Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan
Alhamdulillah hari ini kita telah berpuasa selama 9 hari. Alhamdulillah. Dah ada yang ponteng puasa ke? kalau cuti puasa bersebab dikecualikan lah. owh ya. berbalik pada tajuk entry aku pada hari ini, wah baru hari ini aku berkesempatan nak updated resipi. tapi mesti kawan kawan lagi pandai masak dari aku kan. Alhamdulillah, setakat ni aku tak pernah lagi ke PARAM untuk membeli lauk. pada aku lebih baik memasak daripada membeli. lagi berbaloi kot. ok . ini menu aku untuk iftar semalam. Alhamdulillah. kenyang. Ikan siakap ni aku beli kat Care4 Alamanda. Seekor dengan harga RM6.99. murah ke mahal ek? aku ambil 2 ekor. so sekor aku buat masa stim.. sekor lagi ingat nak buat 3 rasa. tu pun kalau aku jumpa resipinya lah nanti.. hehehe.
Untuk buat ikan siakap stim ni sangatlah senang. kalau korang dah terror mesti korang boleh buat ikan stim ni dengan pejam mata je. hahaha.. tapi aku sharelah sikit resipi aku yer.
bahan-bahannya :
a) 2 batang serai dihiris nipis nipis
b) 5 ulas bawang putih - diketuk je
c) halia dihiris panjang panjang - halia banyak pun takpe
d) cili padi ikut pada selera korang. kalau nak pedas letaklah banyak. - diketuk je
e) Sebiji buah tomato dibelah 4
f) garam dan gula
g) cuka - kalau tak letak cuka pun takpe
h) 5 biji limau nipis
i) sedikit sos tiram
cara-caranya :
1) basuh ikan siakap tu dengan air asam atau air limau untuk hilangkan bau hanyir
2) bila dah bersih letakkan dalam kukus
3) masukkan bahan a+b+c+d dan f dan gaulkan bersama ikan siakap
4) perahkan limau nipis / cuka
5) masukkan tomato
6) lepas tu terus je stimkan
7) bila dah hampir masak, masukkan sedikit sos tiram
8) tunggu sehingga masak dan boleh dihidangkan.
inilah gayanya ikan siakap di dalam tempat stim ku... huhuhu
hasilnya....
taraaa..
-
-
-
-
-
-
-
Selamat Berbuka kawan kawan
-Sekian-
wah nampak menyelerakan je...nanti nak buat jugak la...:)
ReplyDeletehoi nk sket haaaa... shedap tuh.. aku pon prefer masak lagik...
ReplyDeletewah menyelerakan. akak, slmt berbuka :)
ReplyDeletehamboi..berenang2 ikan tu, selamatlah Nur datang time malam, kalau siang siaplah kena tadah sbb terliur..hehehe
ReplyDeletewahhh stim deqla tgk ikan siakap tu...hihihihi...
ReplyDeleteteman xde pengukus.. x beli lagi.. huk2.. guna pemanggang ajaib bole x?
ReplyDeletehai.. salam kenal,
follower no.454
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Wahh..sedapnyaa...Ikan Siakap stim!!sis pon selalu buat cuma tak letak sos tiram n cuka..sebab rasa halia n limau kasturi tu dah sedap!!hihihi
ReplyDeleteouhhhh....Masha tak pernah letak limau nipis...biasa letak air asam je...lagi sodap ka? boleh try juga ni...hjehe
ReplyDeleteNyiammm sedapnya :)
ReplyDeletelah menu lebih kurang sama jer..hehehe nnt aku post makanan jugak=)ngehngeh..tapi skang sik bz manjang
ReplyDeletesedapnya....terliur tengok...
ReplyDeleteNampak sedap la..nnt bleh try kalau beli siakap...kalau buat 3 rasa pun sodap gak kan Yana..
ReplyDeleteSiakap stim mmg sedap..my favorite ni...:)
ReplyDelete