blog kay & yana: jaNgaN PanDanG ReMeh saKit PErUt

jaNgaN PanDanG ReMeh saKit PErUt

22 June 2010
tahukah anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera ? selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.

menurut pakar perubatan dan gastroenterologi pusat perubatan kelana jaya, Dr Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.

sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan mengalami cirit birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau pukul 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut. sekiranya keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kena buat siasatan. sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti samaada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit birit mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit birit serta kejadian nanah di hati.

Untuk itu, dinasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera. Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang.

2 comments:

  1. selalu sakit perot sbb kekenyangan hahaha...
    agak2 kne jumpe doktor tak?

    ReplyDelete
  2. Hi, hope its OK to contact you here. would love to include your blog on our giveaway blog network: Giveaway Scout (http://www.giveawayscout.com). Have a look and if interested drop us a line on our contact form (http://www.giveawayscout.com/contact/). thanks, Josh

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign