blog kay & yana: GEGAR VAGANZA MINGG KE2

GEGAR VAGANZA MINGG KE2

26 October 2015




Gegar Vaganza minggu ke 2.. Setakat ni aku berjaya tengok dari minggu pertama... Sorry Rayyan.. Sorry Aryan.. Mama kena control remote sekejap. Berguling guling budak 2 orang tu nak tengok cartoon. 

Ok. Best gila okeh Gegar Vaganza kali ni. Artis yang join GV kali ni superb power. Memang peninglah kepala juri nak bagi markah. Sebab semua semua aku rasa best. Semua otai otai.. Eh tak semua tapi kebanyakkannya memang otai lah. Jenis glamour zaman zaman kiteorang bercinta... 


Ada 12 artis yang join GV kali ni. Memang mantap mantap belaka tau.. 

Nassier Wahab
Acong Sweetchild
Amir Ukays
Nizam Laksamana
Zul Handy Black
Ezad Lazim
Haiza
Sheeda
Ezlynn
Siti Nordiana
Azian Mazwan Sapuan
Farahdiya

Korang vote siapa? Aku vote Acong Sweetchild & Nassier Wahab dan Farahdiya.. ahahahaha... Apalah rahsia Nassier Wahab tu kan muka muda belia sentiasa. Umur dia agaknya dah sebaya Dato' Ramli MS dah tapi muka dia macam sebaya laki aku pun ada. Bertuah isteri dia dapat suami kacak bergaya.... Ahahahah... Eh aku pun bertuah juga sebab laki aku selalu confident cakap dia handsome... Syukur Alhamdulillah.. hihihi

Aku suka dengar suara Acong Sweetchild. Baru tahu sebenarnya yang suara dia sangat sedap bila nyanyi.Selalu tengok dia berlakon je. hihihi... Lagu Dalam Gerimis yang Acing bawak minggu ke2 memang terbaik... Mantap gila suara dia.... Farahdiya punya suara pun best. Best sangat... 


Tapi cuma satu je lah aku mintak kat Astro ni... kurangkanlah aksi muah Dato' Vida tu... Kalau asyik tengok je boleh menangis mimpi malam tau. Nak buat iklan memang kena cari sesuatu yang kontroversi untuk naikkan sesuatu produk tapi biarlah berpada pada trademark nya. muah muah tu macam tak elok pulak kan... hihi.. Nasib baik ada 2 orang pengacara yang menyerikan lagi GV ni. Minggu kedua ni takde penyingkiran. Aku harap semua masuk final.. Boleh? hihihi... Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza minggu depan ye... 

Go Acong Sweetchild... 



1 comment:

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign