blog kay & yana: August 2015

Baybie Cream dan Baybie Soap

27 August 2015

Hari ini aku nak berkongsi tentang satu produk. Produk ini dikeluarkan dan diformulasikan oleh seorang doktor perubatan iaitu Dr. Zulkifli Sharif. Sebenarnya aku terbaca tentang produk Baybie ini dari blogger kak Ila Saleh. Daripada beliau aku tahu tentang produk Baybie ni. Bila aku baca satu persatu status daripada FB Dr. Zulkifli Sharif ni aku tertarik dengan cara beliau sebagai seorang doktor. Beliau merupakan seorang doktor yang berusaha untuk mencari penawar atau rawatan tanpa menggunakan bahan bahan kimia. Dan ternyata produk Baybie ni tidak mengandungi bahan bahan kimia. Produk ini mengandungi bahan bahan organik yang selamat digunakan oleh semua peringkat umur khasnya buat bayi yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema ataupun ruam ruam yang biasa terjadi pada bayi ataupun yang mengalami masalah kulit kering. In Sya Allah, produk baybie ini mampu membantu masalah masalah tersebut. 





Bagi yang tertanya tanya apa isi kandungan cream dan sabun ni boleh refer gambar di atas. Semuanya adalah daripada bahan bahan organik. 


Harga baybie cream ni seperti gambar di atas. Oh ye.. Minion aku tak jual ye.. kalau korang nak cari sendiri kat toys n rus ke... hihihi.. Aku jual cream dan sabun je. Sabun pulak harganya RM19.00. Murah je kan.. Mampu milik In Sya Allah...


Produk Baybie ni mempunyai 3 jenis kuantiti. 30g, 50g dan 100g. Pembelian setiap 100g akan mendapat sabun baybie secara percuma. Dan promosi ini akan tamat pada 30 September 2015. 



Menurut Dr. Zulkifli, sabun baybie ini adalah handmade. Jadi pengeluaran sabun ini amat terhad kerana perlu menjaga kualiti organik yang ada dalam produk ini. Dalam produk Baybie ni juga ada daun gelenggang. Rupanya daun ni berfungsi untuk membantu masalah kulit. So memang sesuai untuk semua peringkat umur . In Sya Allah. 


Testimoni daripada pelanggan Dr. Zulkifli Sharif masa produk ni belum ada nama lagi. Alhamdulillah.. produk muslim yang penuh dengan bahan bahan semulajadi In Sya Allah berkesan dan membantu. 

Harga produk Baybie:

Baybie Soup (RM19.00)
RM25.00 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM29.00 termasuk kos poslaju ke Sabah/Sarawak

Baybie Cream 30g (RM29.90)
RM35.90 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM39.90 termasuk kos poslaju Sabah/Sarawak

Baybie Cream 50g (RM45.00)
RM51.00 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM55.00 termasuk kos poslaju Sabah/Sarawak

Baybie Cream 100g (RM79.90)
RM85.90 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM89.90 termasuk kos poslaju Sabah/Sarawak

Untuk pembelian produk Baybie Cream & Baybie Soup boleh hubungi saya wassap/telegram/sms:

Yana 
019-7191992

Jemput beli ye.. produk buatan org Muslim kita.... Selamat membeli. 


Welcome to the world Wan Khairi JR

26 August 2015

Lama menyepi kan.. tulah.. 2-3 hari ni sibuk ulang alik ke hospital. Alhamdulillah adik ipar aku (adik Kay) dah selamat melahirkan seorang lagi hero dalam keluarga Mak Jah dan En Mat... ahahahaha... Disebabkan adik ipar aku ni czer jadi kenalah stay lama sikit kat hospital. So aku kena menghantar family in law ke hospital Putrajaya. Kesian ibu mertua ku lama menunggu cucunya keluar.. Alhamdulillah... selamat dah kedua duanya.. 

Adik ipar ni sebenarnya dah overdue dah. Due dia sepatutnya 15 Ogos 2015. Since tak bersalin dan takde tanda tanda nak bersalin dia ditahan wad pada 22 Ogos 2015. Itupun kena tunggu katil kosong sebab sebelum ni dia pergi serah diri kat hospital penuh memanjang je katil kat HPJ tu. Khabarnya, hospital Serdang tutup sebab dieorang buat renovation dekat labour room. Kajang pun penuh. So kalau terpaksa kena tolak HKL. Nasib baiklah dapat juga rezeki dia bersalin kat Putrajaya. hihihihi... ok sambung. 23 Ogos 2015 (Ahad) Doc bagi satu ubat induce.... Petang tu dia dah sakit sakit.. Tapi aku rasa dia sakit contraction tu tak konsisten so aku tak rasa tu contraction yang nak bersalin. Nurse pasang CTG pada perut dia untuk tengok heartbeat baby. Normal. So baby masih ok. Bila cek bukaan baru 3 cm. okay... Tunggu tapi tiada khabar berita. Isnin pagi dapat berita adik ipar aku akan ke labour room bila bila masa sahaja menunggu katil di labour room kosong untuk proses bersalin... Jadi kami hanya berdoa dari jauh semoga segala urusan mereka suami isteri dipermudahkan. Jam 4.30 petang tak silap aku dia ditolak ke labour room dan air ketuban di pecahkan di wad. 

Kiteorang kat rumah ni menunggu penuh debaran berita dari husband dia. Doc jangka 3-4 jam dah boleh bersalin. Tapi lepas 4 jam pun takde khabar berita. Mak mertua dah tak senang duduk. Lastly dapat wassap dari husband dia bagitahu Doc terpaksa operate adik ipar sebab bukaan adik ipar aku terlalu lambat. 8 jam hanya bukak 1cm. setiap kali masukkan ubat baby stress and maybe will affect the heartbeat so decide operation. Lebih kurang 2 pagi lahirlah seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini.. Allahuakbar.. Alhamdulillah semalam kami dah jumpa ibu dan babynya.. Dua dua selamat.. Semangat anak buah aku tu. 3.6 kg.. sedap sungguh duduk dalam perut ibu dia sampai taknak keluar jumpa abg Rayyan dengan abg Aryan... 

Yeay... selamat berpantang uda.. Tahniah... korang dah upgrade jadi mama papa...!!!

note: sorry takde gambar baby... nak tengok datang sendiri.. hihihihi.. 

Sharing is Caring - Himpunan Petua Dapur

21 August 2015

Petua ini aku jumpa di Facebook. So aku abadikan di blog supaya sahabat sahabat yang lain boleh sama sama dapat ilmu ini. Kita sebagai orang perempuan ini, cantik macammana pun, bijak macammana pun tetap akan ke dapur juga kan. Ada yang kita tahu ada yang tidak. Aku harap petua yang aku akan kongsikan ni dapat sedikit sebanyak membantu kita dalam menjadi 'chef' buat suami dan anak anak. In Sya Allah...

Petua Nasi Lambat Basi

Ada sesetengah periuk nasi tak tahan lama. Bila nasi yang dimasak dah tak boleh makan pada esok harinya mesti frust dan rasa membazirkan... Ada yang bagi petua jangan rendam periuk nasi semalaman nanti nasi cepat basi. Tapi tak menjadi nampaknya. So apa kata kita cuba petua ni pulak

Masukkkan secubit garam & tanaklah nasi seperti biasa. In Sya Allah nasi lambat basi.


Nak elak kuah masakan melimpah ruah? Yang ni selalu terjadi kalau aku buat bubur. Sebab malas nak masukkan air sikit sikit so masuk air sampai dah nak penuh periuk. Apa lagi? Melimpah ruahlah air dalam periuk tu bila proses nasi menjadi bubur.. ahahahah..

Ok. Petua untuk mengelakkan kuah melimpah keluar dari periuk ketika memasak ialah dengan meletakkan senduk kayu di permukaan periuk. In Sya Allah kuah tidak akan melimpah keluar.. Kenapa senduk kayu? sebab kalau korang letak senduk besi aku takut besi tu cair masuk dalam kuah... hihihihi



Petua ni aku suka... Petua untuk mengekalkan kesegaran sayur dalam tempoh yang agak panjang. Kadang kadang bila kita beli sayur kat pasar tani, kita nak beli sayur daun hijau macam dalam gambar ni tapi bile memikirkan dua tiga hari lagi sayur tu akan layu terus tak jadi. Aku lebih suka beli sayur yang lambat layu contoh bendi ke kacang panjang ke kobis ke kacang buncis ke.. kalau sayur daun ni maknanye aku kena masuk pada hari yang sama aku beli atau keesokkannya harinya... So bila jumpa petua ni aku suka. Lepas ni boleh beli sayur daun... hihihihi

Caranya mudah sekali dan tidak memerlukan banyak kos. Korang hanya perlukan bekas bertutup saja. 

Bahan-bahannya:
Kertas surat khabar, Plastik hitam, sayur

Caranya:
1. basuh sayur-sayuran tu satu persatu hingga bersih
2. Lap sayur menggunakan tisu atau kain yang bersih sehingga kering
3. bungkus sayur menggunakan surat khabar
4. masukkan sayur ke dalam plastik hitam
5. Ikat rapat rapat.

Korang akan dapati sayur akan tetap segar biarpun tersimpan lama di dalam peti sejuk 




Siapa yang selalu ada masalah bubuk dalam beras? Ok jom kita cuba petua elakkan bubuk dalam beras. 

Letakkan daun pandan dalam bekas beras. Bubuk akan lari meninggalkan bekas beras korang.. Selamat mencuba ye...





Bila Rayyan Buat Perangai

20 August 2015

Cerita semalam tapi baru nak luahkan dalam blog hari ni. Sejak Rayyan masuk Pra-Sekolah, memang Kay yang hantar dia pagi-pagi. Aku akan hantar Aryan ke Cendekiawan Educare. So perjalanan kiteorang macam sorang ke Timur sorang lagi ke Barat. Untuk aku hantar dua dua orang sekali memang tak mampu lah nak punch in pukul 8 pagi. So harus agih agihkan tugas pada si suami juga. Lagipun aku dah mengambil Rayyan dari sekolah pukul 12 tengah hari, So tugas bapak dia la untuk siapkan dia pagi-pagi dan hantar dia pergi sekolah. 

Kecuali... kecuali kalau Kay kena outstation, Aku memang takde pilihan kena hantar kedua dua nya sekali. Hebat kan tugas seorang ibu ni. Dah macam superman dah. Terbang sana terbang sini. Ok. So kali ni aku bersyukur sangat sebab family mertua aku ada kat rumah. So aku tak payah rushing siapkan Aryan dan hantar dia ke taska. Aku cuma fokus pada Rayyan je. Sebelum-sebelum ni Rayyan memang suka pergi sekolah especially Pra Sekolah. Sekolah KAFA dia ada malas sikit nak pergi sebab dia penat atau dia dah mengantuk. Pra Sekolah jarang sangat dia buat perangai. 

Macam biasa mood dia pagi semalam agak baik. Takde la nak nangis nangis bangun pagi ke. Semua berjalan dengan lancar. Lepas siapkan dia, dia request nak tengok youtube, So aku kata ok sebab sebelum ni pun dia biasa akan main fon bapak dia sementara kiteorang siap siap. Bla bla bla masuk dalam kereta dia masih layan cerita Jurassic Park kat youtube... Jarak sekolah dia dengan rumah aku tak sampai pun sepuluh minit. So memang cerita tu belum habis lah bila sampai pintu pagar sekolah. Dia kata nak tengok sampai habis. Aku cakap tengah hari boleh sambung. Dia taknak. Aku pujuk dia still taknak. Tetap juga nak tengok cerita tu sampai habis. In the end aku hilang sabar aku cubit dia. Dia nangis. Bila dia dah nangis aku dah confident memang dia tak akan masuk sekolah tu dengan air mata berjujuran. So aku call Kay dengan harapan Kay dapat pujuk dia... Tapi tak berjaya dia tetap taknak masuk sekolah. 

Hati dah panas aku rasa macam merah je kad aku ni. In the end aku pergi office punch hantar Rayyan balik rumah. Sebagai denda aku tak bagi dia tengok kartun langsung, tak bagi dia main game langsung. And yang buat aku rasa bersalah aku pukul dia dalam kereta.. Kesian tapi kurang Istighfar barangkali. Jadi perasaan marah membuak buak bila anak buat perangai di pagi hari. Rasa bersalah pukul anak tu sampai menangis cakap dengan laki. Balik rumah tengah hari aku minta maaf dekat Rayyan sebab pukul dia. Tapi dia peluk aku kata dia sayang aku. Sedih bak hang...Aku tengok lengan dia lebam sebab aku cubit.. haih.. nak menyesal pun tak guna.. 


Rayyan, mama papa sayang Rayyan.. Mama sayang anak anak mama sama rata. Mama tak pernah bezakan kasih sayang mama pada anak anak mama. Mama marah mama pukul mama rotan sebab mama nak Rayyan berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat. Mama nak Rayyan jadi anak yang baik. Mama tetap sayang Rayyan walaupun Rayyan banyak buat perangai. Mama anggap perangai tu semua sebagai satu pembelajaran buat Rayyan. Mama minta maaf sebab pukul Rayyan, marah Rayyan.. Tapi salah tetap kena denda. Bukan senang nak jadi manusia yang berjaya Rayyan . Syurga Allah tu mahal harganya sayang. 

Rayyan anak mama yang bijak. Anak mama yang pandai. Cikgu Rayyan semua cakap Rayyan pandai. Mama bangga dengan Rayyan. Kalau papa kerja jauh Rayyan kena tolong mama ok.. Rayyan jangan buat perangai lagi ye. 

*Dengan harapan satu hari nanti dia akan bukak blog aku dan baca. Sekarang ni dia dah pandai baca... Aku bolehlah ajar dia bukak blog aku kan. 

Mama papa sayang Rayyan sampai bila bila. Sampai Syurga tau... 



Wordless Wednesday : White Studio

19 August 2015



Cerita di lain entry ye...  Wordless Wednesday la katakan... Nak blogwalking jap.. 

tata korang

Simpan Duit Raya Dapat Beg Percuma ...

18 August 2015

Syawal dah pun meninggalkan kita. Maka berakhirlah berhari raya. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun depan. In Sya Allah. Ok.. Memandangkan raya dah habis jomlah kita menabung duit raya yang mereka dapat. Boleh simpan dalam bank. Untuk masa depan mereka nanti di kala susah ada juga duit simpanan. 


So semalam duit raya budak 2 orang tu dah selamat dimasukkan ke dalam Bank Rakyat. Harap harap duit ni dapat tolong dieorang esok esok kalau dieorang susah... Nanti kalau tabung dah penuh boleh masukkan lagi dalam Bank Rakyat lagi ya. 


Dah selamat masukkan duit dieorang dalam bank dapat pulak beg sekolah. Dapat dua lagi.. Ok la tu. Takdelah dieorang berebut nanti. Terima kasih Bank Rakyat... 

So, korang simpan duit raya anak anak kat mana. 

Website Speed Test



Jom try speed test blog korang.. Macam aku blog aku hanya ambil masa 3.84saat untuk loading. Tu dalam kategori blog yang ringan juga... Senang je. Korang pergi website http://tools.pingdom.com/fpt/ lepastu korang masukkan url blog korang ye. Lepastu klik test now... Dia akan kira berat  blog korang berapa lama masa untuk loading. Lagi berat blog lagi lama masa diambil untuk loading. Bila sesebuah blog tu mengambil masa yang lama pembaca akan cepat bosan menunggu dan terus tutup je blog kita tu. Rugi kan..

So ape tunggu lagi.. Selamat mencuba !!!

Snapback Lanun Johor

14 August 2015




Korang suka kumpul snapback atau topi? Teman lelaki atau suami pengumpul snapback atau topi? Snapback LJ ada 3 warna. Red, Denim and Black Gold. Snapback maksudnya belakang topi tu jenis ketip ketip tu. Dulu LJ ada keluarkan topi snapback juga dengan topi baseball tapi dah sold out. So kalau taknak rugi atau menyesal dapatkan cepat snapback LJ ni dari kay de lanun. Ada banyak cara korang boleh beli dan dapatkan snapback ni..

Korang boleh call atau wassap atau sms no Kay - 0197197992
Korang boleh datang ke kedai dia di Uptown Puchong Night Bazaar. Uptown ni beroperasi setiap hari dari jam 8.00 malam sampai 3.00 pagi..
Yang jauh dari KL atau JB , abang posmen boleh tolong hantar.. Cuma tambah duit postage je ye... 



Abg posmen yang tolong hantar pun terpikat dengan snapback LJ ni.... Tu yang beli sampai 3 snapback tu.. 



Oh ye.. kalau korang beli snapback ni korang akan dapat kotak dan paperbag exclusive dari Lanun Johor...  

Harga Snapback LJ :
Snapback Gold Edition - RM90.00 
Snapback Denim Blue - RM90.00
Snapback Red - RM70.00

Mohon follow kay de lanun ye :
FB - Kay de Lanun
ig - @kaydelanun

note: dah upload baru nampak gambar takde watermark.. gasaklah.. ahahahaha

Birthday Surprise....!!!!


Kisah birthday surprise buat suami tercinta... Penat fikir nak bagi surprise macam mana... Saje nak menghiburkan hati dia yang tengah duka nestapa fikir pasal kereta. So memandangkan ada seorang geng LJ akan buat open house pada birthday dia , aku pun PM Dicky minta dia idea nak buat birthday surprise. Dicky ni antara geng LJ yang aku biasa berkomunikasi. So permintaan dah diutarakan tunggu si Dicky ni proceed dengan geng yang lain. Sejak husband aku meniaga baju baju Lanun Johor ni tertubuhlah satu group Lanun Johor di Perantauan... khas buat anak anak Johor atau siapa sahaja yang berminat menyokong local branded. 

Bila ada permintaan maka adalah perancangan. Tertubuhlah satu group wassap atas nama "BIRTHDAY KAY 1 OGOS"... dua kali aku left group sebab taknak kantoi okey... Dahlah dieorang kalau borak taknak berenti... So perbincangan aku tentang birthday surprise ni hanya berlaku pada waktu pejabat.. ahahaahahaha.. 2 hari je masa aku dapat discuss dengan dieorang. Tapi aku tak sangka sungguh dieorang sanggup melayan aku nak buat birthday surprise ni. Sebenarnya ni first time aku buat surprise. And i'm so excited. Pada awal perancangan aku nak dieorang pujuk husband aku datang open house rumah geng LJ tu hari Sabtu so boleh celebrate time tu tapi tuan rumah kata takut masa tu dia tak sempat nak melayan kiteorang ni.. so plan bertukar jadi malam sebelumnya. Kiranya menjelang je 12 tengah mlm surprise akan dilancarkan. Jenuh jugaklah plan. Tapi Alhamdulillah.. menjadi bak anggggg.. ahahahahaha... So this is surprise for you sayang..


Simple kek dari abg Onn Minhat and wife... Sedap gila kek dia.. ada walnut dalam kek. cuma tak cukup masa nak buat lambang LJ tu.. takpa takpa.. ni pun cukup dah aihhh..... asal boleh ngap sudah.. 



Birthday boy malu malu je nak tiup lilin... Aku suka tengok expression kay masa dia nak masuk rumah Maha (geng lanun yang sudi jadikan rumah dia sebagai tempat kejadian).. Masa dia nak masuk tu dia dah nampak kay dia senyum senyum je... tapi bila dia masuk rumah dia terperanjat tengok aku anak beranak semua ada dalam rumah Maha termasuklah adik dia dan husband. Well our planning was going very well... Hopefully dia tacing la kan kan kan... Aku tanya dia.. Surprise tak? dia cakap surprise gila.. speechless.. ahahahahaha.. 



 Dah masuk 3 series sayang... u better older but my loves to you never changes... ahahahahahaha... deep tak.... harapan dah masuk angka 3 ni dia akan lebih beriman dan berjaya menjadi businessman tanpa melupakan aku yang sentiasa bersama dia.. ahahahaha.. 






Bab baling tepung ni bukan idea aku okeh... cuba tengok gambar yang last tu siapa yang beriya pegang tepung...??? ahahahahaha... yang tak pakai baju lanun dan yang pakai baju putih dalang dalam acara baling tepung ni... sebab tu dia dah prepare awal awal.. bijak kan.. ahahahaha.... tapi takpe... benda benda gini lah akan merapatkan silaturahim antara mereka. Senda gurau braderhood katanya... Memang mandi tepung la laki aku malam tu... Aku mmg ada bawak baju spare sebab Abg Onn dah pesan bawak baju spare.. 


Snapback ni akan jadi limited edition... Ada tandatangan setiap orang yang terlibat malam tu. Semoga menjadi kenangan yang terindah... 

Last but not least... thanks to Dicky firstly yang sudi memanjangkan permintaan aku untuk buat birthday surprise ni.. thanks to Maha and wife sebab sudi masak masak untuk kiteorang malam tu and pinjamkan rumah untuk suprise ni... and sorry sebab kotor dengan tepung bagai... Thanks to Abg Onn and wife for the great cake... Thanks to Fizz yang terpaksa belajar 'menipu' semata mata nak menjayakan plan ni... sebab Kay cakap dia tak percaya fizz dgn Maha boleh tipu dia.. so dia memang tak syak apa apa... thanks to Fizz again sbb amek my husband di Puchong tu.. Thanks to Amy and Zul sebab bawak aku ke rumah Maha... Sungguh aku tak reti nak pergi rumah Maha tu.. Ampang is not my place.. hihihihi... Thanks to Jimie and Abg Jay sebab susah susah datang dari Perak semata mata nak tepung tawar Kay... And tak lupa jugak buat Abg Shah and wife, Yun and fiance, wife Dicky dan semua la yang terlibat secara langsung atau tak dalam plan ni... Aku happy sgt sebab ni kali pertama aku buat suprise untuk dia.. 

To Husband,, Happy birthday sayang....
 

Nuffnang

13 August 2015

Just a quick updated... aku dah lama tak dapat BE.. seronok je tgk blogger lain dapat BE bukan main meriah lagi.. keeee Nuffnang dah lupakan aku ni... Almaklumlah aku kan blogger baru keluar dari planet Marikh.. Dah lama tak updated blog.. CPUV pun merundum jatuh... salah diri sendiri k.. Ketuk kepala tu.. adehhhh... 

Harap harap lepas ni Nuffnang bagilah BE kat aku banyak banyak sikit... biar meriah macam dulu... Teringin jugak nak cashout nih... huhuhuh


Black Long Sleeves T-Shirt, #Lanun Johor

#LanunJohor


Lanun Johor kini berlengan panjang. Bagi perempuan terutamanya yang berminat dengan koleksi Lanun Johor ini tetapi terbantut untuk membelinya disebabkan sebelum sebelum ini baju Lanun Johor berlengan pendek kini anda boleh memakai baju kegemaran anda kerana Lanun Johor sudah mempromosikan baju mereka yang berlengan panjang. Apa tunggu lagi...?? u olls boleh dapatkan baju BLS ini dengan segera... 

Harga : RM98.00 tidak termasuk postage
Size : XS - 5XL

Macam mana nak beli?
Wassap atau call no ni.  0197197992 (kaydelanun) ataupun korang yang berada di sekitar Putrajaya, Bangi, Kajang, dan Kuala Lumpur, Kay de Lanun menyediakan khidmat Cash On Delivery (COD)... ataupun lebih mudah dan senang korang datang je kedai ala ala butik kaydelanun di Uptown Puchong Night Bazaar yang beroperasi setiap hari dari jam 8.00 malam sehingga 3.00 pagi... 

korang boleh waze Petronas Meranti Jaya / Tesco Bukit Puchong

U olls jangan lupa follow dan add fb kaydelanun okeh

FB : Kay de Lanun
ig : @kaydelanun

"Lanun hanya sekadar nama"

Raya di Johor Bahru Pulak....


Aku tak ingat kiteorang ambil gambar raya ni raya ketiga atau raya keempat tapi yang pasti waktunya malam... tengah malam okeh.. gasaklah.. janji bergambo... aku rasa raya keempat kot sebab raya ketiga tu kiteorang semua dah kepenatan.. memang tak sempat nak ambil gambar malam nya... so aku rasa raya keempat... cehh... cuma timing ambil gambar ni malam jadi susah nak dapat gambar yang wow... sebab budak budak kecik dah mengantuk... huhuhu.. especially si Aisy.. kesian dia kena kejut time tu dia tengah syok dibuai mimpi... 



Bukti masa kiteorang amek gambar ni.. mencabar sungguh nak buat budak kecik yang tengah syok tido tersenyum... tak berjaya pun... dua belas tengah malam kot.. bukan tengah hari.. ahahahahaha


Wefie dulu puang baba, onny bersama cucu cucunya.. semua hero... 


Gambar pertama... failed!!! Rayyan buat muka... sabar jelah.. 


Gambar kedua pun failed sebab aisy dah start mengamok.. taknak tengok kamera... hehehehe


Gambar yang ketiga... ni okeylah kalau nak gantung kat dinding... ok lah.. ahahahahaha.. mesti baba pening gambar mana la nak cuci nanti... Banyak sebenarnya gambar yang diambil tapi semuanya tak berapa cun sebab budak budak kecik macam Aryan dan Aisy susah nak bagi kerjasama time ni.. waktu tidur dieorang kan... hehehehe


Nice right...??? hehehehe



Family abg aku.. Alhamdulillah... 




Erm... nampak sgt muka mak ayah je yg tersengih indah... xpelah.. janji ada..

 Family adik aku... kesian Aisy... Penat dia tunggu turn nak bergambar... 



Ni Opah aku yang paling sporting sekali.. sihat sihat selalu ye opah...  
  


Opahyang dan cicit cicit nya... kikikikiki... smpai salah salah nama nak panggil... 


 Besar dah anak anak pak ripin nih.. hihihhi


Anak manja... jauh nun di utara.. belajaq la rajin rajin.. toksah dok gedik nak berchinta dulu ... ahahahaha


dah habis.. jom main... yeay !!!!

Sekian cerita raya dari aku.. mohon jangan menyampah ye kalau baca.. kalau ada yang baca lah.. hihihi.. sekadar simpan untuk kenangan anak anak nanti... dieorang boleh la baca balik apa yang mama dieorang dok membebel.. kotlah time tu blogspot ada lagi kan... apa apa pun... 
Selamat hari raya ye korang... 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign