blog kay & yana: January 2014

Wordless Wednesday #17 - Cuti Cuti Malaysia

22 January 2014


Found my baby there? hihihihi..
I loves holiday.. 

Throwback : Anak Beranak Cikenpox / Chicken Pox

21 January 2014
Orang kata penyakit cikenpox ni berjangkit... tapi.. pada sesiapa yang belum pernah kena lagi cikenpox nilah kan.. Dan aku pun mula lah cuak bila orang cakap aku boleh kena buat kali kedua walaupun dah pernah kena... Oh tidak !!! Bila dah dewasa ni (bahasa lembut sikit dari tua) kalau kena agak teruk juga dan susah juga nak hilangkan kesannya nanti. Oh tidak sekali lagi... Harap harap sangat taklah.... Tapi penyakit ini memang berjangkit... bukan pada aku tapi berjangkit ke Kay dan Rayyan.. Ya Allah.. Kesian sangat sangat... Kay lagi dashyat cikenpoxnya. Tapi apa boleh buat. Redha ajelah kan..

Lepas kering je cikenpox kat Aryan , Kay mula demam panas. Kay demam pagi, malam Rayyan pula demam. Aku dah pening sebab dua-dua cinta hati demam. Tapi Rayyan masih aktif.. Kay memang lepak habis. Tidur je.. Esoknye tengok tengok badan dah keluar bintik bintik merah.. Arghhh sudah... confirm cikenpox.. Terus check Rayyan... Pun sama.. Ada keluar bintik bintik kat kepala dengan leher.. Argghh... Aku dah mula stress... Biasalah aku kalau stress mulalah menjajau cari pembantu... hihihi.. Nasib baik ada adik Kay boleh tolong aku jagakan cinta cinta hati ni kat rumah.. Sementara dia tak kahwin lagi bolehlah minta tolong dia.. Tima kasih Angah.. 

Jaga mereka mereka ini agak susah sikit nak dibandingkan aku jaga Aryan masa dia kene cikenpox. Nasiblah Rayyan ni jenis suka makan ubat. Tang sapu ubat kat badan aje dia taknak. Geli katanya. Nasiblah Rayyan.. Nak buat macam mana kan..


 Tu dia cikenpox yang melanda sayang sayang aku ni hah... oh ye.. Kay memang melarang aku sekeras kerasnya untuk mengupload gambarnya di media sosial. hahaha... eleh.. takut beno jadi bahan... hahaha.. Tapi aku amek jugaklah gambar Kay buat kenang kenangan.. sekali seumur hidup der... hahahaha... 



Tu dia.. Anak beranak saling jaga menjaga... Baguslah tuh.. Ada juga hikmah anak beranak ini kene cikenpox.. Tak payah aku amek cuti 2 minggu jaga Rayyan sebab Kay boleh tolong jaga Rayyan sambil menahan sakit cikenpox tuh... 

updated : setelah 2 minggu mereka ini dikuarantinkan akhirnya hari ini mereka ke pejabat dan sekolah seperti sedia kala.. Alhamdulillah.

note: alamak.. aku lupa letak watermark lah.. patutla pelik bebeno aku tengok gambar gambar nih. hehehe...

GIVEAWAY 1ST BIRTHDAY MEMORY BY MOMMYAIDA


Klik link kat bawah ni kalau nak join...  



aku pertaruhkan gambar Rayyan Danish di majlis sambutan hari lahirnya yang pertama.. Aryan takde 1st birthday party.. kesian dia.. tapi aku akan cuba buat birthday party untuk dia juga.. maybe this year.. bila dia dah pandai potong kek sendiri kata Kay.. ok... 

Good luck !!

Bahasa Seorang Blogger

20 January 2014
Bila aku baca blog blog yang mampu menjadikan blog mereka sebagai satu pendapatan memang aku tabik spring lah.. Aku tak tahulah macammana diaorang boleh terror berblogging sampai boleh buat duit. Aku ni nak updated cerita anak anak pun amek masa berhari hari.. hahaha.. boleh gitu.. Mana yang blogger share tips tentang SEO lah.. tentang cara nak dapat UV mencanak tinggi lah.. memang aku tabik spring lah.. Mungkin bahasa dalam dunia blog ni aku tak pandai sangat.. kalau korang tanya aku dalam bahasa PA aku paham lah.. trengkas.. shorhand... memang makanan aku lah.. Tapi kalau tanya aku bahasa dalam dunia blog entahlah.. Aku teringin juga nak jadi macam diaorang ni hah.. tapi kena amek class la kot.. ek? ke tak payah.. kadang kadang aku baca entry diaorang pun aku tak paham acaner tuh.. cehhh.. Doakanlah aku akan jadi blogger sefamous red mummy tu.. hahahaha.. AMIN
pss:  petang ni aku nak BW aje.. boleh? 

Groupon : Mini Square Softcover by Photobook Malaysia

Di kala orang telah terima Photobook masing-masing aku baru tergedek gedek nak buat.. Sebenarnya sebelum ini aku dah siapkan dah cuba aku tak send files dengan cara yang betul.. Sebenarnya bukan tak send... tapi tak lepas mungkin sebab internet kat office aku ni tak kuat kot.. kot.. so aku dah give up. Hari ini entah mana datang mood nak cuba lagi sekali hantar akhirnya lepas juga. Mungkin sebab ramai cuti hari ini so internet boleh digunakan sesuka hati.. hahaha.. entahlah.. mengarut sungguh...


Rasa teruja pula bila dah berjaya submitted files ke Photobook Malaysia tadi. Alhamdulillah photobook pertama aku dalam proses mereka.. Tak sabar nak tunggu abang posmen datang hantar... auw... hehehehe... 

owh ye.. jutaan terima kasih kepada kak nad a.k.a mama zakwan & nayli yang telah banyak tolong aku siapkan photobook ni.. Terima kak Nad sebab melayan karenah teman ni ye.. 

Throwback : Aryan Chicken Pox / Cikenpox

Aku tak tahu lah macam mana nak eja... hentam jelah.. tapi korang mesti faham kan cikenpox tu macam mana. Aryan kena last month aku rasa. Masa tu aku dah planning nak cuti cuti Malaysia, Aryan kena cikenpox pulak... Alahai.. Mula-mula dia demam tapi tak tinggi pun dalam 37c++ je. Kemudian dalam 3 hari dia kebah demam timbul macam biji-biji merah. Mula-mula keluar kat dahi lepas tu kepala lepastu muka lepas tu kat bahu. Memang sah la ni Aryan kene cikenpox.. haiyaaa.... 


Nampak tak bintik bintik kat dahi dia tu ? Melampaulah kalau korang cakap tak nampak khen.. Nampak beno kayro mata... hahahaha.. Pertama kali aku handle baby kene cikenpox sebab Rayyan masa baby pun tak pernah kena lagi. So far Aryan tak merengek sangat. Merengek sikit sikit je. Mungkin dia rasa miang atau gatal kot. Tapi tak tahu nak buat macam mana. So, bila aku dah panic aku pun rushing ke klinik yang berdekatan. Time tu tak terpk nak g klinik gomen.. jangan tanya kenapa sebab aku akan jawab tak tahu. So doc bagi ubat sapu dan ubat demam.



Memang lepas mandikan dia dengan air daun semambu + sabun khas untuk baby cikenpox aku terus letak lotion calamine nih. So far aku rasa Aryan takdelah menggaru sangat. Alhamdulillah. Dia tak merengek sangat pun. 


hahaha... mama aku cakap dah macam komando baru keluar dari hutan.... tapi ini adalah perubatan traditional ye. Mak mertua aku blend kan daun semambu atau di kampung dikenali sebagai daun india pastu tenyeh tenyeh kat seluruh badan dan muka Aryan. So kesan daripada segala usaha moden dan traditional inilah hasilnya...
-
-
-
-
-
-
taraaa...
-
-
-
-


 Muka adik yang minta dilempang oleh mulut.. hahahaha.. Semoga sihat sentiasa ye sayang. Alhamdulillah, Aryan dan sihat sepenuhnya dan boleh ke taska.. jeng jeng jeng.. taska baru ye.. Paham pahamlah..emosi tak stabil bila tukar taska nih... Dan Aryan berjaya menyebarkan virus cikenpox nye itu kepada papa dan abgn Rayyan... Cerita di lain entry ye... hahahaha..

Exhausted !!!

09 January 2014
Boleh dengar ke aku jerit macam itu...?? Kang kalau jerit betul betul orang kat sini kata aku gila kang.. Tak pasal pasal bos aku minta PA lain sebab taknak PA yang gila... wakakakaka.... This week aku rasa lambat gila masa berjalan. Nak menunggu weekend tu Allah je yang tahu betapa penatnya aku... And I'm really need a rest.. fuhhh...



Sekarang ni kerja pun tak larat nak buat.. rasa penat sangat badan ni.. Aku bukan mengeluh ye.. Cuma aku perlukan sedikit masa untuk rehatkan diri. That's all... 


Hati seorang Ibu

06 January 2014
Hari ini hati aku sayu sangat. Setelah 2 minggu aku jaga Aryan kerana demam chickenpox , hari ini merupakan hari pertama buat si comel mama itu ke taska. Kali ini terpaksa masukkan dia di Cendiakawan Educare sebab senang sekali hantar dengan abang dia. Sebelum ini aku hantar adik dan abang di tempat yang lain jadi bila Kay outstation susah juga aku nak hantar sorang ke utara sorang lagi ke selatan. Berat hati tu memang sentiasa ada. Hanya Allah yang tahu hati aku sekarang ini. Sedih pilu sebab terpaksa dengan berat seberat beratnya hati aku tinggalkan dia dengan keadaan dia belum bersedia untuk menerima perubahan hari ini. Salah ke pilihan yang aku buat ? Ya Allah, tenangkanlah hati anak ku, sabarkanlah hati guru yang menjaga dan mendidik anak ku, tabahkanlah hatiku, lindungilah anak anak ku. 

Aryan,
Mama terpaksa letak awak kat Taska sebab mama dan papa perlu kerja untuk mencari sesuap nasi buat awak dan abang. Mama cuba untuk mencari tempat yang terbaik buat awak supaya awak tak nangis bila mama tinggalkan awak dengan orang asing. Orang asing itulah akan menjaga permata hati mama ini dengan penuh kasih sayang. Janganlah menangis sayang kerana tangisan awak buat mama sangat susah hati untuk mencari rezeki di luar sana. Andai kata mama mampu untuk menjaga awak, mama tidak akan tinggalkan awak di sana. Aryan janganlah nangis sayang. Mama akan datang untuk ambil awak dengan penuh rasa syukur. Seronoklah awak di sekolah baru sayang. Awak anak yang baik bukan. Mama sayang awak Aryan.



note : taip sambil menangis... hati penuh dengan doa buat Muhammad Aryan Muzaffar. AMIN.


Selamat Tahun Baru 2014

04 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014
Semoga tahun 2014 lebih baik daripada tahun lepas
Apapun azam yang terniat di hati semoga ianya menjadi kenyataan

Apa azam u olls??

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign