Assalamualaikum
Salam Muhibbah
ini adalah auto publish entry... sebab hari ni aku cuti.. balik kampung... rindu sgt dah kat kampung halaman ku.. so sempena hari jumaat.. penghulu segala hari.. di bulan yang mulia ini aku sharekan doa setiap hari pada bulan Ramadhan.. semoga kita diberkati setiap hari oleh Yang Maha Pencipta. Insha Allah.
Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa.
Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah.
Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai.
Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam.
Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”
Hari Kedua
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan
serta balasan Mu.
Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha
Pengasih”
Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan
aku daripada kebodohan dan kesesatan.
Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu,
wahai Tuhan Maha Pemurah
daripada segala dermawan.”
Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah
aku kemanisan berzikir.
Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu.
Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”
Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan.
Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu,
wahai Tuhan yang
Maha pengasih daripada segala pengasih.”
Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan
janganlah menyeksa
ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan
kemurkaan Mu,
dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang
berkeinginan.”
Hari Ketujuh
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya.
Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik
(petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”
Hari Kelapan
“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim,
pemberi makanan,
penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung
orang yang berharap.”
Hari Kesembilan
“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu.
Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan
orang yang merindu.”
Hari Kesepuluh
“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di
kalangan orang yang
menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi
Mu.
Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”
Hari Kesebelas
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian
melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada
kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang
menolong orang memerlukan pertolongan.”
Hari Kedua Belas
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian.
Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan.
Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan.
Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu,
wahai penjaga orang yang takut.”
Hari Ketiga Belas
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan.
Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan.
Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik,
dengan bantuan Mu wahai
pengharap orang yang miskin.”
Hari Keempat Belas
“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan.
Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu
wahai kemuliaan kaum Muslimin.”
Hari Kelima Belas
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk.
Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai
keamanan orang yang takut.”
Hari Keenam Belas
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana
kehidupan orang baik.
Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan.
Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu
wahai Tuhan sekalian alam.”
Hari Ketujuh Belas
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita
ku, wahai Tuhan yang Maha
Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan.
Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”
Hari Kelapan Belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan.
Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk
mengikuti segala ajaran Mu,
dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”
Hari Kesembilan Belas
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju
ke arah kebaikan.
Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk
kepada kebenaran.”
Hari Kedua Puluh
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu
neraka.
Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai
pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”
Hari Kedua Puluh Satu
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu.
Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku.
Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan
orang meminta.”
Hari Kedua Puluh Dua
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu.
Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan
tempatkan aku dalam syurga
Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”
Hari Kedua Puluh Tiga
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada
keaiban serta tanamkan
ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”
Hari Kedua Puluh Empat
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu.
Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan
aku bermohon
kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap
Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”
Hari Kedua Puluh Lima
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu.
Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”
Hari Kedua Puluh Enam
“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku
sebagai dosa yang diampuni,
kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang
ditutupi, wahai Tuhan Maha
Mendengar daripada semua pendengar.”
Hari Kedua Puluh Tujuh
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan
perkara sulit menjadi mudah,
makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan
Maha Penyayang kepada hamba soleh.”
Hari Kedua Puluh Lapan
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan
diterimanya semua permintaan,
wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”
Hari Kedua Puluh Sembilan
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta
penjagaan Mu.
Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”
Hari Ketiga Puluh
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu
melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi
kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.”
-sekian-