blog kay & yana: Kay Outstation

Kay Outstation

20 March 2014
Dalam dunia ni aku ada sorang je suami.. hahah. ade ke isteri yang ada 2 suami.. ade kot tp yg 1st tu ex la kan... sejak sejak MH370 ni hilang dari langit aku rasa fobia betul nak naik flight sekarang ni. Dulu kalau naik kapal terbang feel dia seronok lain macam.. sekarang ni aku rasa lebih baik la kalau aku tak naik kapal terbang... bila cakap pasal Kay outstation, kebanyakkan dia perlu gunakan kapal terbang untuk sampai ke destinasinya. Urusan rasmi.. nak tak nak kenalah pergi kan.. kalau mesyuarat bolehlah jadi chips more tapi kalau outstation ni nak tak nak kena pergi jugak. Dahlah Kay kalau kena outstation tak Sabah mesti Sarawak... so semalam dia kena terbang ke Sarawak.. ape boleh buat.. aku ni dah cuak da.. dia bleh plak gelak je bila aku macam cuak semacam dia kena pergi Sarawak

K : apsal takut semacam je? (sambil gelak)
Y : sebab kena naik flight kot 
K : gelak lagi... 
Y : apasal gelak
K : Flight ni g Sarawak bukan Beijing.. Kalau dah ajal abang nak buat macam mana. Doa jelah tak jadi macam MH370 tu
Y : nangis....

Aku doa jelah semoga Kay selamat pergi dan balik.. Esok dia dah balik.. Bila aku share status kat FB ramai supporter aku.. so kuranglah rasa gundah gelana di hati.. ahahaha.. 



ps: where are u MH370...Please come back safely okeh.. 

5 comments:

  1. huhuhu..syahdunyaaa..semoga hubby yana selamat pergi dan balik..trauma tu tetap ada kan yang penting doa dan tawakal k..

    ReplyDelete
  2. inshaAllah semuanya selamat, termasuklah MH307.. :)

    ReplyDelete
  3. doa dan tawakal aje la~ :) doa yang baik2~

    ReplyDelete
  4. ajal maut dan jodoh pertemuan ada di mana² saja andai tiba masanya..Insha Allah mereka selamat pergi dan kembali..

    ReplyDelete
  5. kena sentiasa berdoa dan bertawakal
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign