Kalau dah penat sangat atas kerusi pun dia boleh tidur. Gambar tu masa mula mula dia sekolah. Masa mula mula badan dia nak terima pagi petang kena sekolah. Balik sekolah dia memang takde tenaga dah aku tengok..
Kalau aku hantar dia awal sikit aku skodeng dia dari jauh. Kalau dia sampai awal dia akan main dengan kawan kawan dia kat luar tu. Tu yang kadang kadang aku risau.. Sekarang ni macam macam jadi kat Malaysia. Orang jahat ramai.. Kita tak tahu niat orang.. Tapi setakat ini Alhamdulillah. Aku banyak kali pesan pada Rayyan kalau orang tak kenal tegur cepat cepat lari masuk dalam surau ke lari pegi kat Ustazah ke Ustaz ke. Jangan tunggu lama lama. Dia angguk je tak tahulah dia faham ke tak.. Doa jelah dari jauh.
Walaupun aku tahu dia penat ke sekolah pagi petang setiap hari, tapi di sini lah die belajar agama serba sedikit. Dia cuma tengok kita parents ni amek wudhu' solat mengaji tapi dia taktahu ape sebenarnya tu.. Bila dia KAFA kat sini sekurang kurang dia dah boleh solat sendiri dah tahu apa yang wajib kena buat apa yang kena baca.. Alhamdulillah.
Yang bagusnya KAFA dia ni ada mengaji. Kena tambah duit sikit. Tak banyak pun. Selalu lepas solat jemaah Asar dieorang akan beratur sorang sorang nak ngaji dengan ustaz/ustazah masing masing. Time ni lah dia amek kesempatan main kat luar sementara nak tunggu turn ngaji... kat KAFA ni memang akan ngaji sorang sorang... Aku pun kadang kadang amek Aryan dulu baru amek Rayyan sebab dia selalu jadi orang last mengaji..
Kadang kadang ibu bapa yang bekerja macam aku ni takde pilihan. Terpaksa letak anak anak kat tempat belajar. Ada juga yang cakap kesiannya kecik kecik lagi dah sekolah petang.. Memang kesian. orang luar tengok pun kesian apatah lagi aku ibu dia ni.. Lagilah.. Tapi nak buat macam mana kan.. Sekurang kurang Rayyan dapat la ilmu sikit sikit di sini.. Kat Putrajaya ni nak letak anak kita kat rumah orang pun dieorang cas sampai RM200 sebulan. Aku harap Rayyan ok je dengan semua ni. Zaman aku dulu tak sama dengan zaman die sekarang. Cabaran pun banyak sangat untuk budak budak macam dia nak membesar... Aku cuma harap apa yang aku dengan kay buat untuk dia, dia akan jadi anak yang membanggakan kami kelak. In Sya Allah..
Thanks for reading gais... ! =)
kesian..tp kdg2 tu yg terbaik untuk dia kan..
ReplyDelete