pLs HeLp Me..!!!
HiLanGkaN KuNyit di taNgaN
VitaMiN uTk si KeciL
- Susu Ibu merupakan sumber vitamin A yang paling sempurna. Vitamin ini sangat berguna untuk pertumbuhan mata dan fungsi tubuh yang lain. Bukan itu sahaja, ia turut berperanan dalam memelihara sistem kekebalan tubuh di samping membantu melihat dengan jelas di waktu malam. antara makanan yang kaya dengan sumber vitamin A adalah telur, sayuran hijau, buah-buahan, produk tenusu dan hati.
2) VITAMIN B
- Vitamin B adalah vitamin paling penting. Ia mempunyai banyak sub vitamin yang disebut vitamin B kompleks. Wanita hamil disarankan mengambil vitamin ini sejak di awal kehamilan kerana ia bermanfaat untuk perkembangan embrio yang sempurna di samping membantu kesihatan tubuh si ibu. Salah satu daripada kumpulan vitamin adalah vitamin B2 atau Riboflavin. Ia disarankan tidak diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Dalam pada itu, vitaman B1, B6 dan B12 sangat penting dan diperlukan oleh ibu hamil serta beberpa kes di mana bayi kekurangan berat badan. Vitamin B kompleks pula membantu metabolisme bayi terhadap karbohidrat dan protein, pemeliharaan sistem saraf, pembentukan zat darah penyerang kuman, formasi sel darah serta penghasilan imunisasi.
3) VITAMIN C
- Vitamin C juga dikenal sebagai Ascorbic acid. Ia diperlukan untuk proses penyembuhan, memelihara kolagen, meningkatkan daya serangan terhadap infeksi, kesihatan gusi dan pembulih darah. Limau, tomato, beri, brokoli, tembikai dan cili merah serta hijau adalah antara makanan yang kaya dengan vitamin C. Selain itu anda juga boleh memberikan si kecil vitamin C dalam bentuk cecair atau tablet yang telah tersedia di pasaran dengan sukatan atau dos yang ditetapkan berdasarkan usia dan berat badan si kecil mengikut saranan doktor.
4) VITAMIN D
- Vitamin D berperanan dalam meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral yang sangat penting untuk menjaga kesihatan dan kekuatan tulang. Masalah tulang reput adalah kesan kekurangan vitamin D yang paling nyata. Selain itu, vitamin D juga berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Antara makanan yang mengandungi sumber vitamin D adalah minyak ikan kod, salmon, mackerel, ikan tuna, sardin, bijirin yang diperkaya dengan vitamin D, telur dan marjerin yang diperkaya dengan vitamin D.
5) VITAMIN K
- Ini adalah vitamin yang sangat penting. Suntikan vitamin K biasanya akan segera diberikan saat bayi baru lahir. Ia perlu untuk mencegah daripada berlakunya pendarahan dalaman pada mereka. Fungsi vitamin K adalah untuk menghentikan pendarahan dan mencegah kerosakan tubuh yang mungkin berlaku.
6) VITAMIN E
- anda boleh memberikan vitamin E tambahan dalam bentuk cecair atau tablet yang dikenali sebagai Tocopherol. Vitamin ini membantu pembentukan sistem imunisasi tubuh. Selain vitamin, mineral zink, zat besi dan fluorida juga penting untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan sistem tubuhnya.
teLefoN biMbiT leBih KotoR dr TomBoL tAnDas
Ramai menganggap tombol pintu tandas amat kotor kerana mengandungi banyak kuman dan bakteria yang berasal dr tandas. Tp tahukah anda bahawa telefon bimbit lebih kotor berbanding tombol tandas?
Sekumpulan penyelidik yang menganalisis 30 telefon bimbit mendapati bahawa telefon bimbit mengandungi bakteria hidup 18 kali lebih banyak berbanding tombol pintu tandas. Hasil penelitian ini sangat mengejutkan, kerana selain memiliki bakteria 18 kali lebih banyak berbanding tombol pintu tandas, penyelidik juga mendapati bahawa bakteria yang bersarang di telefon bimbit tergolong dalam kelompok bakteria paling berbahaya. Antara bakteria yang terkandung di dalam telefon bimbit ialah bakteria faecal coliforms, penyebab gangguan pencernaan dan gangguan di perut yang cukup serius. Selain itu, telefon bimbit juga berupaya menjadi tempat berkembang biak kuman-kuman yang lebih berbahaya.
Pakar kebersihan, Jim Francis, menerusi satu artikel siaran Telegraph menyatakan telefon bimbit perlu sering disteril dan dibersihkan menggunakan pembersih beralkohol bagi mengelakkan pengumpulan bakteria. Lebih-labih lagi hasil penelitian menunjukkan bakteria yang ada pada telefon bimbit dapat ditularkan dengan mudah kepada individu lain yang memegang atau bersalaman dengan si pemilik telefon bimbit terbabit.
sumber : majalah keluarga harmoni bil 146.
note: erk... takut pulak rasanye nk pakai telefon bimbit nih.. tp.. telefon bimbit zaman sekarang dikira penting juga dalam kehidupan... huhuhu.. mcmne tu yerk..??
NeU cHaiR LoR
daNiSh jaTuH....!!!
- tulah die budak yg aktif sgt sekarang nih...
note: "Ya Allah Ya Tuhanku Ya Maha Mendengar lg Maha Kuasa, lindungilah anak kami Muhammad Rayyan Danish daripada segala musibah, segala bencana yg buruk... panjangkanlah umurnya Ya Allah... Sesungguhnya hanya kepada Mu kami berserah.... amin...."
reZeki DaNish...
nilah gambar danish yg aku pertaruhkan dalam contest memek muka si manja... hehehe..
congrates danish...!!
comel-comel belaka....
Home Under The Bridge
Read more: A home awaits family living under bridge http://www.nst.com.my/nst/articles/25baby/Article/
sentiasalah bersyukur syg... mama papa sentiasa ingin memberikan yg terbaik utk danish... sekurang-kurangnye danish punye rumah yg sentiasa melindungi danish dari panas dan sejuk... bersyukurlah syg... nasib kite jauh lebih baik dr mereka,... we love u danish... muahhh!!
CeMbUrU
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Tanda-tanda Cemburu
1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.
Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.
Atasi Sifat Cemburu
1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.
5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
Kesan Positif Cemburu
1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu
Kesan Negatif Cemburu
1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.
kaLau Dah NaMenYe MaNuSia
note: mereka belum ckup matang.. layankan je lah.. - ayat sedapkan at-
Cicak tokek mampu jadi penawar penyakit HIV/AIDS?
KUANTAN 7 Ogos - Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.
Mohamad Fauzi Mohd. Norman (gambar), 42, berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.
Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.
"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.
"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.
Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.
"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi,'' katanya.
note: sape nk kaya cepat??? g lah lastik cicak tokek nih... kayo ooo.... boleh jd jutawan... huhuhu..
saYeR BuDaK kaCaMatEr....
Jerebu di Muar capai paras bahaya
KUALA LUMPUR - Tahap jerebu di Muar semalam memasuki paras berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencecah 432.
Serentak dengan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan agar sesi persekolahan di daerah itu dihentikan buat sementara jika keadaan tersebut berterusan.
"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup sehingga situasi kembali baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke Muar selain bekalan air mineral untuk diagihkan kepada penduduk.
Muhyiddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.
Selain Muar, beberapa kawasan di Melaka turut terjejas dengan bacaan IPU 106 semalam.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hapiz A. Samad berkata, bacaan IPU meningkat daripada 106 pada pukul 7 pagi semalam kepada 111 menjelang tengah hari.
Beliau menasihatkan penduduk supaya berwaspada kerana keadaan itu yang bermula Jumaat lalu dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.
info : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
note: jerebu ni bahaya...boleh kene sesak nafas dibuatnye... adoi.. tolonglah jgn wat pembakaran secara terbuka... tolonglah series skit bab2 dunia nih..
Tips: Pelbagaikan Kegunaan Cuka
CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.
# Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
# Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
# Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
# Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
# Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
# Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
# Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
# Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
# Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
# Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
# Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
# Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
# Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.
mEsiN LiPaT BaJu...??
Step 1
.
- Step 2
Step 3
Step 4
Step 5
Step 6
- tadaa.... dah siap da.... tu modelnyer... hehehehe
enJoY baCe BLoG HuSbaNd
utk en suami, teruskan memblog yer.... jangan sia-siakan usaha ayg yg telah membina blog abg itu..muahhh!!
3 artis Indonesia didakwa murtad
SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.
Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.
Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.
Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.
Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.
Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.
Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.
Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.
Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.
Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.
Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.
Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.
Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.
Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.
Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.
Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.
Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.
sumber daripada myMetro... utk keterangan lanjut klik link di bawah...
http://www.hmetro.com.my/articles/20101019010843/Article
note: apelah nak jadi ngn umat Islam sekarang ni.. minta dijauhkanlah drpada ku dan kaum keluargaku.. amin...
DaNiSh vs mOtOkaR..?
raYeR MoSTi...
note: berasa sgt happy dan excited bile gerai yg kami hias menang tempat yg kedua!!! yeay.. tahniah utk semua staff dict yg bertungkus lumus menghias gerai.. yeay!!
BLoG eN SuaMi ku...
Selepas Anne kini Darling pula hamil
Selepas lebih setahun mendirikan rumahtangga dengan Nur Azlin Rahmat, 34, Darling Ngasri iaitu kakak kepada Anne Ngasri serta adik kepada Bell Ngasri kini telah pun disahkan hamil 5 bulan oleh doktor. Khabar berita itu telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh Darling dan suaminya. Maklumlah anak itukan rezeki pemberian daripada Allah Taala.
Darling juga khabarnya tidak kisah kalau anak yang bakal dilahirkannya itu nanti adalah lelaki atau pun perempuan. Apa yang penting sekali baginya adalah kesihatan anak itu nanti. Namun, pada masa yang sama, dia juga tidak mahu terlalu seronok menanti kehadiran bayinya itu. Bimbang pula kalau-kalau terlalu seronok nanti, duka pula yang akan bertukar ganti. -Murai-
note: aku mmg minat ngn anne... die lg manis sekarang ni sebab da bertdung... hehehe