blog kay & yana: Pesanan Zed Zaidi buat Afiq Muiz

Pesanan Zed Zaidi buat Afiq Muiz

28 May 2013
Assalamualaikum 
Salam Muhibbah


Aku terbaca satu artikel tentang isu Afiq Muiz yang sekarang ini menjadi perbualan hangat di media media hiburan. Ramai yang kata Afiq Muiz seorang anak yang derhaka.. erm.. aku tidaklah menyebelahi sesiapa sebab aku tak tahu cerita yang sebenarnya. Aku pun bukanlah peminat Afiq Muiz jauh sekali awek dia tu (aku dah lupa nama dia)...  tapi aku tertarik dengan nasihat Zed Zaidi sebagai Presiden SENIMAN kepada pelakon muda Afiq Muiz tuh.. 

"Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya," 

erm.. kepada Afiq Muiz atau sesiapa sahaja lah yang diluar sana tu, take noted la benda ni.. ibu hanya SATU... tapi perempuan kat luar sana berlambak lambak okeh. kalau setakat muka je cantik tapi akhlak ke laut pun tak guna juga. even ibu kita tak baik ke zalim ke jahat ke syurga itu tetap dibawah tapak kaki ibu. 

aku taknak komen isu Afiq Muiz dan ibunya sebab aku tak tahu cerita dan punca. so, kalau cakap banyak nanti timbul fitnah. tapi walau macam mana sekali pun, dia tetap ibu, dan afiq muiz tetap anak. 


-sekian- 

9 comments:

  1. betul tu.. setuju dgn zed zaidi tu...kes ni xtau la sape betul sape salah.. tp bikin malu je kan.. hrp cpt2 la selesai.. dan afiq kembali smula pada keluarga..

    ReplyDelete
  2. apapun...
    lembutkanlah hati masing2, saling memaafkan..jgn keruhkan lg keadaan..

    betul..buruk manapun dialh insan yg yg melahirkan kita..apa salahnya kita ketepikan rasa dendam, ngat balik susah payah ibu mnegndungkan, dan melahirkan kita..

    emosi saya ni..hehe

    ReplyDelete
  3. haah btl apa yg zed zaidi tu gtau.padahal dy leh dpt byk lg perempuan yg baik2.

    solehah dh lme xjenguk sini.maafkn solehah sbb dh lme xdtg komen.solehah bz,gne lappy pn lappy org ni.solehah xbwk lappy sndiri at sini sbb mak nk gne.maaf ye.solehah harap nt solehah aktif berblogging lg :)

    ReplyDelete
  4. ermm xbrapa kenal la afiq nih..hehee..

    ReplyDelete
  5. walaupon salah si ibu.. tp 1 perkara y kna tahu.. syurga ank ttp dibawah telapak kaki ibu...

    ReplyDelete
  6. saya pun suka ngan pesanan macam tu... ibu dan ayah kita hanya satu. tak akan ada gantinya.

    ReplyDelete
  7. artis skrg ni macam macam. sanjung sgt ppuan yang takde kene mengene dgn famili.

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign