blog kay & yana: Kelas Renang Putrajaya & Kelas Taekwando Putrajaya

Kelas Renang Putrajaya & Kelas Taekwando Putrajaya

28 November 2013
Lama gile tak updated blog kan kan kan. Apa boleh buat.. Macam macam alasan nak bagi. Tapi alasan yang paling senang MALAS. kan? hehehe.. 

Rayyan Danish ni aku tengok sekarang makin tak suka bersosial... eh? jangan salah sebut ye. hahaha... Aku dengan Kay ada masalah yang mana bila kawan kawan sibuk main itu ini nak dapatkan hadiah, dia lebih rela merengngek kat aku dan Kay untuk dapatkan mainan. Bila dah dapat mainan mainlah sorang sorang kat mana mana yang suka. Bila suruh dia join kawan kawan main sukaneka dia buat tak tahu je. Malu katanya. Hadoi.. dah macam anak dara dah. 

So aku pun discuss dengan Kay. We need do something for him or else he will be anti social.. Gagahlah aku google aktiviti untuk umur dia for next year. Biar dia enjoy sampai hujung bulan 12 ni. Then we have more assertive to him. Tu dia bila mak fening speaking. So aku decide nak masukkan dia kelas berenang on Saturday dan kelas Taekwando on Sunday.. 


Sebelum tu aku dah daftarkan Rayyan untuk Kids Free Trial. Kalau ok baru dia boleh start dengan first class dialah.. 1 Trainer akan jaga 4-6 orang kanak-kanak. 4 sesi RM120 termasuk yuran masuk kolam. Siapa-siapa yang nak masukkan anak dia kat kelas berenang area putrajaya ni boleh call Ms Ben di 017-2324132 . Ms Ben is very friendly. hehehe.. Ahad petang pula aku nak hantar Rayyan untuk kelas Taekwando. Dah call Sir Stephen. Kelas Taekwando ni dibuat di Presint 18 je. So senang. Sebab dekat sangat dengan rumah aku. Kelas Taekwando ni setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Yuran pendaftaran RM30 Yuran bulanan hanya RM30. So harap sangat Rayyan Danish akan beri kerjasama nanti. Amin. 

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Tudung yang aku pakai ni dari

Facebook : ScarfbyNM
email : scarfbynm@gmail.com
wassap : 014-2007140 / 012-9031706

kain dia sangat selesa. Tak panas. Kombinasi warna pun sangat cantik. Aku memang suka shawl yang macam ni. Senang bentuk,. Senang jugak nak gosok. Ada banyak pilihan shawl yang dijahit sendiri ye oleh owner ScarfbyNM ni. Korang bolehlah terjah Facebook dia kalau nak tengok pilihan tudung yang mereka ada. 


8 comments:

  1. saya ni sampai sekarang tak pandai berenang hehe

    ReplyDelete
  2. akak kurang pakai tudung camnie...malas nak gosok hihihi

    ReplyDelete
  3. ingat mak dia nak masok kelas renang..
    mmg lawa tudung tuu buat mak dia makin tambah lawa...

    ReplyDelete
  4. bgsnye... mmg penting gak belajar berenang... mcm deqla ni mmg tak tau la.. hoho... cantik la shawl yana pakai tu... orgnya pun cantik...hihi... ;)

    ReplyDelete
  5. padatlah jadual rayyan lepas ni... :)

    ReplyDelete
  6. Alahai..comel je Yana pakai shawl ni..cute tengok..hehee..wah best nya kalau dekat Putrajaya..Yuran pon affordable!taekwondo pon murha..best..best..

    ReplyDelete
  7. Salam sis,

    Nak tny psl kelas taekwando tu..seawal usia berapa blh join & blh bg contact no kelas taekwando tu?
    tqvm

    ReplyDelete
  8. puan, boleh bg contact numb utk teakwando tak??? plzzzz

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign