Masalah ini kadang kala mengecewakan wanita hamil kerana ia berlaku seawal usia kehamilan. Kesukaran tidur di waktu malam menyebabkan keletihan keesokan harinya. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba mengamalkan beberapa panduan seperti berikut :
1) Makan malam lebih awal daripada waktu biasa. Jadi, apabila tiba waktu tidur, anda tidak terlalu kenyang. Jika lapar sebelum waktu tidur, ambil snek seperti pisang yang boleh mengekalkan rasa kenyang sehingga waktu anda bangun tidur
2) Amalkan rutin tidur dengan mengurangkan aktiviti lasak dan mulakannya dengan mandi kemudian menyiapkan diri seterusnya perlahan-lahan lelapkan mata. Pastikan juga anda tidur pada masa yang sama setiap hari
3) Jangan bawa pulang kerja pejabat ke rumah. Ia akan membuatkan anda rungsing dan sukar tidur kerana terlalu asyik membuat kerja pejabat
4) Pastikan diet anda mengandungi zat besi yang mencukupi. Ini kerana kekurangannya akan membuatkan anda sukar tidur
5) Elakkan kafein yang merupakan penyebab biasa mengapa orang sukar tidur
6) Minumlah segelas susu suam kerana ia mengandungi bahan kimia semulajadi yang boleh membuatkan anda mengantuk.

sumber daripada :
buku penjagaan ibu & bayi koleksi Pa&Ma
buku penjagaan ibu & bayi koleksi Pa&Ma
org tak peknen pon leh amalkan tak tips ni...susah nk tido la skrg ni....=)
ReplyDeleteboleh.. org tak peknen pun boleh amalkan tips nih.. cubelah
ReplyDelete