blog kay & yana: Gigi Bongsu ooo Gigi Bongsu

Gigi Bongsu ooo Gigi Bongsu

16 February 2015

Arini dah 4 hari aku menderita sakit gigi ni. Sebenarnya takdelah menderita sangat pun. Masih tahap boleh layan lagi.. Hari Jumaat petang aku mula rasa gigi aku sakit. Yang belah kiri ni. Lepastu aku mula rasa gusi aku membengkak dan pipi pun dah macam kuih pau dah. Aku tak tahan telan pil tahan sakit. Lega la sekejap. Nak buka mulut punyalah azab time tu. Aku rasa macam kena kejang rahang pula.. Nak masukkan berus gigi pun meleleh airmata ko... Ya Allah... Kifarah buat aku ke? Istighfar banyak banyak. Malam sebelum tidur aku telan lagi pil tahan sakit. Bengkak makin naik pulak. 

Hari Sabtu aku nak pergi klinik tapi Kay takde sebab dia kena berniaga di Stadium. Takpelah tahan sekejap hari ini demi rezeki anak anak. Semoga Allah gantikan sakit ku ini dengan rezeki suami yang melimpah ruah.. Amin... So hari Sabtu kami bersama sahabat saya... Cik Ju. Alhamdulillah. Anak anak pun x banyak ragam. Mungkin sebab Abg Rayyan tak berapa sihat hari Sabtu tu. 

Kay janji nak bawa aku ke dentist hari Ahad. Tapi ada ke klinik yang buka hari Ahad? Tanya kawan kawan... Rupanya ada juga yang buka. Kak Su recommendkan aku klinik Dr Noorazlina di Kajang. Terus call buat appointment. Appointment aku pukul 2. Eh bukan dah tutup ke pukul 2 tu? En yang jawab telefon aku tu cakap takpe puan datang je pukul 2 kami tutup lambat.. allaaaaa... tacing jap.. ahahhaah.. Kak Su cerita klinik tu Dr Noorazlina dengan husband dia je yang uruskan. Dari angkat fon sampailah amek bayaran. Hanya mereka berdua.. So sweet kan.. hehehe.. Walaupun bz layan je soklan aku dengan mesra..


Berbalik pada gigi aku yang sakit ni. Aku memang tak boleh buka mulut aku dengan luas. So Dr Azlina kata takpe bukak je mana yang boleh. Memang kecik jelah.. Kesian juga kat Dr Azlina dok intai intai mana yang tak betul gigi aku ni. BTW,gigi aku memang banyak tak betul dari betul... I admit it. Lepas check Dr Azlina xtray gigi aku. Lepas xtray baru dia tahu kenapa aku sakit. Rupanya gigi bongsu aku nak keluar. Dr. cakap buat masa ni kita cuma boleh tunggu dia keluar. Kalau dia keluar senget kena operate kalau dia keluar betul kita just cabut mcm biasa je.. Gulp.... takutnya aku. tp Dr Azlina memang mesra dan friendly... Dia borak ngn kita sampai kita tak rasa takut pun.. Lastly dia cuma boleh bagi aku ubat tahan sakit, antibiotik dan air kumur untuk elakkan kuman memandangkan gusi aku dah kena infection pun. 

Aku harap gigi bongsu aku ni keluar la cepat dan betul.So aku boleh cabut je dia macam biasa tak perlu minor operate la bagai.. Seram oiiii...

Sape ada pengalaman sakit gigi? meh lah share... Gigih aku google pengalaman orang..

note: sakit sakit gigi pun aku masih mampu bersabar melayan karenah anak anak tau.. takdelah rasa mcm nak lempang orang pun.. hehehhe. sakit sebab bengkak je... =).. takpelah .. sakit itu penghapus dosa dosa kecil ku.. AMIN.

3 comments:

  1. mintak2 gg ko senget..haha jahat gila aku...klinik tu aku tak pernah g..huhu mmg sakit ooo geraham bongsu..lagi horor kalu senget.tapi jgn biar.kalau kena cabut baik cabut sementara dia masih tak rosak

    ReplyDelete
  2. mintak2 gg ko senget..haha jahat gila aku...klinik tu aku tak pernah g..huhu mmg sakit ooo geraham bongsu..lagi horor kalu senget.tapi jgn biar.kalau kena cabut baik cabut sementara dia masih tak rosak

    ReplyDelete
  3. mahal tak fees dia yana?sebab aida pun teringin nak buat treatment sbb sakit gigi dah lama jugak tp on n off n tak mengganggu sangat..tapi tula..kena pegi jugak..Hope yana cepat sembuh ye!

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign