blog kay & yana: Poligami

Poligami

07 March 2012
Salam Muhibbah,

Lambat pulak updated blog hari ini... 
mohon maaf ye.. hehehe.. 
ok.. just nak share dua cerita.. 
cerita benar tau.. 
tadi pagi aku dengar hot.fm.. 
tajuk dia kali ni tentang poligami ataupun bermadu... 
madu mmg manis..
 tp madu yg berkongsi kasih sayang sgt pahit.... 
ok... let's read the first caller say...


panggilan pertama ni dari seorang perempuan... 

caller  : saya ada seorang kawan yang dtg mengadu bercerita tentang suaminya ingin kahwin lain.. so saya ckp dengan kawan saya tu, biar je dia kawin... kalau tak sanggup nak bermadu mintak cerai.. lelaki ni kadang kadang ada sifat kenakalan sikit.. bila kita cakap jangan tulah yang dia nak buat... so bagi dia rasa... sebab gaji dia takat tu je.. tak naik naik.. tapi dia kene tanggung 2 orang walaupun dia dah ceraikan kawan saya ni. After that, kawan saya ckp , lepas beberapa bulan dia kawin dengan perempuan, dia sedar yang die tak mampu nak sara perempuan tu. then dia back to my friend dan ceraikan bini no 2 tu. 
DJ: owh hebat betul.. bagi lelaki tu peluang utk kahwin lagi satulah kan... 
caller : tgk jugaklah sbb husband kawan saya ni mmg tak mampu nak sara dua bini. tp berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. 

lepas caller tu call, DJ menanti nantikan panggilan daripada orang lelaki pulak tentang pandangan positif poligami ni.. 
then adalah next caller.. 
lelaki

DJ : ok. apa yang boleh en X (tak ingat sape nama die) boleh share dengan kite tentang poligami nih.
caller : memanglah orang awam akan pandang negatif tentang poligami nih. dalam Islam pun kite boleh berpoligami tapi adalah syarat syarat yang perlu kite patuh. saya mempunyai 2 orang isteri. Isteri kedua saya adalah seorang GRO. Dia pernah bersama dan bersekedudukan dengan orang lelaki yang bukan muhrim selama beberapa tahun. Saya berjumpa dengannya bukan di kelab malam tapi hanya di kedai makan. saya mendengar ceritanya.. dia tak pernah balik kampung semenjak die menjadi GRO. dia tak solat. dia tak buat segala gala yang Islam minta...akhirnya saya ambil keputusan untuk menikahi dia dan membawa dia ke jalan yang benar.. Alhamdulillah, sekarang dia sudah bertudung, berjubah, dah mula solat, rambut dah hitam, dah kembali ke jalan yang benar... 
DJ terkedu... 
DJ : bagaimana u convince isteri pertama awak?
caller : sebenarnya isteri saya telah pun bersetuju dengan saya apabila kami berbincang dan niat saya hanya kerana Allah Taala.. saya sayangkan isteri saya kerana Allah Taala.. isteri saya sangat menyokong saya dan dia Alhamdulillah tiada masalah dalam berpoligami ni.. malah dengan keredhaan isteri pertama saya membuatkan saya bertambah sayang pada dia.. 
DJ terkedu lagi...
caller : saya menyeru la dan merayula pada lelaki lelaki di luar sana, janganlah kita memandang rendah pada wanita wanita seperti ini.. kerana disebaliknya mereka ingin berubah cuma tiada siapa yang ingin membantu mereka dengan ikhlas. Dunia ni bulat. Kalau harini kita menganiaya wanita, satu hari nanti kita ada anak perempuan, kita tak tau mungkin orang lain akan menganiaya anak kita pula.. 
DJ : saya sokong... 

terus lagu yang sgt syahdu berkumandang... aku pun tergamam...

note: mampu kah aku sekiranya kay minta kahwin lain... oh no..!! aku tak mampu.. aku tak mampu berkongsi kasih sayang... sbb aku nak die cintakan hanya aku seorang.. tp aku nak die cintakan aku kerana Allah SWT. amin.. 


8 comments:

  1. hurmmm...kita pon tak setabah isteri dia...

    ReplyDelete
  2. lama dah tak layan topik pagi hot fm sbb naik bas....dulu emmang suka layan sbb banyak leh dpt pengajaran disamping menghiburkan..

    ReplyDelete
  3. sy pun terkedu baca cerita lelaki tu . mulia sungguh hati dia kan . ermm kalau la semua lelaki yang berpoligami ni , berpoligami mmg betul2 mengikut ajaran Islam .. ermm aman rumahtangga ..

    err.. sy pun tak sanggup +p

    ReplyDelete
  4. memang kalo boleh tak nak.. tapi kalo ingat suami nak tolong macam kes lelaki tue, tak taulah camne jadinya nanti.. mungkin bagijugak kot..
    tahlah.. susah nak pikir pasal poligami nie..

    ReplyDelete
  5. haish..cerita poligami pulak ye dear..ahaks..wooo..saya tak nak bermadu..huhu.Nauzubilahminzalik..tapi kalau itu sudah tertulis untuk kami.huhuhu..sedihnya saya..uhuk.tapi takkan nak melawan Ketentuan ALLAH kan?

    Kalau terjadi juga,kena belajarlah terima kenyataan,sebab setiap apa yanga ALLAH tentukan pasti ada hikmah disebaliknya kan?huhu.tapi kalau boleh TAKNAK!!..hihihi

    ReplyDelete
  6. ade gak dengar hotfm smalam.. mmg dgr part laki ni je.. mmg susah nk jmpe laki baik cmni skrg.. ;))

    ReplyDelete
  7. mmg mulia lelaki tu...alhamdulillah..

    tapi sebagai perempuan, mmg bukan mudah nak berkongsi kasih sayang sebenarnya...perit tu...

    ReplyDelete
  8. bagi eB, kalo dptnyer mmg baek, itu rezeki dier tapi kalo sebaliknyer?

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign