blog kay & yana: February 2012

Pergaduhan Si Cilik

29 February 2012
Salam semua,

Rayyan Danish adalah satu satunya anak kami buat masa nilah.. 
jadi dia memang agak manja.. 
even masa dia di rumah pengasuh pun, pengasuh dia sangat manjakan dia sebab dia sorang je lelaki dalam ramai ramai budak yang dia jaga tu.. 
sekarang ni umur Rayyan dah hampir 3 tahun.. 
dan ada lah perangai perangai dia yang aku nampak kena betulkan sebelum terlambat.. 
salah satu perangai dia, dia sangat kedekut hokeh.. 
kalau dia tengah main dengan toys dia nobody can disturb him.. 
kalau kita amek or kacau die tengah main, dia akan marah dan baling semua toys tuh.. 
apa yang aku perhati, Rayyan Danish ni juga suka kaco kawan kawan dia main.. 
lets say kawan dia tengah main lori dia tengah main kereta.. 
of coursela lori tu lagi besar dari kereta.. dan lagi menarik perhatian dia.. 
so dia akan tinggalkan kereta tu dan kaco kawan dia yang tengah dok main lori tuh.. 
kalau budak yang boleh bertolak ansur it's okay.. 
maybe takde isu 'pergaduhan si cilik'.. tapi....
 kalau budak tu pun jenis macam dia yang kalau tengah main tak boleh kaco, that's the problem.. 
akan ada 'pergaduhan kecil'...
so, itu yang terjadi pada Rayyan Danish.. 
tapi aku tak tau kebenaran ceritanya..
menurut penyelia taska Rayyan Danish kene cakar & gigit... tp so far aku tgk takde luka.. cuma bengkak sikit jelah.. 
nampak macam cikgu dia berjaya leraikan dia dan budak tu sebelum berlaku pendarahan.. dah sapu minyak gamat.. harap harap esok baiklah....

 
dulu masa kat rumah pengasuh pun dia banyak kali kene gigit dengan budak kat rumah pengasuh dia tuh.. 
yg tuh, pengasuh cakap budak perempuan tu memang suka menggigit orang.. 
kat taska ni??? 
hurm... tak taulah.. 
bila aku ambil dia tgk dia camtu of coursela aku sedih.. 
sedih sangat..
aku hantar molek aku ambil pun biarlah molek, wangi, bersih.. 
sedih dan kecewa... 
tp bila pk blek, kita tak boleh nak salahkan cikgu yang jaga dieorang.. 
maybe kejadian ni unexpected.. 
we cannot expect kids yg dok main sama sama tu takkan gado... 
tapi bila dah jadi macamni cikgu kene extra alert dan extra take care .. aku tak marah pun kat cikgu tuh.. 
maybe aku perlu trained anak aku how to share our toys / our things... so aku harap cikgu pun bleh tolong aku ajar Rayyan Danish... 


Wordless Wednesday #10 : F.E.B.R.U.A.R.Y.


 Salam hari Rabu u all...


harini hari terakhir di bulan Februari.. dan di bulan Februari 2 orang kesayangan aku telah menyambut hari lahir mereka.. Semoga mama dan opah sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Semoga segala doa mama dan opah dikabulkan Allah SWT.. Sesungguhnya aku sangat sangat menyayangi mereka berdua.. seumur hidup aku.. 

Selamat Hari Jadi Mama
Selamat Hari Jadi Opah

note: gambar diedit oleh kekasih hati
MURAH GEREK

S.I.B.U.K

28 February 2012
Salam u all,

Agak susah untuk aku tunaikan azam aku tahun nih... dah lama aku menyepikan diri dari updated mai lurve ni kan.. Azam aku untuk tahun ni mudah je
untuk sentiasa updated blog
ingatkan bile aku dah tak menanggung tugas orang lain aku akan punye banyak masa untuk ngadap blog kesayangan aku nih.. tp tup tup aku diarahkan untuk menanggung tugas orang lain lagi...
tapi kali ini agak berat juga sebab aku jaga the whole seksyen...
kalau sebelum ni aku jaga seksyen aku dan pengarah jer...
tapi tetibe aku dapat arahan untuk menanggung tugas PA lain
so aku adalah "SYP".. tau ke syp tu stand for??? hehehe.. Saya Yang Menurut Perintah.. 
bila kita adalah SYP kita akan menurut sahaja arahan yang diberi..
kadang kala aku mengeluh juga... sangat penat bila kita menanggung tugas orang ni. sebab satunya.. 
keje hakiki kita memang sedia agak banyak.. then ditambah dengan keje orang lain  mungkin memerlukan 'SUPER P.A' untuk laksanakan keje keje ni dengan cemerlang...


- surat surat yang perlu aku rekod.. lenguh jari jemari halus ku rekod surat.. fuhhh!

i wish if i have more energy right now.. hampir 2 bulan aku menanggung tugas di sini..mula mula memang agak serabut dan kelam kabut.. lebih banyak mengeluh dan complaint... (kesian jugak kat officer sbb terpaksa dgr bebelan aku).. that time maybe aku belum betul2 ikhlas menerima job ni.. that why keje agak messy. but lama lama it's become smooth.. i can handle it.. the whole seksyen now.. actually not the whole lah.. sbb officer kat seksyen aku dan seksyen yang menanggung ni agak understanding.. ada benda yang dieorang boleh buat sendiri tak perlu tunggu tindakan dari aku.. so, ia meringankan sikit beban aku.. thanks to all my officer... u all are the best... 

so, kalau aku tak dapat datang blog korang, tak dapat updated citer citer terkini hiburan sensasi aku menyusun 10 jari memohon kemaafan.. cheewaahh dah macam hari raya pulak.. mohon maafkan saya yerk... ok then.. see u next entry.. 


-sekian-

Harini saya ada maulidur rasul - Rayyan Danish

27 February 2012
Assalamualaikum aunty uncle...

Harini saya ada maulidur rasul tau kat sekolah saya.. mama saya pakaikan saya baju melayu... lepas dah siap siap saya turun bawah tunggu papa amek saya kat rumah... tak sabar rasanya nak pergi sekolah... boleh makan makan... hehehe... sementara tunggu papa tuh, mama amek gambar saya untuk tatapan semua... hehehe...





note : amacam..?? handsome tak saya...???ngeh ngeh ngeh...


Bila SYAITAN menghasut

Salam semua..
Apa khabar kawan kawan?
Blues Monday kah??? hehehe.. samalah kite.. 

Aku share satu cerita dengan korang..  antara hasutan syaitan dan simpati... 

camni citernye.. 

Sabtu malam tu aku sekeluarga ke karninval WOW...
bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, kami bercadang untuk naik motor je... tp kene 2 trip sebab ada adik ipar aku sekali.. so mne muat nak sumbat semua naik motor kapcai tu je kan kan kan.. huhuhu... 1st trip kay antar aku & rayyan danish... then kay patah blek amek adik ipar aku.. nasib baiklah rumah dekat je.. tak rasa sgt masa menunggu tuh.. sementara tunggu kay dan adik ipar aku, aku mencari tempat duduk.. sambil tu layankan si rayyan danish dok joget joget dengar lagu STACY... aleh aleh aku nampak macam handphone... tgk tgk belek belek.. memang btol handphone.. BLACKBERRY kaler MERAH lg... uihhh haiii. termenung jap sambil tgk handphone yg aku jumpe tuh... 

bisikan syaitan : amek je... simpan terus dalam beg... kalau ade org call jgn angkat.. 
bisikan simpati : erm.. tak baik amek org punye.. kesian die.. mana tau die beli handphone tu susah payah.. ikat perut baru bleh dapat handphone blackberry tuh
bisikan syaitan : amek je.. jgn byk pk.. nnt kalau taknak guna bleh jual.. kalau takpun pakailah.. nampak handphone tu mcm baru lg... tak payah beli handphone malah updated blog dah.. leh main gune handphone je...
bisikan simpati : jgn jgn.. mesti die tengah susah hati cr handphone die hilang.. cuba kalau barang kesayangan kite hilang.. sedihkan.. baik pulangkan mana tau esok esok barang kite hilang org akan jg dan pulangkan pada kita.. kesian dia... 

tgh termenung termenung tu aku cuba nak cari no contact yg boleh aku call untuk pulangkan handphone tuh.. dalam beberapa minit aku tunggu kat situ, ada sorang budak perempuan datang.. terus aku ckp 

"u cari handphone ke?" budak perempuan tu angguk angguk je.. then aku hulurkan hak die... 

Alhamdulillah.. aku masih ada rasa simpati dan nampaknya bisikan syaitan tidak mampu mengoda aku.. hehehe.. 


 note : aku ni bukanlah baik sgt.. kalau aku nak amek je handphone tu boleh sangat.. amek dan blah je.. sbb time tu org mmg takde kat situ.. aku dengan rayyan je.. tp aku ni percaya pada hukum KARMA... kalau satu hari nanti barang barang aku tertinggal, aku harap org yg jumpe barang barang aku tuh punya hati yang suci dan ada rasa simpati.. InsyaAllah..

Friday Sharing : Malaikatmu

24 February 2012
Salam Jumaat
Salam Muhibbah

Another Friday Sharing... thanks for reading.. 

Malaikatmu..

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
 
Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok  Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
 Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan
 sudah cukup bagi saya untuk berbahagia
."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
 "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar  kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan  melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal  tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan  sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat  tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
 Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan  cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta
  yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

 Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan  karenah anak-anak yang sedang embesar....sesunggu hnya
 Syurga itu dibawah telapak kakimu...

 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
  1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
  2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
  3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-
dosa yang silam
  4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


  "Sampaikanlah walau satu ayat"

-sekian- 
 

Yusry & Lisa Surihani sah suami isteri

Salam Jumaat


“Biasanya apabila kita bersama orang tersayang, kita mahu menjadi diri sendiri. Tetapi apabila saya bersama Yusry, saya mahu menjadi lebih baik lagi,” komen Lisa Surihani apabila ditanya tentang keistimewaan Yusry sehingga berjaya menambat hatinya.
Dalam masa yang sama, heroin filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini juga mengakui dia sudah dapat merasakan Yusry adalah yang terbaik untuk dirinya semenjak di awal perkenalan lagi.
“Awal-awal lagi kami telah buat keputusan untuk mengambil serius dengan perhubungan kami. Bukan try and error. Apabila perhubungan kami sampai ke tahap ini, sudah pasti saya rasa gembira dan bersyukur. Bagaimanapun, saya juga berasa agak sebak kerana terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada,” ujar Lisa sambil menggenggam erat tangan Yusry.

Sementara itu, Yusry juga berkongsi tentang perasaannya sebelum acara akad nikah bermula. Jelas Yusry, walaupun ini pernikahan kali kedua buat dirinya, tetapi dia tetap merasa gementar.
“Terus-terang saya katakan, saya merasa gementar walaupun nampak tenang. Selepas Lisa sah menjadi isteri saya, barulah rasa lega,” ujar Yusry berterus-terang.
Sama seperti Lisa, Yusry juga diminta menjelaskan sebab-sebab yang membuatkan dia tertawan kepada Lisa. Jelas lelaki ini, terlalu banyak sebab yang membuatkan dia jatuh cinta.

“Di mata saya, Lisa tidak punya kekurangan. Semuanya sempurna. Saya tertarik dengan budi bicara dan tingkah-lakunya. Lisa seorang yang lemah lembut, sopan-santun, menghormati orang tua, serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekali dia meninggikan suara kepada saya. Jadi tidak keterlaluan kalau saya katakan, Lisa berjaya membuka pintu hati saya untuk bercinta lagi,” ujar Yusry.

Terdahulu, pasangan popular ini tampil membuat pengumuman tentang majlis perkahwinan mereka pada 24 Disember 2011. Dalam sidang media yang juga diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu, pasangan ini turut memberitahu yang mereka memilih untuk tidak bertunang.
Seperti yang GUA laporkan sebelum ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Manakala, pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Berikut adalah senarai hantaran daripada kedua-dua belah pihak:-


Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai


 entry copy paste dari blog ANJE.
 

AL-FATIHAH buat adik FARIS NUR DANIEL

Salam semua,

Aku rasa berita pemergian adik Faris Nur Daniel, 6 tahun ini telah diketahui ramai. Bila aku dapat tahu adik Faris Nur Daniel meninggal dunia, aku terus cari blog blog yang bercerita tentang si comel ini. Maka terjumpalah blog Mazidul Akmal Sidik dan blog Redmummy


 Ini adalah gambar adik Faris yang paling membuatkan aku sedih.. sedih teramat sangat.. apatah lagi ibu dan bapanya.. mungkin adik Faris tahu yang die akan pergi untuk selamanya dan die juga sedih meninggalkan orang orang yang dia sayang. Semoga Allah SWT memberikan ketabahan dan kekuatan buat mereka sekeluarga.. adik Faris dimasukkan ke NICU, Sime Darby Medical Centre, pada 1 Februari 2012 dan dan pada 23 Februari 2012 adik Faris menghembuskan nafas yang terakhir dan kembali kepada PenciptaNya. Menurut blog Mazidul dan Redmummy, adik faris menghidap penyakit HLH (Haemophagocytic Lympho Histiocytosis) ataupun lebih saintifik dan mudahnya adalah barah darah. 

Ini adalah gambar ketika si comel ini masih sihat.. siapa sangka kan.. beliau sakit dan pergi hanya seketika.. sakitnya peritnya hanya Allah yang tahu. aku juga seorang ibu..aku paham perasaan ibunya. Ketika anaknya bertarung nyawa, pasti ibunya sanggup mengganti tempat dia supaya anaknya terus sihat dan gembira seperti dulu. Harapan dan Doa seorang ibu sama sahaja. Ingin melihat anak-anaknya membesar dengan sihat, bijak dan sempurna. Tiada seorang ibu pun di dunia ini mahu kehilangan anak. tiada. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan ketabahan dan kekuatan kepada keluarga adik Faris. Syurga adalah tempat mu sayang.. AL-FATIHAH.

aku copy ayat-ayat ini dari blog Redmummy.
 
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.
Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.

Mama sayang Rayyan Danish.. terlalu sayang... Semoga Allah SWT melindungi anak mama dari penyakit penyakit yang merbahaya. AMIN.


note: lg sedih aku bc the latest entry dr blog Mazidul bila kakak dan abang adik Faris buat kad untuk arwah.. berjujuran lagi airmata aku... 
 

Selamat Pengantin Baru Yusry & Lisa Surihani !!!!

23 February 2012
Salam...

Harini ni Lisa Surihani dan Yusry akan diijabkabulkan sebagai suami isteri.. semoga semua berjalan dengan lancar... Tahniah Yusry.. Tahniah Lisa Surihani... Selamat Pengantin Baru. Semoga ikatan suami isteri ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat... 

Selamat Pengantin Baru aku ucapkan
Kepada Yusry dan Lisa Surihani
Kedua dua sama cantik sama padan
harap berkekalan hingga akhir hayat nanti

wah.. berpantun gitu.. dah macam Mejar David Teoh..huhuhu.. tp pantun aku kene la jugak.. 

note : Dieorang nikah kat masjid besi.. jom terjah !!! dekat je ngn opis aku.. hehehe..

Wordless Wednesday #9 : Mesyuarat di hari Rabu.

22 February 2012
 - bergambar pengubat mengantuk di kala sedang bermesyuarat... 

note : tak sempat nak update apa-apa cerita.. superBZ... huhuhu



Wordless Wednesday #8 : Hasil Pertama

08 February 2012
Salam semua,


Hasil pertama suami menggunakan PS.... 

quite nice for the first trial right ?


3-12 Feb 2012: Stock Clearance Sale

06 February 2012
Salam...
 

3-12 February 2012

Stock Clearance Sale

Clearance Sale @ Hotel Sri Petaling.
Baby & Kids Clearance Sale included.

Products Offered
Skincare
Haircare
Cosmetics
Bodycare

Brands Offered
Maybelline
Garnier
Loreal

Time
10am – 10pm

Location (6016 330 9667)
Hotel Sri Petaling
Function Room
Jalan Radin Anum
Bandar Baru Sri Petaling
KL

 cuti panjang kan.. g lah perabeskan duit.. hehehe.. 

happy holiday !!!!

Friday Sharing : 10 Amalan Yang Terbalik

03 February 2012
Salam Muhibbah
Salam Hari Jumaat

Setiap Hari Jumaat aku nak buat entry yang soleh soleh sikit untuk renungan kita bersama... InsyaAllah...

'10 AMALAN YANG TERBAIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik;

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbaik?.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
 

-selamat beramal-
-Sekian-

Kuih Mama Aku Ada Watermark Tau....

02 February 2012
Salam,

Untuk menambahkan lagi pendapatan, mama aku buat kuih pada setiap hari Jumaat untuk dijual di Pasar Tani di Larkin, JB pada setiap pagi Sabtu. Bertahun tahun mama buat kuih nih.. orang panggil kuih lapis.. memang dari aku kecik lagi mama aku buat kuih ni. tapi Jumaat malam lah.. Sabtu pagi lepas subuh, ada orang akan ambil kuih tu kat rumah aku untuk dijual di Pasar Tani. Secara tak langsung, dapat juga menambahkan pendapatan mama aku. Dulu aku selalu tolong mama buat kuih nih... sekarang ni kalau mama suruh aku buat memang tak jadi sebab aku dah lupa sukatan dia... baik kita serahkan pada yang pakar..yelah sebab kuih ni pun untuk jualan kan bukan untuk makan makan sesuka hati. hehehe.. tapi kuih mama aku ni takde watermark.. watermark maksudnya takde tanda yang membuktikan kuih tu kuih mama aku... hehehehe.. poyo tak...? agaklah.. 

Selama beberapa tahun mama buat kuih lapis ni tak pernah ada orang yang berani buat watermark kat kuih mama aku... tetiba ada sorang budak yang comel tuh, boleh pulak dia tinggalkan kesan kat kuih mama aku.. dah macam watermark dah aku tengok... hahaha.. kalau tak caya korang tengoklah sendiri ye..

-
-
-
-

tadaaa...


ape? tak nampak? takpe aku kasik zoom okeh...



-hah... nampak tak?? watermark kuih mak aku.. hahaha... sebelum kiteorang bagitahu yang kuih tu panas,die dah tahu dulu dah sbb tapak kaki die cium kepanasan kuih mama.. hahaha.. sabo jelah..  hah nilah muka pesalahnye... huhuhu..


-sekian-

Kad Kahwin Yusry & Lisa Surihani

Salam,


Seperti yang telah diwar-warkan, Yusry dan Lisa Surihani akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 26 Februari 2012... difahamkan mereka akan dinikahkan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dan majlis persidangan mereka diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Kad kawin mereka telah pun tersebar di beberapa laman hiburan. Kad mereka sungguh simple.. sgt sgt sgt simple... agaknya masa majlis mereka nanti mesti jadi wedding of the year ye tak?? maybe.. sama-samalah kita tunggu majlis yang penuh bermakna bagi Yusry dan Lisa Surihani ini.. apapun sebagai peminat mereka, aku mendoakan semoga mereka akan bahagia dan kekal sehingga hujung nyawa... 


note : Yusry & Lisa Surihani sama cantik sama padan... pasangan yang sangat sesuai kan... agak-agak kalau aku print kad dia ni aku boleh dikira sebagai tetamu yang dijemput tak.. hehehe

-sekian-

Wordless Wednesday #7 : Selamat Hari Wilayah

01 February 2012
Salam,


Selamat Hari Wilayah !! 
Arini public holiday bagi negeri negeri yang berwilayah... =)
marilah kite berjimba jimba...


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign