Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini....
Meh aku perkenalkan Taska mamaMia yang terletak di Presint 16, Putrajaya...
Taska ini baru lagi ditubuhkan... Dalam bulan Mei 2013... Masih baru kan.. Masih boleh dipuji.. hihihi
Taska mamaMia ni aku jumpe melalui komen seorang kawan di FB
Bila aku call untuk letakkan Aryan di situ... Alhamdulillah, masih ada kosong buat baby...
Ownernya aku panggil kak yana... Sangat baik dan mesra..
Macam dah lama kenal aje bila jumpa...
Sebelum aku hantar aku selidik dulu taska ini...
Taska mamaMia ini dalam proses mendapatkan kelulusan JKM... tak sure pula kalau sekarang ini dia dah dapat kelulusan tersebut...
Ada safety gate di tangga bawah dan atas... (taska ini adalah rumah 2 tingkat)
Bersih sangat
Bilik untuk baby di asingkan
Bubur untuk baby disediakan
Guru guru di taska ini mempunyai sijil pendidikan awal kanak-kanak
Guru guru pun sangat baik dan penyayang...
Masa kita nak hantar anak kita , kita perlu rekod masa... hah nampak tak ada tiga dokumen. So dari situ kita tahu ada berapa kanak kanak dalam taska ini. So far aku tengok takdelah ramai pun.. tak lebih pun dari 40 orang. Masih mengikut kuota...
Yang bestnya taska ini, bagi baby akan ada rekod pukul berapa baby kita susu, pukul berapa baby kita makan, baby kita kencing tak uk uk tak... huhhuhu.. so senang kan.. tak payah nak tanya tanya cikgu dah... anak kita susu pukul berapa makan ke tak.. uk uk ke tak... kalau baby kita demam atau tak sihat kita akan bekalkan ubat kan untuk taska.. itu pun cikgu cikgu akan rekod pukul berapa ubat tu bagi pada baby kita. So kita tahu anak kita makan ubat pukul berapa. Memang mereka jaga sangat teliti.. semuanya ada dalam rekod seharian.. itu bagi baby 3 bulan hingga setahun sahaja.. Manakala bagi setahun ke atas ada rekod anak kita makan apa setiap hari.. Jadi kita tahu hari ini anak kita makan apa..
Kadang kadang kak Yana ni rajin juga updated aktiviti aktiviti kanak kanak ini di FB. Sangat seronok tengok perkembangan mereka kan. Ibu bapa mesti teruja kalau nampak aktiviti anak anak mereka secara langsung.
Itu lukisan di dinding pintu masuk taska MamaMia.. cantik tau..
Memang berat untuk aku lepaskan taska ini.. Tapi dengan keadaan sekarang agak susah untuk hantar dua orang anak yang berlainan tempat. Aku dah cuba dapatkan sekolah untuk Rayyan di kawasan Aryan tapi semuanya dah penuh. Dan pilihan yang aku ada tukarkan Aryan ke sekolah Rayyan... aku rasa taska MamaMia ini adalah taska terbaik buat Aryan...Tapi keadaaan tak mengizinkan nampaknya. Kalau kay outstation susah aku nak hantar kedua dua nya sekali dengan tempat yang berasingan. Aku harap dengan penerangan aku ini dapat membantu serba sedikit ibu bapa yang sedang mencari tempat untuk anak korang. Insha Allah.. kita doakan usaha taska ini akan berterusan sampai bila bila. Insha Allah.
Pendaftaran tengah buka sekarang ini untuk tahun depan. Korang bolehlah call owner taska ini untuk tahu lebih lanjut.
untuk bayaran pulak pada aku sangat berbaloi.. bulanan baby RM360.
Uuntuk setahun hingga 4 tahun aku tak sure berapa.. Yuran pendahuluan pula dalam RM400 rasanya... Aku pun tak ingat dah sebab masa hantar Aryan dulu dah setengah tahun so dia ambil RM100. murah kan? hihihi...