blog kay & yana: MAJLIS GRADUASI TADIKA CENDIAKAWAN EDUCARE

MAJLIS GRADUASI TADIKA CENDIAKAWAN EDUCARE

29 October 2015

Tu dia.. Yuran pun dah macam budak budak universiti so kenalah ada majlis ala ala Universiti kan. Majlis Graduasi namanye.. Macam majlis konvokesyen la gitu. Tapi yang ni comel comel belaka.. hihihi.. Majlis Graduasi ni sebenarnya untuk student Cendekiawan yang berumur 6 tahun . Tahun depan dah darjah 1 kan so tamatlah sesi tadika pada tahun ini, Aryan Muzaffar tu baru 3 tahun so belum masa lagi nak konvokesyen bagai ni. Dia cuma buat persembahan bagi anak anak yang berumur 3 tahun. Punyalah mak dia excited haih nak tengok anak dia yang sorang tu buat persembahan atas pentas... 



Majlis Graduasi ni buat di Dewan Komuniti Presint 16. Sebelum gerak kita selfie dulu. Aryan ni jenis susah sikit bangun pagi. Kadang kadang pergi sekolah pun boleh sambung tidur pagi. Perangai bapak kot. Ahahahahaha... Bila weekend ni nak kejut dia bangun pagi susahlah sikit tapi aku pujuk bagitahu pagi ni Aryan nak naik pentas dengan kawan kawan laju je dia ajak mandi.. hihihi.. 

Sampai dewan aku pass Aryan pada cikgu dia. So far aku rasa Aryan sangat behave and sangat goodboy. Sebab lepas pass Aryan tu aku jumpa kawan lama kat foodcourt.. Borak borak pasal business... Aku dapat wassap dari adik ipar je aku terus minta diri nak masuk dewan nak tengok anak buat persembahan... Ada video sebenarnya tapi too big.. Aku rasa tak lepas nak download kat sini. Lagipun aku tak tahu macam mana nak transfer video ke blog... kikiki.. 

Jom layan gambar gambar Aryan Muzaffar ni...



Masa ni dia naik pentas dia macam tercari cari someone macam aku ke bapak dia abang dia ke... Padahal aku ada je kat depan tu dia tak nampak kot. 



Masih mencari lagi... Ada 2-3 orang budak sebaya dia dah nangis. Nebes kot. hihihi.. Aryan rileks je.. sempoi anak sorang ni...



Hah... Masa ni dia dah nampak Kay rasanya. Kay sampai lambat sikit. Pentas ni berdepan dengan pintu masuk. Bila dia nampak bapak dia excited bukan main tu hah... Aku dengar dia cakap dengan cikgu dia... "Papa Aryan papa Aryan" ... Dah tu yang aku tercongok kat depan pentas ni sampai ke sudah dia tak nampak rupanya.. Takpelah nak.. janji Aryan happy...hihihi..



Dia sangat sangat goodboy.. Aku bangga sangat dengan dia. Sebab dia buat semua tarian yang cikgu ajar. Dahlah duduk depan centre pulak tu. Nampak sangat Aryan tak cukup tinggi. Dalam kelas dia, aku rasa dia yang paling comel. hihih.. Takpe janji bijak dan berani... 

Nanti aku try tepek video kat sini ye. Manalah tau esok dah besar dia boleh tengok balik entry ni. Tengok balik video tu... Good Job Aryan.. Mama sayang kamu..... Muahciked.. hihihi








2 comments:

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign