blog kay & yana: Ragam Rayyan Masuk Pra Sekolah

Ragam Rayyan Masuk Pra Sekolah

12 February 2015

Excited bebeno kan cerita pasal anak teruna sorang ni.. Gila tak excited... Mak Bapak sibuk belikan persiapan anak anak nak masuk darjah 1 aku pun sibuk nak beli persiapan anak aku masuk Pra Sekolah.. Pra Sekolah je pun tapi excited tu Allah je yang tahu... 

Setiap hari aku atau Kay akan cakap dengan Rayyan pasal seronok nya sekolah dia.. Memang seronok pun sebab restoran mamak kat sebelah sekolah je. Cis... Landmark dia restoran mamak okeh.. So dia memang dah excited nak masuk sekolah baru.. New experience new environment new friends and teacher new everything... Ooo lupa.. bag sekolah je still bag lama.. ahahahahhaha.. 

First day Rayyan masuk Pra Sekolah.....


Hari yang dinanti. Lama sangat dia duduk rumah.. Mungkin dah bosan agaknya tu yang excited sangat dia bila nak pergi sekolah baru.  Hari pertama bangun pun senang. Tu yang muka senyum je.


Kami sampai terus ke dewan.. Time ni aku dah berdebar dah sebab dia kena masuk dewan sendiri ada taklimat. Ibu bapa hanya boleh tunggu dari luar je. Alhamdulillah nasib baik Rayyan nak masuk dewan dan duduk di barisan sama dengan kawan kawan yang lain.. Dia dok toleh cari aku ingatkan nak nangis ke ape ke.. rupa rupanya dia nak bag dia.. Aku pegang bag sekolah dia. huhuhu... 

Lepas taklimat dia terus ke kelas. Tu pun dengan bimbingan guru guru Pra Sekolah. Beraturlah budak budak 6 tahun jalan sama sama ke kelas masing masing.. Comel tau tengok dieorang jalan ikut barisan. 


Alhamdulillah.. Aku boleh kata aku bangga sangat bila dia boleh adapt dengan sekolah yang baru. Kiteorang boleh nampak betapa matangnya dia.. Betapa berdikarinya dia.. Berdebar juga kiteorang masa first day dia tu. Tapi Alhamdulillah .. Syukur sangat sebab sepanjang hari aku dok sekolah tu yang aku nampak di riak muka dia adalah senyuman dan keseronokan.. even ada a few classmate die yang menangis.. Standardlah mana mana sekolah pun pasti ada dua tiga orang budak yang nangis masuk alam baru... 


Masa ni amek gambar dari tingkap kelas je. Die senyum je.. Good boy kan? Lepas masing masing dah masuk dalam kelas dieorang akan ke tempat makan untuk sarapan. Di Pra Sekolah mereka akan makan 2 kali. Sarapan pagi jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi , makan kali kedua pukul 10.00 pagi. So tak payah risau pasal makan anak anak di Pra Sekolah. Tak perlu beratur di kantin sekolah. 




 Suasana di tempat makan. Di sini tak silap aku anak anak akan dilatih basuh tangan dahulu sebelum beratur ambil makanan. Bila semua kawan kawan dah ambil makanan, anak anak akan baca doa makan dan selepas makan mereka perlu letakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan. 


Pukul 12 tengah hari aku dah terpacak depan kelas dia tunggu dia keluar. Nampaknya Rayyan seronok betul sekolah di sini. Alhamdulillah. Takdelah aku susah hati nak pergi kerja kan kan kan... 


Hari pertama cikgu dah beritahu Ibu Bapa boleh ambil anak anak di depan pintu pagar depan sebab setiap hari guru guru ni akan bawa anak anak ke pagar depan dan tunggu sampai ibu bapa atau penjaga mereka datang. 

So kelegaan yang panjang sangat disitu.. Cuma perasaan sayu yang datang dalam hati bila Kay cakap dah besar dah anak kita. Dia dah boleh faham apa yang sedang berlaku.. 

So far Alhamdulillah.. Rayyan sangat sangat sangat behave. 

4 comments:

  1. rayyan dah sekolah, selamat menempu alam persekolahan rayyan:)

    ReplyDelete
  2. memang sayu anta anak sekolah first day....huhuhu.paham paham

    ReplyDelete
  3. memang sayu anta anak sekolah first day....huhuhu.paham paham

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..hensemnya abg Rayyan..mesti dia excited kan..nampak pun environment friendly semuanya..Nanti dah darjah 1 mesti lagi tacing kan..huhuh

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign