akan share dengan korang semua yer... sumber daripada majalah pa&ma... adios..

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign