blog kay & yana: November 2011

Malaysia kalah di tangan Syria 0-2

24 November 2011
Assalamualaikum..

- KFCH cekap menjadi goal keeper...


Walaupun kita kalah dengan Syria 2-0, tapi kite tetap rasa bangga sebab team Harimau Muda dah bermain dengan cemerlang sekali... tahniah untuk Khairul Fahmi Che Mat sebab die sgt cemerlang malam tadi.. kecekapan die untuk menepis bola demi bola dari Syria sgt membanggakan... tabik springggg sat.. tahniah jugak buat Wan Zack Haikal yang sedaya upaya mengawal bola dan cuba menjaringkan beberape gol walaupun die masih lagi injured... tahniah juga buat Nazmi.. Pemain paling muda yang mempunyai energy mantap giler... hehehe.. tahniah buat pemain pemain yang lain.. walaupun kalah tapi rakyat malaysia tetap sokong harimau malaya... Practice makes perfect... Good Luck Ong Kim Swee !

- nampak kesungguhan wan zack haikal untuk cuba juga menjaringkan gol tp malangnye Syria lari laju giler..


 - Nazmi Faiz Mansor punye bakat dan potensi utk menjadi player yang hebat...



note : Baddrol Bakhtiar tak dapat main dalam game malam tadi sebab faktor umur beliau.. kalau lah Baddrol main agak2 Malaysia dapat tak kalahkan Syria... hehehehe ... WAALLAHUALLAM... 

sekian.

Jadilah wartawan yang PROFESIONAL...

23 November 2011
Assalamualaikum...

Sebagai wartawan, kenalah pandai reka soalan... soalan soalan tu biarlah yang profesional.. soalan soalan yang positif.. bukannya negatif seperti seorang wartawan yang menanyakan soalan adakah team Malaysia menganggap perlawanan dengan Syria malam ini tidak penting apabila sudah memenangi piala emas di Sukan Sea. Dahlah player-player kita main penat-penat sakit-sakit.. sepatutnya soalan-soalan daripada wartawan haruslah positif dan menyokong pasukan Malaysia... tak pasal-pasal kene marah dengan Ong Kim Swee... huhuhu.. jawapan Ong mmg TERBAIK wok !!! 

 -tulah.. lain kali pikir dulu sebelum nak tanya soalan-soalan yang negatif nih... hehehe
 
apapun, marilah kita sama-samakan mendoakan kemenangan harimau malaya malam ini pulak... good luck and all the best Harimau Malaya...!!!



Die buat saloon pulak dah kat rumah

Assalamualaikum...

Sekarang ni kalau kami tgh tgk tv dia suka betul jadikan kami ni customer die.. hahaha.. dah pandai dah sikat rambut orang sekarang.. yelah, nak sikat rambut sendiri macamlah banyak sgt rambutnye kan... erm.. ape pun yang die buat tak kisahlah.. janji die tak menangis ataupun buat perangai-perangai yang boleh mendatangkan kemarahan... hahaha.. jom lah. layan je gambar2 tukang sikat nih... sape nak cuba khidmat beliau silalah datang ke rumah ye... hehehe..

hah.. amacam?? berminat??? sila sila sila... =)


Piala Emas Sukan Sea 2011 Milik Harimau Malaya, Malaysia !!!

22 November 2011
Assalamualaikum...


Alhamdulillah... Syukur Alhamdulillah... Akhirnya kemenangan milik mutlak pasukan Malaysia.. Alhamdullillah.. mmg seluruh rakyat Malaysia menantikan permainan final ini bila sekali lagi Malaysia terpaksa menentang Indonesia dalam Final Sukan Sea semalam di Indonesia.. mmg mendebarkan lah perlawanan semalam.. tak senang duduk aku... dr dapur ke bilik belakang... dr bilik ke depan.. dr depan ke toilet.. dr toilet dok depan tv tak abes abes gak bola sepak nih.. adoi... tp aku mmg salute la kat team Harimau Malaya sebab bermain dengan bersungguh-sungguh.. injured injured bagai... tp tetap main hingga penalty ko... tekanan pemain Malaysia mmg dapat dirasai sampai Malaysia... adoi... berdebar2 jantung nih... 

nasib baik kite punye pemain pemain yang sangat hebat... terus bertahan dan bertahan..mengatur langkah melawan pemain pemain 'import' Indonesia... KFCM mmg banyak menjadi penyelamat bila dia menepis dan terus menepis bola demi bola... asakan Indonesia mmg hebat tp defender kite ape kurangnya..disini kita nampak peranan Muslim mmg penting dan beliau dah buktikan yang beliau juga defender yang hebat.

gol pertama dari Malaysia disempurnakan oleh Asraruddin Putra Omar, 23 tahun setelah 2 kali mencuba untuk menanduk bola... kali ketiga barulah menjadi tandukkan dari dia... gol pertama Malaysia itu membuat penonton Indonesia yang lebih 100,000 tu senyap sunyi terdiam dan terkedu... siapa sangka tandukkan magik dr Asraruddin menjadi akhirnya... hehehe... time ni rumah aku dah mcm stadium dah... memasing kuar rumah jerit gol !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mata 1-1 terus kekal sehingga minit tambahan terakhir... tiada gol yang sah dr kedua-dua pihak.. maka mereka bertemu di Penalti untuk menjadi penentu juara bagi SEA Games ini.. aku terus berdebar... tawaf lg satu rumah.. nasib baik rumah kecik..huhuhu...  rayyan danish dah dok main sorang2.. ksian si kecik tuh... 

Penalty pertama dari team Malaysia, tendangan pertama oleh Mahali Jasuli, 22 tahun berjaya menjaringkan gol yang pertama bg penalty Malaysia... tendangan kedua oleh Fandi Othman, 19 tahun juga berjaya menjaringkan gol membuat Malaysia lebih 1 mata dari Indonesia... tendangan ketiga oleh Fakri Saarani, 22 tahun gagal memperdayakan goal keeper Indonesia. Tendangan keempat pula disempurnakan oleh Fadhli Shas, 20 tahun berjaya membuat jaringan gol bg Malaysia.. Tendangan terakhir merupakan tendangan ajaib daripada kapten pasukan Malaysia, Baddrol Bakthiar, 23 tahun berjaya membuatkan Malaysia memenangi Piala Emas bagi Sukan Sea 2011. Gol yang terakhir betul2 membuat rakyat Malaysia bersorak dengan penuh kesyukuran.. Alhamdulillah... maka kemenangan memang milik negara berdaulat.. MALAYSIA..

- Baddrol Bakhtiar

Sejuta tahniah buat pemain-pemain Harimau Malaya, tahniah buat KFCM yang dapat menepis 2 gol penalty dengan hebatnya... tahniah buat Baddrol Bakhtiar sebagai kapten pasukan Malaysia... tahniah buat Ong Kim Swee kerana berjaya melatih team Harimau Malaya... tahniah buat seluruh rakyat Malaysia yang berdoa untuk kejayaan ini... tak sia sia aku tawaf satu rumah.. kah kah kah... puas hati aku bile lagu NEGARAKU MALAYSIA berkumandang dengan kuat di stadium Indonesia... hahahaha.. (tulah time opening korang tak hormat lagu negara aku.. padan muke korang!!!) 

Jangan salahkan Fakri diatas kegagalan beliau menjaringkan gol penalty,, jika bukan sebab die, Malaysia mungkin tak berjaya masuk ke final... Congratulations!!!!!! 

"SELAMANYA.. SELAMANYA.. SELAMANYA HARIMAU MALAYA... SELAMANYA.. SELAMANYA.. SELAMANYA.. SOKONG MALAYSIA.."

MALAYSIA BOLEH!!!


- gaya semangat rayyan danish bile skuad Harimau Malaya sedang menyanyikan lagu Negaraku sebagai Juara Bola Sepak Sukan Sea ke 26...



Indonesia vs Malaysia,Papa nak tgk bola, anak nak tgk Dibo

18 November 2011
Assalamualaikum...


Semua org tahu,, semalam berlangsungnya perlawanan bola sepak diantara Indonesia dan Malaysia dalam Sea Games 2011. Perlawanan tersebut telah berlangsung di Gelora Bung Karno Senayan, Indonesia. Perlawanan yang agak panas itu akan menyemarakkan lagi kebencian antara dua negara dengan kata-kata kesat dan panggilan yang tidak sepatut digunakan oleh kedua-dua penyokong fanatik. Kenapa mesti jadi begini? aku tiada jawapan nya. Team Harimau Malaya harus menang bagi mengelakkan pertembungan dengan pasukan yang hebat di Kumpulan B. dan ternyata... kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan Malaysia 1 Indonesia 0. hahahaha... 

Disebalik kecoh untuk melihat perlawanan bola tu, kami terpaksa berebut remote dr Rayyan Danish... sbb selalunya jam 6.30 petang sampailah 9.00 malam adalah waktu untuk die menonton kartun-kartun kegemarannya... mula-mula Handy Manny, diikuti dengan Dibo, dan seterusnya Pirate serta M.I.C.K.E.Y.. kdg2 lajak sampai pkul 10 malam.. tp semalam ternyata die terpaksa mengalah kerana kami semua nak tgk bola.. sian Rayyan Danish... mula-mula tu nangis la jugak... spujuk punye pujuk akhirnya kami berjaya jugak buat die leka dalam permainan die sendiri.. apepun, tahniah Harimau Malaya.. korang mmg hebat...!!!

nampak tak muke budak tak puas hati sebab tak dapat tgk kartun.. hehehe.. sorry rayyan danish...


Fraser's Hill 2hari 1malam hanya RM58

17 November 2011
Assalamualaikum...

Lama juga aku tak update blog ni ye.. biasalah busy yg teramat sangat membataskan masa untuk aku update blog ni.. tapi aku hari-hari mesti blogwalking.. boleh releasekan stress kan...korang pernah pergi Fraser's Hill...? kalau korang belum pernah pergi cubelah pergi sekali... tenang je kat atas tuh... sekarang ni Groupon ada buat promosi dimana hanya RM58.00 semalam untuk stay di Fraser's Silverpark Resort. kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang promotion ni korang boleh klik kat link nih

last aku pergi Fraser's Hill ni time aku pregnant kan Rayyan Danish... aku rasa time tu aku 8 bulan kot pregnant...jom la kite mengimbau kenangan honeymoon ntah kali keberape ntah...







gemukkan shaye ??? hehe.. bile agaknye boleh jejak lagi ke tanah Fraser's hill nih.. pada korang yang ade plan nak pegi, cepat2lah beli voucher Groupon tu sebab promosi nye akan habis dalam 13 jam je lagi.. first come first serve...!!!

happy holiday !!!



AIM 18 rezeki untuk YUNA

14 November 2011
Assalamualaikum
 

Siapa tgk Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18)  Sabtu malam aritu??? ce angkat tangan...!! eceh eceh.. macamlah nampak.. hehehe.. oklah.. aku mmg tunggu-tunggu AIM nih.. siap bergaduh dengan danish sebab die sibuk nk tgk dibolah manny lah.. mickey mouselah.. tp aku wat tak tauje.. last-last die main bola ngn papa die...

walaupun aku tak dapat tgk karpet biru AIM 18, aku dpt jugalah tengok sampai habis.. nampaknya rezeki AIM 18 tahun 2011 ni milik Yuna... erm.. Yuna telah memenangi 3 anugerah iaitu Pemenang Kembara, Persembahan Vokal terbaik di dalam lagu (Wanita)  dan lagu terbaik AIM18. kecoh sekejap di twitter dimana ramai penonton yang tak puas hati bila lagu PENAKUT oleh Yuna menang untuk lagu terbaik sedangkan lagu tersebut kalah dengan lagu Anuar Zain Sedetik Lebih untuk kategori Lagu Pop Terbaik.Is that something wrong somewhere ?? huhuhu,, misteri.. and in personally, i thought jaclyn victor akan menang utk kategori vokal terbaik.. tp agaknye rezeki Yuna tahun nih... who's know.. jom kite tgk keputusan penuh Anugerah Industri Muzik 18

PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)
PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)
PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)
PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)
PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)
PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)
PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)
PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense
PEMENANG KEMBARA – Yuna
ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)
PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)
PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)

apa-apapun, tahniah untuk semua pemenang.. dan tahniah jugak untuk pengacara majlis.. kombinasi antara Zizan dan AC Mizal agak menjadi tp lebih havoc dan meriah kalau Johan digandingkan dengan AC ataupun Zizan ... peace yo...!!




Bile Husband Outstation


Setiap bulan aku pasti akan ditinggalkan... keje kay membuatkan dia terpaksa kerja di luar kawasan atau dlm bahasa simple nye outstation... dulu masa mula-mula die nak outstation aku sedih gak.. yelah kene tdo sorang2.. handle danish dan rumah sorang2... for sure aku rasa sunyi kan.. sekarang ni bile die kene g outstation yg nangis si danish la.... sbb tu bile kene hantar kay g ERL aku biarkan danish kat umah mak som... papanya tak sanggup nk tgk danish nangis.. sayu hati katanya...

bile setiap kali kay outstation, die mesti riso... riso kalau kalau takde sape nak temankan aku kt umah nih... tp Alhamdulillah... aku ada kawan-kawan yang sentiasa boleh temankan aku di saat kay jauh dr kami anak beranak... nasiblah ada kawan kawan yang sanggup jd peneman...

bile setiap kali kay outstation, aku kena alert sikit pada phone aku... time time mcmnilah phone aku akan berbunyi setiap masa... jap jap msg.. jap jap call.. jap jap 3g pulak...hihihi.. time mcm nilah bru terasa phone aku ni sgt berguna rupanya... hahahaha... kalau tak langsung tak berbunyi pun pernah...

tp aku sebagai wife kene paham keje kay... ini adalah rezeki die... kalau tak mungkin kami tak sesenang ni... Alhamdullillah.. rezeki tu ada dimana mana... yang penting kite buat sesuatu kerja tu biarlah kerana Allah Taala... InsyaAllah rezeki sentiasa ada buat kita... setiap kali kay kene outstation aku selalu doa semoga die sentiasa dilindungi dari segala malapetaka... biarlah die pergi dan balik dengan selamat... amin.




Siapa yang gile karaoke boleh terjah ini cerita...

11 November 2011
 Assalamualaikum...



Fuhhh,.. panjang nye tajuk entry aku arini.. bukan ape.. saje je nak share ape yang kite dapat kan... aku mmg pelanggan tegar Groupon... sape-sape yang tak tau Groupon tu ape.. korang klik la kat sini http://www.groupon.my .  Groupon ni merupakan salah satu platform untuk kedai-kedai yang terpilih sahaja membuat promosi harga bagi item item yang tertentu... cthnye macam pusat Karaoke Facekara ni lah.. die membuat promosi bagi members Groupon untuk mendapatkan harga yang btul btul btul berbaloi... so kalau korang minat giler karaoke g lah beli voucher ni then bleh claim kat Karaoke Facekara... Harga die cume RM39.90 untuk 4 org + 3 jam menyanyi + snacks & tibits.. hebatkan.. mne nak dpt harga tu klu nak menyanyi sekarang ni... hehehe.. so, klu berminat blehlah klik link kat bawah nih utk tahu information selanjutnya dan sedetailnye ye... this deal will end at  11.59 pm



-selamat berkaraoke-

Please Pray For Them

10 November 2011
Assalamualaikum...

Korang mesti kenal eB ezrin kan... Blog yang mempamerkan cerita-cerita tentang parental yang sgt menarik... cerita-cerita die yang sentiasa ke sana sini.. happy sentiasa... dengan anak-anak yg comel comel dan bermacam perangai yang mencuit hati.. tapi di sebalik semua tu sape yang tahu ape yang sedang mereka alami... tiada siapa.. berat mata yang membaca berat lagi bahu yang memikulnya... boleh tak ubah sikit peribahasa tuh??? hehehe..

setiap hari pasti aku akan membaca blog die.. yelah.. seronok baca blog yang bermacam-macam cerita ni.. kita as reader tak rasa bosan langsung.. tp kali ni bile bc entry yang INI , tak sangka pulak rupa-rupanya mereka punye byk dugaan... klu korang followers reader, tentu korang tau.. eB ada masalah dengan jantungnya... tp aku tak sangka pulak yang husband die juga ada masalah kesihatan.. siapa sangka mereka..gambar-gambar yang dipublishkan pada kite semua senyuman belaka.. ketawa belaka.. tp dalam hati hanya mereka yang tau....

apepun eB, yana harap eB byk2lah berdoa.. yana doakan Shah dan eB akan diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus menjaga Aerish dan Aed dengan baik... both of u are very superb parents.. be strong and always remember takdir Allah SWT... i always pray for both of u... semoga Aerish dan Aed sentiasa menjadi penguat semangat untuk kalian terus hidup... smile always ok eB... take care...

 curik gambar eB with her kids (sorry eB)

harap kawan2 boleh la doakan mereka... hari ini hari mereka mungkin esok lusa hari kita pulak.. sape tau kan.. Allah SWT Maha Besar.. bila bila je Dia boleh tarik kenikmatan yang diberikan kepada kita.. harapan aku semoga eB dan Shah akan terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga anak-anaknye dan memberikan aku cerita-cerita yang happy sokmo... smile always... 


curik gambar eB with her husband (sorry sekali eB)

note: aku buat entry ni sbb eB seorang kawan yang baik... dan yang paling penting, aku juga seorang isteri dan ibu seperti die.. tentu sekali aku mahu idup sejuta tahun lagi bersama suami dan anak-anak... 

Selamat Hari Raya Aidil Adha

08 November 2011
Assalamualaikum...
Raya haji tahun kami balik JB... di JB sambutan untuk hari raya haji ni takde lah meriah sangat... biasa biasa aje.. tp meriah sebab lembu byk kat surau... bukan main suka lagi danish bile pak ude nye bawak die g tgk lembu... pagi-pagi bangun macam biasalah ... baba ngn kay pegi sembahyang raya... lepas mereka dah blek dr sembahyang mama pun terus hidangkan makanan.. sedapnye... oh ye.. danish bangun2 terus mandi then pakaikan die bju melayu yg mama jahitkan.. hehehe.. comel je.. die pakai baju tu sampailah baju tu kotor...okla.. at least merasa jugak pakai baju melayu di pagi hari raya.. aku ni??? tak sempat pun nak pakai baju kurung.. pakai tshirt ngn seluar je.. hampeh tol.. hehehe.. takpelah.. janji sambut... ingatkan ari tu nak pegi melawat sedara mara kt air tawar, kota tinggi... tp opah sibuk beno mengalahkan ketua kampung... so, terpaksalah cancel segala program... akhirnya.. kami dok kat umah sambil menikmati cerita cerita menarik daripada astro.. (menarik ke)... heheheh.. apepun kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga sempena hari raya ni, kita dapat menginsafkan diri dan menjadi seorang mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat... kepada yang belum mengadakan aqiqah ataupun qurban, adalah lebih afdal jika diadakan kerana binatang yang kita qiqahkan atau qurbankan itu akan menjadi 'transport' kita di hari akhirat kelak.. InsyaAllah.. sekian... 

note: gambar akan diupload kemudian ye.. harap maklum..

 

All The best Ayureq!

04 November 2011
haritu (tak ingat hari ape) kami buat satu small celebration for ayu...!!! sempena perpindahan die ke pejabat baru... aku tumpang gembira bile kawan2 dpt sesuatu yg lebih baik dr ape yg die ade sekarang nih.. Congrates Ayu... semoga ayu akan lebih success di pejabat yang baru... byk kenangan kami nih.. dr sejak anak dara sampai dah jadi mak org dah... hehehe.. ape2pun, pilihan yg dibuat adalah lebih baik dr ape yg die ade sekarang.. All the best ayu..!!! jgn lupekan kami di sini... sentiasalah doakan yg terbaik buat kami okeh...!!! good luck and all the best again... !!

>




 

The Sims Social

03 November 2011
Ni pun boleh jadi salah satu daripada sebab kenapa aku dah lama tak updated blog... The Sims jugak memainkan peranan supaya aku terus fokus main game nih..huhuhu.. sampai budak2 ofis semua agak addicted main benda alah nih.... tp walaupun kiteorang dok main sims ni kat office keje kiteorang jalan gak... yang penting siapkan keje dulu... game game ni nak main bile keje dah settle... tu dah pasti... selalunye aku main sims ni pun kat umah.. kat office mmg tak sempat nak main game bagai... keje aku tuh melambak-lambak dok panggil nama aku suruh aku siapkan... erm..ape boleh buat... so, bile blek umah, buka lappy, takde idea nak updated blog aku main sims lah... best jugak main sims nih.. bolehlah berangan-angan buat umah sendiri... nak buat the real punye tak mampu.. buatlah rumah alam maya... org dok happy dapat umah PR1MA.. aku dok happy layan the sims... hehehhe.. ok ape.. boleh release tension aku kan kan kan...

nilah muka-muka yg addicted sims.. hehehe.. tp time ni bukan office hours ye

- hah nilah rupe rumah aku... aku sedang cube untuk menambahkan lg bilik dan memperbesarkan lg rumah aku,..

 - ni rupe rumah aku bile ade wall.. hehehe... kcik je kan.. takpe.. sabar sabar.. nnt leh besar kan rumah

sekian..


Tips Mendidik Anak

01 November 2011

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT... kita diberikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan membentuk mereka menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia juga di akhirat.. bukan mudah untuk mendidik anak-anak nih... ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi... biasanye bila anak buat salah, kite akan marah die... malah kadang-kadang kite akan terpukul mereka... bila dah tercubit, terpukul barulah rasa menyesal pulak... tak pasal-pasal merah peha budak tuh... tp setakat ni aku tak pernah lg pukul atau cubit danish smpai merah-merah atau lebam... mungkin tips kat bawah ni bleh bg kite guide utk kite mendidik anak-anak dengan lebih berkesan lg.. semoga boleh menjadi renungan kite semua dalam mendidik mereka.. InsyaAllah...

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya, ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah S.A.W "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronoklah dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu SALAH

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)

5) Berikanlah anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.)

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka inginkan setiap perkara termasuklah membuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (anak-anak yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain)

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

20) terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, 20 puluh tahun daripada sekarang anda pula akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang akan mencorakkannya"








Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign