blog kay & yana: Perjumpaan Kakitangan Awam Bersama Perdana Menteri Malaysia

Perjumpaan Kakitangan Awam Bersama Perdana Menteri Malaysia

08 March 2012
Salam Muhibbah,

Pagi tadi , Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat beberapa pengumuman penting untuk kakitangan awam dalam perjumpaan khas bersama penjawat awam di  Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  Perjumpaan tersebut bermula pada pukul lebih kurang 10 pagi dan disertai kira kira 10,000 penjawat awam dari seluruh negara, selain barisan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden CUEPACS, Dato' Haji Omar Osman.

Pertemuan itu semestinya menyentuh isu isu  mengenai skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini memasuki bulan kedua semakan semula oleh pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.

Berikut adalah keputusan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri :


1. SPBA DIBATALKAN DAN SSM DIKEKALKAN & AKAN DITINGKATKAN
2. SATU SURUHANJAYA DITUBUHKAN BAGI MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN AWAM
3. PELARASAN GAJI BERDASARKAN GAJI METRIK.
GRED 1 - 54 = 13%
GRED UTAMA = 9%
T2 & T3 = 8%
T1 & KSN = 7.6%
4. KENAIKAN TAHUNAN
GRED 1 - 54 = RM80 KE RM320
JUSA KE ATAS = KEKAL
5. COLA
KAW B - RM200 NAIK KE RM250
KAW C - RM100 NAIK KE RM150
ELAUN KRITIKAL,WILAYAH,PENDALAMAN,PENDIDIKAN = KEKAL
6. GURU-GURU - KENAIKAN BERDASARKAN TIME-BASE

 -sekian-


3 comments:

  1. baru adil...takde la lepas ni ada suara2 ckp jurang kenaikan gaji gred bawah ngan gred atasan terlalu jauh beza...semua pun naik 13%...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Sekian!!
    Terima kasih!!
    Hik3!!!
    Alhamdulillah!!
    Bersyukur dgn rezeki yg ada.. ;)

    ReplyDelete
  3. lya xtau sgt psl ni.. apa2 pon org gov happy dgn kptusan ni kan

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign