blog kay & yana: Tips Mendidik Anak

Tips Mendidik Anak

01 November 2011

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT... kita diberikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan membentuk mereka menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia juga di akhirat.. bukan mudah untuk mendidik anak-anak nih... ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi... biasanye bila anak buat salah, kite akan marah die... malah kadang-kadang kite akan terpukul mereka... bila dah tercubit, terpukul barulah rasa menyesal pulak... tak pasal-pasal merah peha budak tuh... tp setakat ni aku tak pernah lg pukul atau cubit danish smpai merah-merah atau lebam... mungkin tips kat bawah ni bleh bg kite guide utk kite mendidik anak-anak dengan lebih berkesan lg.. semoga boleh menjadi renungan kite semua dalam mendidik mereka.. InsyaAllah...

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya, ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah S.A.W "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronoklah dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu SALAH

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)

5) Berikanlah anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.)

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka inginkan setiap perkara termasuklah membuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (anak-anak yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain)

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

20) terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, 20 puluh tahun daripada sekarang anda pula akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang akan mencorakkannya"








5 comments:

  1. x tau np biler bc nih sebak. tq yer :)

    ReplyDelete
  2. @eB ezrin hehe.. takpe eB.. kite paham.. kdg2 kite pun sebak bile bc blek entry nih.. welcome

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing this, insaf jap. Anyway salam kenal, saya dah follow nnt follow balik ye cik mai.

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign