blog kay & yana: Bisnes Online Pilihan Yana dan Income Yang Yana Impikan Dari Bisnes Online

Bisnes Online Pilihan Yana dan Income Yang Yana Impikan Dari Bisnes Online

25 November 2013
Assalamualaikum

Selepas kita memahami konsep Bisnes Online dengan beberapa pandangan saya seperti di entry Bisnes Online Menurut Pandangan Yana  , mari kita lihat pula apa Bisnes Online Pilihan saya.

Bisnes Online Pilihan Yana

Ada banyak pilihan Bisnes Online yang boleh kita pilih. Tapi saya memilih untuk menjalankan Bisnes Online saya dengan program Dropship. Apa itu Dropship? Dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang mudah dimana program Dropship ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjual tanpa mengeluarkan modal dan tidak perlu menyimpan stok atau barang. 



Bagaimana Dropship ini berfungsi? Merujuk kepada gambar rajah di atas, dimana Reseller yang menjadi agent Dropship mempromosikan barang-barang daripada pembekal melalui media-media sosial yang ada. Kemudian apabila pelanggan ingin membeli produk atau barang tersebut, pelanggan boleh membayar terus kepada Reseller dan Reseller akan membuat bayaran serta tempahan kepada pembekal dengan harga yang lebih murah. Selepas itu, pembekal akan menguruskan hal-hal pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan dengan menggunakan alamat Reseller. Oleh itu, pelanggan akan fikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada Reseller. Mudah bukan...? Risiko rugi tiada kerana sebagai agent dropship saya tidak perlu menyimpan stok.Walaupun untungnya tidak banyak, tetapi bagi saya, program Dropship adalah satu program yang sempurna untuk saya belajar selok belok Bisnes Online. Dan sebenarnya jika seseorang yang menjalan perniagaan Dropship ini ingin mengaut keuntungan yang banyak, dia boleh meletakkan harganya sesuka hati dan semuanya terpulang kepada kita untuk menentukan keuntungan kita. 

Selain itu juga, saya juga sedang belajar untuk menggunakan platform Blog sebagai Bisnes Online saya. Yang ini saya perlu belajar daripada sifu-sifu yang hebat hebat seperti Eyriqazz, Denaihati, Kak Yan, Redmummy dan ramai lagi... Mereka menggunakan Blog mereka dengan menyediakan perkhidmatan Advertorial. Bagi saya mereka adalah blogger blogger yang hebat kerana mampu menjana pendapatan hanya melalui blog sahaja. Saya harap satu hari nama blog saya akan sehebat mereka. Insha Allah. Siapa yang tak mahu jadi surirumah sepenuhmasa tapi dalam masa yang sama mampu menjana pendapatan 4 angka kan?? contohilah salah seorang sifu ku.. kak yanmie

Income Yang Saya Impikan Dari Bisnes Online

Setiap orang yang menjalankan peniagaan tidak kiralah secara online ataupun offline pasti mempunyai target income yang tersendiri. Mana ada peniaga yang mahu rugi sentiasa kan..? Bagi peniaga yang baru seperti saya, income yang boleh dikatakan balik modal cukup memadai. Tetapi dengan Bisnes Online yang saya pilih tentunya balik modal bukanlah masalah bagi saya kerana Dropship hanya memberikan keuntungan kepada saya walaupun hanya RM50.00. Tetapi saya mengimpikan income yang sama seperti yang lain. Daripada 2 angka ke 3 angka.. dari 3 angka ke 4 angka dan dari 4 angka saya mengimpikan income saya mampu menjadi 5 angka. Siapa sangka daripada untung Dropship saya mampu menjana income yang saya impikan dan sekaligus saya mampu memberi peluang kaedah Dropship ini kepada mereka yang lain pula. Tiada apa yang mustahil bukan? Saya juga mengimpikan untuk mendapat income 5 angka daripada blog. Gunakan peluang yang ada untuk berjaya mencapai apa yang kita impikan. Belajar , Usaha, Doa dan Tawakal. 




Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

6 comments:

  1. sebenarnya..bisnes online dropship ni jauh lebih mudah dari yg lain2... :)

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya
    sy dalam usaha ke arah itu
    masih bertatih ;0

    ReplyDelete
  3. Hai Kay...kalau nak tgk online korea..klik url bawah nie...

    http://www.dramago.com/

    ReplyDelete
  4. mcm best jer. camner nk join yana?

    ReplyDelete
  5. suka baca entry ni, dapat ilmu gitu :)

    ReplyDelete
  6. x diakui..skarang ,,g rmai y memilih utk bisness drop ship ni..
    aritu hmpir tjerebak..tp memikirkan msa n komitmen..trs tbntut

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign