blog kay & yana: Malaysia vs Singapore (28072011)

Malaysia vs Singapore (28072011)

28 July 2011
 Agak-agak apelah keputusan bola malam ni kan.. aku rasa macam tak sempat je nak tengok bola malam ni sebab pukul 8 lebih aku kena pickup husband kat ERL,Putrajaya. Then aku kena ke pasar untuk beli barang nak masak memandangkan hari Jumaat bahagian aku akan buat makan-makan sempena nak menyambut Ramadhan. so aku harap masa aku balik aku sempatlah tengok keputusan nya.. aku doakan team Malaysia dapat memberikan permainan yang menarik serta memuaskan hati rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan milik kita tapi bagi aku tak kisahlah kalah ke menang ke yang penting mereka bermain dengan jujur dan bijak.. memandangkan Safiq Rahim akan direhatkan sebab kena kad merah haritu aku harap pemain-pemain yang lain boleh memberikan sumbangan pada penyerang kita... sape tu aku pun tak tau.. hehehe...aku doakan semoga mereka berjaya dan mainlah dengan jujur sebab mereka membawa nama Malaysia.. sekurang-kurang team kita takde import-import... Malaysia Tulen mah.... Good Luck and All the Best Harimau Malaya....! Mengaum jangan tak mengaum....! bikin Singa kecut okeh...!


note: dekat twitter ada yang request untuk cuti esok jika Malaysia menang.. adakah PM akan setuju? sama-samalah kita nantikan...

note : sape2 yang tgk perlawanan kat stadium tu jangan lupe solat maghrib.. buatlah solat hajat supaya kemenangan itu milik MALAYSIA...!


 

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign