blog kay & yana: IBU TERJUN BANGUNAN KERANA KECEWA SUSUKAN BAYI

IBU TERJUN BANGUNAN KERANA KECEWA SUSUKAN BAYI

27 October 2015


Terbaca artikel ni semalam di Facebook.. Allahuakbar... Kenapa begitu ? Sehingga sanggup terjun tingkat 26 pangsapuri... Kalau ada readers saya ibu yang dalam pantang tolonglah saya merayu sangat jadilah ibu yang beriman... Kalau ibu ini orang Islam alangkah ruginya dia. 

Aku pun tak boleh nak cakap macam macam tentang si ibu yang terjun bangunan ni. Sebab aku tak kenal pun dia. Cuma aku terfikir kenapa dia sanggup terjun semata mata kerana gagal susukan bayi nya yang baru berumur 10 hari? Kenapa perlu rasa kecewa kerana tiada susu badan? Jika sudah ditakdirkan anak itu tidak mendapat susu ibu, ianya bukanlah dosa yang besar. Malah susu tepung juga ada yang elok untuk bayi. 

Aku tak salahkan siapa siapa dalam hal ini. Cuma aku rasa terkilan bila ada ibu yang rasa tidak dapat susukan anak dia dengan susu ibu maka tidak sempurna seorang ibu itu. Allah... Ceteknya ilmu seorang manusia itu sehingga menilai tahan sempurna itu daripada rezeki Allah. Allah itukan Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika sudah tiada rezeki untuk susukan anak, usahalah cara lain. Sebab itu, ketika kita dalam pantang, jagalah emosi kita dengan berzikir. Walaupun kita tak boleh solat tapi kita boleh berzikir dan berdoa. Bila terjadinya perkara seperti ini, kesian sangat dengan anak kecil yang baru berumur 10 hari. Harap bila dia besar nanti dia tak tahu tentang artikel ini. 

Keluarga, suami, kawan kawan adalah orang orang yang sangat penting untuk jaga emosi ibu yang dalam pantang ni. Kita tak tahu emosi dia ketika itu. Aku cuma harap jika ada readers aku yang kini sedang berpantang, jika kita rasa sedih berzikirlah jika kita rasa down berzikirlah jika kita rasa kecewa berzikirlah. Tidak perlu fikir 'susu aku ada ke' 'susu aku cukup ke' . Allah itu Maha Mendengar. Doalah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Jika kita terlalu memikirkan sangat sesuatu perkara tu , takut ia akan memudaratkan diri kita sendiri. Anak anak masih kecil ibu ibu perlu sihat perlu kuat untuk menjaga mereka sehingga mereka berjaya..

Susu ibu memanglah yang terbaik buat anak anak tapi susu ibu bukan segala galanya. Yang mampu menyusukan anak dengan susu ibu bersyukurlah..Yang tak mampu bersyukurlah kerana Allah telah tetapkan rezeki masing masing. Susu ibu atau susu tepung tidak menjamin seorang anak itu menjadi anak yang soleh kan... 

Takziah buat keluarga beliau. Jadikanlah ini satu pengajaran buat kita semua. In Sya Allah.. 

1 comment:

  1. Takziah buat keluarga arwah..memang sedih bila baca berita ni... ya Allah, mgkin terlalu tertekan hingga sanggup buat mcm tu... kita yg ada ambil iktibar... memang susu ibu terbaik tapi jgn lah salahkan ibu jika tak mampu bagi BF.. rezeki masing2 kan.. setiap anak mmg sdh ditetapkan rezeki nya sama ada menyusu ibu atan fm...

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign