blog kay & yana: HADIAH BUAT SEORANG GURU

HADIAH BUAT SEORANG GURU

24 November 2015



Last minute preparation.. Ginilah jadi mak superbizi... serba serbi last minit... Hari Jumaat tu memandangkan bos outstation maka kita mintaklah izin keluar awal sikit nak cari hadiah cikgu.. Bos kita ni pulak punyelah sporting ok saja.. tak tahulah kalau dalam hati dia mengata..kikikiki... Takde idea sebenarnya nak bagi apa untuk kenangan cikgu cikgu Rayyan.. Lepas ni Rayyan tak sekolah kat situ dah.. Darjah 1 nanti sekolah lain pulak. So tak jumpa lah kawan kawan yang sekarang ni. 

Hadiah atau saguhati tu aku bagi sebab aku rasa cikgu cikgu ni perlu sangat dihargai.. Tanpa cikgu anak anak kita tak kenal huruf tak pandai membaca tak pandai mengira... Kita nak mengajar tu boleh tapi mampu ke ibu bekerjaya macam aku ni lakukan tugas seorang guru di rumah sahaja... Orang lain tak tahulah sebab aku rasa macam tak mampu. Ulangkaji tu okeh...Nak mengajar tu susah.. hihi.. Nampak pemalas kat situ kan kan kan... 


Cikgu yang paling mencabar aku rasa cikgu tadika.. Sebab dari cikgu tadika ni lah anak anak kita kenal huruf ABC.. kenal nombor 123... benda benda asas.. Dah masuk sekolah rendah mereka dah ada asas membaca dan mengira. Di advancekan aje. Jadi nak mengajar yang asas tu bukan senang ye tuan puan.. eh dah macam public speaking pulak.. ahahahha....

Aku pulak jenis pattern mak mak yang memang suka bagi hadiah kat cikgu cikgu.. Dulu masa Rayyan nak masuk pra aku bagi jugak hadiah kat cikgu taska dia.. Cikgu tu lagi banyak jasa sebab ajar Rayyan dari dia 3 tahun sampai 5 tahun.. tu yang manja terlebih tu... 

Aku harap cikgu cikgu yang pernah mendidik Rayyan Danish takkan lupa kan dia.. Terima kasih kerana mengajar Rayyan Danish. Minta halalkan ilmu cikgu cikgu.. Doakanlah dia berjaya di dunia dan di akhirat. 

Gambar Rayyan dengan cikgu Pra lupa nak snap..hihihi..

Thanks for reading gais..! ;)



4 comments:

  1. alhamdulillah rezeki cikgu, dapat mak gini yee

    ReplyDelete
  2. Sis,nak tanya tentang servis review produk. Emel saya pliss tiqahanum@yahoo.com sebab saya tak jumpa cara utk contact sis..TQ :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga Yana murah rezeki..dan semoga Rayyan berjaya dunia akhirat..jadi anak yang soleh!Amin..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..sbg penghargaan utk guru y tlh byk bkorban utk mberi ilmu pd anak2 kt

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign