blog kay & yana: CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH

23 November 2015

Seronoklah budak budak sebab dah start cuti sekolah.... Rayyan kali ni aku tak hantar balik kampung sebab mak mertua mai datang rumah aku duduk sekali nak jaga cucu cucu dia...hihihi.. Tapi Aryan aku tetap hantar pergi sekolah sebab dah bayar duit taska.. Lagipun 2 beradik ni tak boleh melekat sentiasa nanti ada yang lebam lebam badan kena gigit la kena cubit lah.. Bergusti la bergaduh tu pasti... 

Nampak tak muka happy sebab cuti sekolah yang panjang sudah bermula... So sempena cuti sekolah ni dia duduk la rumah diam diam buatlah aktiviti apa yang patut dengan mak ngah dia tu.. hihi.. yang seronoknya cuti sekolah kali ni aku tak perlu berjauhan dengan dia.. Alhamdulillah mak mertua sudi duduk rumah aku sambil sambil teman aku ni sambil sambil jaga Rayyan... Alhamdulillah.. Rezeki... Aku tak payah pening kepala fikir nak hantar Rayyan kat mana time cuti sekolah ni. Sebab cuti sekolah hujung tahun kan panjang. So aku plan nak letak dia kat taska Aryan je.. Kenalah korban wang kertas sikit... Sebab kalau hantar balik kampung lama sangat tak jumpa dia... nanti rindu rinduan tu lebih lebih pulak.. hihihi... Alhamdulillah Allah selalu permudahkan urusan hamba Nya.. Tak payah hantar balik kampung tak payah letak kat taska mak mertua datang rumah tolong jaga.. 

Hari ni Aryan pergi sekolah dengan semangat yang waja... ahahahahhaa.. Dia memang dah lama tak ke taska... Sejak mak mertua ada kat rumah dia memang duduk rumah sambil menghiburkan hati atok maknya itu... tapi hari ini cuti dia dah habis maka dia kena lah pergi sekolah.. 


Aku tak paham dia nak buat apa tu.. nak buat peace ke nak buat pistol tembak tembak ke... Lantaklah dik janji adik bahagia dan semangat nak ke sekolah.. hehehehe.. Alhamdulillah.. Walaupun dia da lama sangat tak ke sekolah arini dia ke sekolah dengan gembiranya.. hihihi

Apa planning korang sempena cuti sekolah ni? Mesti ada yang dah plan nak bawak anak pergi cuti cuti Malaysia kan kan kan... hihihi... Nanti share ye kisah cuti cuti malaysia korang tu... 

Thank you for reading gais .. ! =)

3 comments:

  1. comel je..hehe..

    saya takde plan...huhu~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rezeki Yana sebab tak payah nak hantar Rayyan pg taska or balik kampung kan..semoga keduanya akan well behave..Amin!aqilMedina pun tak bleh duduk dekat..asiklah berebut bergaduh..huhuhu

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign