blog kay & yana: Hot Air Balloon & Lanun Johor Putrajaya

Hot Air Balloon & Lanun Johor Putrajaya

27 March 2014

Kalau hujung minggu ni korang takde nak kemana mana.. apa kata korang terjah Pesta Hot Air Balloon di Putrajaya Presint 2. Macam macam aktiviti akan diadakan. Kalau korang jenis yang tak gayat bolehlah cuba naik belon panas tu. Mesti korang boleh nampak satu Putrajaya...Selain dari tu, banyak juga gerai gerai yang menjual pelbagai jenis barang dan produk. So bolehlah sambil berhibur sambil membeli belah. hehehe.. 


Harini daripada pejabat aku dah boleh nampak beberapa belon panas terbang di angkasa... Macam macam bentuk boleh nampak.. hehehe.. So aku rasa sangat teruja dan seronok.. confirm hari Jumaat sesak nak balik petang... haih.. nasib badan...  so, jangan lepaskan peluang untuk bersama sama datang ke Pesta Belon Panas di Presint 2, Putrajaya

Selain itu, korang juga dialu-alukan untuk terjah ke booth suami kesayangan aku (kay de lanun) di tapak Promenande Uptown Putrajaya. Kami menjual barang barang daripada jenama baru yang semakin mendapat sambutan ramai iaitu Lanun Johor.. Nanti aku ceritakan tentang hot stuff Lanun Johor ok.. So pada sesiapa yang berminat boleh dapatkan barang barang LJ semestinya original daripada kami.. Produk tempatan anak jati Johor gitu. So jangan lepaskan peluang untuk membeli dengan kami. Sekian, terima kasih. hehehe...










Jom sokong barang tempatan... Dapatkan yang original ya...


5 comments:

  1. zakwan tau ada hot air ballon ni mesti dia ajak p huhu

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak pergi Hot Air Balloon tu..tapi kalau ajak hubby confirm dia taknak pg..dia tak suka sesak-sesak..huhuhu

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya pergi hot ballon tuh..xpernah lag naiknya..huhuu

    ReplyDelete
  4. ooo..niaga brg2 lanun johor ye..baru dengar pasal jenama ni~

    ReplyDelete
  5. setiap hari eh niaga kak..wahh semoga trus murah rezeki tau..

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign