blog kay & yana: July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

25 July 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah... lagi beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Syawal dimana kita semua akan menyambut Aidilfitri. Di kesempatan ini saya dengan rendah dirinya memohon keampunan dari semua kawan kawan blog saya, silent reader atau tak, saya mohon ampun sekiranya ada kata-kata saya yang mungkin menyinggung perasaan kalian semua. Saya juga ingin memohon ampun sekiranya ada komen komen saya selama  berblogging ini mungkin menguris perasaan kawan kawan blog saya.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri. Semoga di bulan lebaran ini kita sama-sama bermaafan dan mulakan silaturahim yang lebih suci.. Bila kita bergembira di hari raya ini janganlah sesekali kita melupakan kisah sedih yang terjadi pada negara tercinta kita baru baru ini dan janganlah kita lupakan saudara kita yang sedang berjuang di bumi GAZA. Semoga keluarga mangsa nahas MH17 dan MH370 akan terus diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini... Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.. Percaya akan Qada' dan Qadarnya.. Insha Allah... Doakan yang baik baik sahaja... 

Pada kawan-kawan yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya... semoga kalian semua selamat pergi dan selamat pulang... Biarlah lambat asalkan selamat sampai.... Insha Allah.. Kita sama sama doa semoga kita akan diberikan kesempatan lagi berjumpa di Ramadhan akan datang.. AMIN....

Salam lebaran Walfaizin dari saya sekeluarga....



#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH307

Cuti Hari Raya

24 July 2014
Esok last day aku kerja lepastu cuti hari raya... Yahooo.... Sekarang ni pun mood dah kelaut dah nak g kerja... Kat office aku ni selalunya awal puasa pentadbiran dah keluarkan borang untuk mohon cuti hari raya... Perancangan awal katanya... Tapi aku tengok Rabu, Khamis, Jumaat tu memang tutup kedaila office aku... Boleh dikatakan semua staff akan bercuti pada minggu tu.. huhuhu... Kalau ada yang kerja pun bukan non-muslim... Aku start cuti hari Rabu dan akan mula bekerja pada hari Selasa... Seronoknya bila cuti nih... Tak sabar nak blek kampung... I'm really really home sick dah nih.. Jasad kat sini tapi hati dah ada kat kampung dengan mama baba semua... Rindu sangat... Korang cuti lama ke..? Sepanjang aku cuti aku memang tak updated blog... alangkan tak cuti pun blog ni tak berupdated khennn..... sabo jelah... Selamat bercuti u olls.... Yang mana cuti awal tu semoga selamat sampai ke destinasi... Kita jumpa hari Selasa 5.8.2014 ye kawan-kawan...? Insha Allah kalau dipanjangkan umur..AMIN...


Shopping Raya

23 July 2014
Korang percaya tak yang aku ngn Kay tak beli apa apa pun lagi untuk persiapan Hari Raya? Percaya tak?? Korang nak percaya boleh tak percaya pun boleh.. hahaha.. lagi 4 hari nak raya baru la aku terhegeh hegeh nak cari baju raya?? kesian kan kan kan.. Maklumlah... sejak kay berniaga ni... nanti aku cerita dia niaga apa ek... aku ngn anak anak memang jarang dapat berjalan sana sini macam tahun tahun yang lepas... so keperluan raya pun apa je yang sempat aku rembat... kalau takde , takdelah.. so solutionnya aku amek cuti hari ini untuk sempurnakan semua persiapan raya kami. Semoga Allah permudahkan urusan aku hari ini.. Insha Allah... So jom shopping....!!!!


#prayforGAZA
#prayforMH307
#prayforMH17

Malaysia telah dapatkan Kotak Hitam #MH17 , Doakan mereka rakyat Malaysia !!!

22 July 2014


Alhamdulillah... walaupun banyak masalah untuk pasukan Malaysia memasuki kawasan dimana terhempasnya pesawat MH17 akhirmya kotak hitam milik pesawat MH17 selamat diserahkan kepada pakar Malaysia. Kotak hitam itu diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kotak hitam itu dipercayai mampu membantu Malaysia dalam menjalan siasatan berhubung kes terhempasnya pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh. Selain dari itu, kita juga berharap proses jenazah jenazah mangsa MH17 dapat dijalankan dengan kadar segera dan sempurna. Apatah lagi jenazah jenazah mangsa yang beragama Islam. Sungguh pilu hati kita apatah lagi hati keluarga mereka menanti jasad yang mungkin ada mungkin tiada untuk dibawa pulang ke Malaysia. Walau dimana pun kubur mereka kita berdoalah semoga mereka semua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah... 


Wakil dari MKN, Malaysia yang membantu bagi mendapatkan kotak hitam tersebut. Kalau tak silap aku. Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah perlu menandatangani satu protokol sebelum kotak hitam itu diserahkan kepada Malaysia. Alhamdulillah. Selesai satu misi Perdana Menteri kita. Tetiba aku sayu sangat sebab kotak hitam MH370 lenyap bersama pesawatnya. Wallahualam... 


Macam ni rupanya kotak hitam tu.. aku ingatkan kalernya hitam... kecik je takdelah besar mana tp sangat penting bagi sesebuah pesawat...

sumber :

Berita Harian Online
Sinar Harian

#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH370

MH17 Terhempas Selepas Di Tembak di Ukraine. Al-Fatihah dan Salam Takziah...

18 July 2014
Di hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan dan di bulan Ramadhan yang mulia, sekali lagi Malaysia diduga dengan dugaan yang berat.. Allah SWT duga kita dengan berita terhempasnya kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine selepas dipercayai ditembak oleh angkatan bersenjata yang mengawal sempadan Ukraine. 


Aku rasa sedih sangat bila dapat tahu berita ni malam tadi... Walaupun tiada saudara mara aku yang terlibat tapi saudara seagama aku ramai dalam flight MH17. Mungkin mereka mahu pulang ke pangkuan keluarga menyambut Aidilfitri yang hanya tinggal 9 hari je lagi... T_T ... dugaan apakah ini Ya Allah.... 

Pesawat yang dalam perjalanan daripada Amsterdam ke KLIA membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 anak kapal. Yang sedihnya tentera pesawat MH17 menjadi mangsa akibat peperangan yang tercetus antara Ukraine dan Rusia.. ada sumber yang mengatakan mereka menyangkakan pesawat MH17 adalah IL-96 yang rupa bentuknya mirip pesawat MH17. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.  Nangis lagi... T_T


Cuba bayangkan kalau kita berada di dalam pesawat tersebut.. Cukup ke amalan kita untuk mengadap Yang Maha Pencipta.. Kun Fa Ya Kun. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui.. Kita yang melihat dan mendengar khabar berita ni pun terasa berat sangat..berat sangat nak menerimanya apatah lagi keluarga mereka... Ya Allah... Di kala kita bergembira ingin menyambut Aidilfitri, mereka mengalirkan air mata menanti kepulangan mangsa. Al-Fatihah buat mangsa nahas pesawat MH17 dan salam takziah buat keluarga mangsa... Semoga Allah memberi kekuatan buat mereka menerima Qada' dan Qadar ini. AMIN.


Hashtag daripada salah seorang mangsa... #hatiadasikitgentar ... Semoga mereka ditempatkan bersama orang orang yang beriman... Insha Allah.. Al-Fatihah. 


note : mari amalkan surah kahfi kawan kawan... 

Wordless Wednesday : Mana adik Aryan ????

16 July 2014
Salam 18 Ramadhan....


cuba cari mana adik Aryan?? ini semua kerja abang Rayyan... Redha je lah ye dik... 


#PrayForPalestin #SaveGAZA

10 July 2014
Bulan Ramadhan adalah bulan kekuatan buat org Islam.... 
Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan bagi org Islam...
Ya Allah.. 
Di saat kita semua bersorak gembira tentang bola dunia, saudara Islam kita sedang berperang di bumi Palestin.. 
Allahuakbar... 

Aku tak tahu kenapa bila aku tengok gambar gambar tentang peperangan di sana hati aku rasa sedih sangat ... aku rasa hiba sangat.. aku rasa benci sangat... marah sangat... sedih dan hiba kerana anak kecil yang tidak berdosa dijadikan mangsa... benci dan marah kerana kekejaman dari tentera Zionist membuatkan mereka yang tidak berdosa menderita... Tidak adakah sedikit pun sedikit pun rasa kasihan di hati mereka apabila mengacukan senapang di kepala anak kecil... Apa yang mereka tahu... Semoga hancurlah kau Yahudi Jahanam... 


gambar ini... gambar ini buat aku rasa aku ingin bunuh syaitan syaitan yang tengah pegang senapang tuh... kenapa tergamak membunuh insan yang lemah... kalau kau kafir sekali pun... tidakkah ada perasaan kasihan padanya walaupun sebesar zarah??? Allah.. aku lupa.. hati mereka telah lama ada di neraka jahanam... Mengalir air mata aku tengok anak kecil yang sebaya anak anak aku dipenuhi darah.. Sakitnya mereka hanya Allah yang tahu... Ibu bapa mereka mungkin telah mati syahid... Ya Allah, syurga adalah tempat mereka... dunia adalah neraka bagi mereka... 


Apa yang mampu kita lakukan? Sebagai org Islam yang percaya Qada' dan Qadar, aku percaya di bulan yang penuh berkat ini, mereka menjadi lebih kuat dari bulan yang lain. Mereka lupa kuasa Allah.. Mereka membunuh tanpa rasa kasihan, Allah akan balas dengan setimpal timpalnya di akhirat kelak... Terima kasih saudara ku kerana kamu semua masih bertahan mempertahankan harta Islam di sana... 

Ya Allah, kuatkanlah semangat saudara Islamku disana Ya Allah.. Lindungilah anak anak kecil yang tidak berdosa Ya Allah... tutuplah mata tentera Zionist supaya mereka tidak nampak bumi Palestin Ya Allah.. hancurkanlah mereka yang menzalimi insan insan yang lemah... Selamatkan bumi GAZA Ya Allah... Sesungguhnya doa kami adalah senjata yang paling afdal... Hentikanlah penderitaan saudara-saudara ku di sana... Makbulkanlah doa doa kami Ya Allah...  AMIN


Semoga di bulan Ramadhan ini, kita dapat membantu mereka dari jauh... Insha Allah.. Izinkan kami Ya Allah.. Permudahkan bantuan kami sampai disana... 


Kenapalahhhhhhh malass sanggaatttt....

03 July 2014
Aduhai... berdebu rasanya blog ni... kenapalah aku ni malas sangat nak updated blog ni... kenapalah aku ni tak macam blogger yang lain... walaupun dieorang ada komitmen yang banyakkk tapi blog tetap cantik je berupdated... kenapalahhhh ko ni malasss sangat yana oiiii... adoiiii.... ok.. mata dah macam panda... mood berblogging welcome to mama plsssss.... hahahaha...

TATA... 


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign