blog kay & yana: Indonesia vs Malaysia,Papa nak tgk bola, anak nak tgk Dibo

Indonesia vs Malaysia,Papa nak tgk bola, anak nak tgk Dibo

18 November 2011
Assalamualaikum...


Semua org tahu,, semalam berlangsungnya perlawanan bola sepak diantara Indonesia dan Malaysia dalam Sea Games 2011. Perlawanan tersebut telah berlangsung di Gelora Bung Karno Senayan, Indonesia. Perlawanan yang agak panas itu akan menyemarakkan lagi kebencian antara dua negara dengan kata-kata kesat dan panggilan yang tidak sepatut digunakan oleh kedua-dua penyokong fanatik. Kenapa mesti jadi begini? aku tiada jawapan nya. Team Harimau Malaya harus menang bagi mengelakkan pertembungan dengan pasukan yang hebat di Kumpulan B. dan ternyata... kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan Malaysia 1 Indonesia 0. hahahaha... 

Disebalik kecoh untuk melihat perlawanan bola tu, kami terpaksa berebut remote dr Rayyan Danish... sbb selalunya jam 6.30 petang sampailah 9.00 malam adalah waktu untuk die menonton kartun-kartun kegemarannya... mula-mula Handy Manny, diikuti dengan Dibo, dan seterusnya Pirate serta M.I.C.K.E.Y.. kdg2 lajak sampai pkul 10 malam.. tp semalam ternyata die terpaksa mengalah kerana kami semua nak tgk bola.. sian Rayyan Danish... mula-mula tu nangis la jugak... spujuk punye pujuk akhirnya kami berjaya jugak buat die leka dalam permainan die sendiri.. apepun, tahniah Harimau Malaya.. korang mmg hebat...!!!

nampak tak muke budak tak puas hati sebab tak dapat tgk kartun.. hehehe.. sorry rayyan danish...


3 comments:

  1. biasenya mak pak kene mengalah...
    kali ni rayyan yg kecik plak kene ngalah, hehehehe...
    sori ye rayyan, bola hanya sekali, dibo boleh tgk berkali2 ^_^

    ReplyDelete
  2. alo lo...cian dia nanges eyh..kena buli ngn papa n mama hehehe, yesss msia menang!!soka ati ok! =)

    ReplyDelete
  3. haha.sib merah sporting taw!dia suka lagi lompat2 bila aku n nizam jerit gol.n kata yes!yes!dia suka sangat..apelah rayyan nie sik dibo jer.nnt esk kita tgk kay=)

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign