blog kay & yana: teLefoN biMbiT leBih KotoR dr TomBoL tAnDas

teLefoN biMbiT leBih KotoR dr TomBoL tAnDas

29 October 2010

Ramai menganggap tombol pintu tandas amat kotor kerana mengandungi banyak kuman dan bakteria yang berasal dr tandas. Tp tahukah anda bahawa telefon bimbit lebih kotor berbanding tombol tandas?

Sekumpulan penyelidik yang menganalisis 30 telefon bimbit mendapati bahawa telefon bimbit mengandungi bakteria hidup 18 kali lebih banyak berbanding tombol pintu tandas. Hasil penelitian ini sangat mengejutkan, kerana selain memiliki bakteria 18 kali lebih banyak berbanding tombol pintu tandas, penyelidik juga mendapati bahawa bakteria yang bersarang di telefon bimbit tergolong dalam kelompok bakteria paling berbahaya. Antara bakteria yang terkandung di dalam telefon bimbit ialah bakteria faecal coliforms, penyebab gangguan pencernaan dan gangguan di perut yang cukup serius. Selain itu, telefon bimbit juga berupaya menjadi tempat berkembang biak kuman-kuman yang lebih berbahaya.

Pakar kebersihan, Jim Francis, menerusi satu artikel siaran Telegraph menyatakan telefon bimbit perlu sering disteril dan dibersihkan menggunakan pembersih beralkohol bagi mengelakkan pengumpulan bakteria. Lebih-labih lagi hasil penelitian menunjukkan bakteria yang ada pada telefon bimbit dapat ditularkan dengan mudah kepada individu lain yang memegang atau bersalaman dengan si pemilik telefon bimbit terbabit.

sumber : majalah keluarga harmoni bil 146.

note: erk... takut pulak rasanye nk pakai telefon bimbit nih.. tp.. telefon bimbit zaman sekarang dikira penting juga dalam kehidupan... huhuhu.. mcmne tu yerk..??

1 comment:

  1. ye ar kn btl jg kajian tu...fon n pc mouse pn kna slalu steril la klu cm tu..

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign