blog kay & yana: Bisnes Online Menurut Pandangan Yana

Bisnes Online Menurut Pandangan Yana

09 November 2013
Bisnes online menurut pandangan saya adalah sebuah perniagaan yang dijalankan oleh seseorang dengan menggunakan internet tanpa berhadapan dengan pelanggan. Di Malaysia, aktiviti bisnes online ataupun perniagaan internet semakin mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Perniagaan internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat-syarikat kecil mahupun peniaga kecil yang menjalankan perniagaan internet bagi mendapatkan pendapatan sampingan, walaupun mereka mempunyai pekerjaan yang tetap. Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan internet mempunyai impak yang besar kepada masyarakat disamping memberi kebaikan kepada peniaga mahupun pengguna.


Bagi usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan, bisnes online adalah pilihan yang terbaik dimana banyak kelebihan yang anda boleh perolehi antaranya :

1) Tidak memerlukan ruang pejabat 
Untuk memulakan perniagaan anda tidak perlu modal yang tinggi untuk menyewa kedai atau pejabat. Apa yang anda perlukan adalah talian internet, laman web yang simple tapi berkesan, hosting(tapak web) dan sebuah laptop atau komputer.  

2) Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka
Bisnes online tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai seperti perniagaan konvensional. Anda boleh melakukan secara bersendirian ataupun bersama pasangan anda di rumah. Selain itu anda boleh menjalani lebih daripada satu jenis perniagaan internet dalam masa yang sama. 

3) Menjimatkan kos promosi produk
Pihak peniaga online tidak memerlukan modal yang banyak bagi mempromosikan produk mereka. Mereka boleh menggunakan media-media sosial yang ada seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blogspot dan lain-lain lagi bagi melariskan produk mereka. Selain itu, peniaga juga boleh mengembangkan empayar perniagaan mereka dengan kaedah dropship dan agen hanya menggunakan talian internet. 

4) 24 jam
Tiada lagi istilah jam 9 pagi hingga 9 malam. Bisnes online ini boleh dilakukan bila-bila masa. 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Anda boleh melakukan bisnes anda dimana-mana sahaja dan anda boleh bercuti bersama keluarga dalam masa yang sama bisnes anda tetap berjalan seperti biasa. Seronok bukan?

5) Prospek begitu besar dan meluas
Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Menurut kajian statistik, dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 bilion orang, manakala pengguna internet di Malaysia adalah dianggarkan seramai 10 juta orang. Dengan beberapa kemahiran atau strategi yang hebat, anda boleh mengembangkan perniagaan anda hingga ke pasaran luar negara hanya menggunakan internet. 

6) Kebaikan kepada pelanggan 
Di zaman yang berteknologi tinggi ini, purata masyarakat menggunakan internet sebagai salah satu cara untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Ramai dikalangan kita khususnya wanita yang lebih suka membeli barang secara online berbanding di luar. Membeli secara online memberikan kita lebih banyak masa untuk membandingkan harga dan seterusnya membuat pilihan yang bijak dalam membeli sesuatu.

Selain daripada kelebihan-kelebihan yang saya senaraikan di atas, bisnes online ini juga terdapat beberapa risiko dan kesan yang negatif dimana peniaga harus melayan karenah pelanggan yang agak cerewet. Selain itu juga, kes-kes penipuan online sering juga berlaku kepada peniaga mahupun pelanggan. Seperti pengalaman saya dimana saya pernah tertipu dengan seorang peniaga apabila saya telah membayar harga barang tersebut, ianya tidak sampai ke tangan saya seperti yang dijanjikan. Kadang-kala ada juga barang yang tiba hanya Indah khabar daripada rupa

Kesimpulannya, pada pandangan saya bisnes online ini adalah satu platform perniagaan yang terbaik buat peniaga-peniaga terutamanya kepada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan ini. Bidang bisnes online sangat luas. Peniaga perlu mempunyai strategi pemasaran yang baik bagi bersaing dengan bisnes online yang lain. Berniagalah secara jujur supaya pelanggan anda akan sentiasa memilih anda. Bisnes online bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. Peniaga dapat keuntungan pelanggan pula dapat kepuasan membeli barangan tersebut. 

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja oleh MamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.


19 comments:

  1. cara mudah dan sgt sesuai tuk ibu2.dlm ms yg sama boleh menjana duit serta melihat anak2 mbesar depan mata:)

    ReplyDelete
  2. Pandangan yang menarik daripada Yana. Tahniah buat Yana. Apa kata layari entri saya pula.
    http://www.sensasi2020.com/2013/11/bisnes-online-menurut-pandang-kamil.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah terjah entry tuan... tahniah buat tuan juga.. saya cuba nasib je. semoga penyertaan saya diterima.. good luck.

      Delete
  3. Replies
    1. teirma kasih banyak banyak kak sebab tolong yana.. terima kasih sgt tau

      Delete
  4. skrang ni e-shop mmg bykkan..
    kita pun bertuah sebenarnya sbb kita ada byk pilihan..

    apapun, gudluck yana.!

    ReplyDelete
  5. Bisnes online memang diterimapakai sekarang...dah ramai buat bisnes secara online ni...

    ReplyDelete
  6. Setuju...=)
    saya pun dlm perancangan=)

    ReplyDelete
  7. walaupun ianya bizz yg mudah, tp byk hal perlu diambil kira.

    ReplyDelete
  8. Salam~ Thanks sebab datang singgah ke blog Zam.. Apapun ada pembetulan pada info yang Zam kongsikan tentang cool fever tadi ~ Sorry sangat2! Jemput singgah entri Zam yang terbaru : Pembetulan JANGAN Tampal Cool Fever Di Dahi Anak

    ReplyDelete
  9. bagi sy online ni cara satu bernaga kreatif sbb skng ni org mls nak jln2 dah hehe

    ReplyDelete
  10. Ros pun still dalam perancangan nak start,.. minat memang ada.. tapi kena atur strategi dulu ..

    ReplyDelete
  11. setuju tu yana.. mmg mudah perniagaan online ni.. tp yg penting kejujuran.. dan kena usaha utk raih kpercayaan org ramai utk beli produk kita... yelah kan, tgk brg pun melalui gmbr je.. so, kena pastikan brg tu mcm dlm gmbr la.. kalo tak, dikatakan indah khabar dari rupa pulak..

    ReplyDelete
  12. Tahniah di atas kelayakan tuan/puan untuk task ke-2
    semoga berjaya :)

    http://www.pretty0blossom.com/set-mengandung-shaklee-super-jimat/

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign