blog kay & yana: March 2014

Setiap Kali Hari Isnin

31 March 2014
Alhamdulillah.. Rezeki Allah SWT tu ada dimana mana.. Muka bumi Allah ni luas.. Maka carilah rezeki dimana sahaja.. Sejak Kay berniaga setiap malam minggu, Isnin adalah hari yang sangat tidak bermaya. Isnin memang masalah sikit bg kiteorang sebab Ahad malam tu pukul 2 pagi baru sampai rumah. Tu belum tidur lagi.. Belum salin baju anak anak, belum siapkan tempat tidur. Gedebak gedebuk dekat pukul 3 pagi baru boleh lelapkan mata. SuperParents sangat kan. Tu nasib baik sebelum keluar dah gosok baju keje siap siap, dah kemas beg dieorang siap siap. Kalau tak mau aku overnight kot setiap kali malam Isnin. Bila pikir esok Isnin terus aihhhhhhh.... kenapalah aku kene kerja hari Isnin. Takpelah Allah berikanlah aku kesihatan supaya aku dapat terus mencari rezeki buat anak anak ku. Amin. 

Pagi Isnin nak bangun memang Ya Allah... Liat sungguh... Mata ni macam ada gam je. Tak boleh nak bukak langsung.. kepala pusing pusing..ok yang kepala tu tipu.. bukan pusing pusing.. pening je.. hahaha.. tapi nak taknak sebagai pekerja yang makan gaji kenelah bangun juga dan jalankan rutin seharian. 

Kesimpulannya aku agak tak berapa suka hari Isnin. Sebab hari Isnin tu emosi macam lautan hindi.. Gitu.. Harini bos aku takde meeting pulak tu..Memang macam cacing kepanasan la aku dok dalam bilik ni walaupun kat sini pakai aircond tahap oversea khenn.. Last choice p tdo dalam kete. Kunci pintu pasang aircond dan alarm.. dalam hati 10 minit pun jadiklah.. Bila tersedar bukan 10 minit.. 30 minit.. hahahaha. ajelah ko ni yana oiiii... ingat opis ni ade share kah??? sorry bos. Monday is my blues day...

Hot Air Balloon & Lanun Johor Putrajaya

27 March 2014

Kalau hujung minggu ni korang takde nak kemana mana.. apa kata korang terjah Pesta Hot Air Balloon di Putrajaya Presint 2. Macam macam aktiviti akan diadakan. Kalau korang jenis yang tak gayat bolehlah cuba naik belon panas tu. Mesti korang boleh nampak satu Putrajaya...Selain dari tu, banyak juga gerai gerai yang menjual pelbagai jenis barang dan produk. So bolehlah sambil berhibur sambil membeli belah. hehehe.. 


Harini daripada pejabat aku dah boleh nampak beberapa belon panas terbang di angkasa... Macam macam bentuk boleh nampak.. hehehe.. So aku rasa sangat teruja dan seronok.. confirm hari Jumaat sesak nak balik petang... haih.. nasib badan...  so, jangan lepaskan peluang untuk bersama sama datang ke Pesta Belon Panas di Presint 2, Putrajaya

Selain itu, korang juga dialu-alukan untuk terjah ke booth suami kesayangan aku (kay de lanun) di tapak Promenande Uptown Putrajaya. Kami menjual barang barang daripada jenama baru yang semakin mendapat sambutan ramai iaitu Lanun Johor.. Nanti aku ceritakan tentang hot stuff Lanun Johor ok.. So pada sesiapa yang berminat boleh dapatkan barang barang LJ semestinya original daripada kami.. Produk tempatan anak jati Johor gitu. So jangan lepaskan peluang untuk membeli dengan kami. Sekian, terima kasih. hehehe...










Jom sokong barang tempatan... Dapatkan yang original ya...


MH370 Berakhir Di Lautan Hindi - Al-Fatihah ....

25 March 2014
Allahuakbar..!!! Allah Maha Besar.... Allah Yang Maha Mengetahui

Malam tadi bila aku dengar pengumuman yang disampaikan Perdana Menteri aku rasa sedih sangat walaupun aku tak kenal sesiapa pun dalam pesawat tu. Tapi aku rasa sedih... Setelah 16 hari menanti dengan penuh kesabaran tapi akhirnya berita yang sangat sedih diterima.. Ya Allah.. Berat sungguh dugaan Mu buat mereka Ya Allah.. berat sunggu ujian Mu buat negara ku yang tercinta.. 

Syarat untuk mati adalah hidup.. kita harus redha dan doa semoga kita boleh jumpa sesuatu jawapan tentang kehilangan pesawat ini. Macam manalah perasaaan ahli keluarga mangsa kan.. Aku memang tak boleh tidur malam tadi fikir.. entah apalah yang aku fikir... 

Sebak sangat hari ni nak pegi keje dengar hot.fm... memang sedih sgt.. aku rasa ahli keluarga mangsa lagi tertekan masa ni.. Allahuakbar.. Ya Allah.. berikanlah mereka kekuatan menerima Qada' dan Qadar Mu Ya Allah... Kita sebagai rakyat Malaysia teruskanlah berdoa semoga masih ada yang terbaik buat mereka.. Amin... 



Berat mata memandang berat berat berat lagi bahu yang memikul... Semoga segala persoalan akan terjawab... Permudahkanlah urusan team SAR kami Ya Allah... dan lindungilah mereka yang terlibat dalam pencarian ini.. sesungguhnya hanya padaMU kami berserah ketika ini.. AMIN

Salam takziah dan Al-Fatihah
#MH370 in memory...
(i'm crying) 

Kay Outstation

20 March 2014
Dalam dunia ni aku ada sorang je suami.. hahah. ade ke isteri yang ada 2 suami.. ade kot tp yg 1st tu ex la kan... sejak sejak MH370 ni hilang dari langit aku rasa fobia betul nak naik flight sekarang ni. Dulu kalau naik kapal terbang feel dia seronok lain macam.. sekarang ni aku rasa lebih baik la kalau aku tak naik kapal terbang... bila cakap pasal Kay outstation, kebanyakkan dia perlu gunakan kapal terbang untuk sampai ke destinasinya. Urusan rasmi.. nak tak nak kenalah pergi kan.. kalau mesyuarat bolehlah jadi chips more tapi kalau outstation ni nak tak nak kena pergi jugak. Dahlah Kay kalau kena outstation tak Sabah mesti Sarawak... so semalam dia kena terbang ke Sarawak.. ape boleh buat.. aku ni dah cuak da.. dia bleh plak gelak je bila aku macam cuak semacam dia kena pergi Sarawak

K : apsal takut semacam je? (sambil gelak)
Y : sebab kena naik flight kot 
K : gelak lagi... 
Y : apasal gelak
K : Flight ni g Sarawak bukan Beijing.. Kalau dah ajal abang nak buat macam mana. Doa jelah tak jadi macam MH370 tu
Y : nangis....

Aku doa jelah semoga Kay selamat pergi dan balik.. Esok dia dah balik.. Bila aku share status kat FB ramai supporter aku.. so kuranglah rasa gundah gelana di hati.. ahahaha.. 



ps: where are u MH370...Please come back safely okeh.. 

Jerebu

14 March 2014
Semalam jerebu kat Putrajaya ni sangatlah dasyat.. dah terasa mcm kat negara obersea pulak.. tapi kat obersea sejuk pakai baju sampai 8 lapis.. kat sini panas.. nak pakai baju lubang lubang pun belum tentu lega.. hahaha... Tempat korang macam mana...? bila jerebu ni melanda mulalah tekak sakit, mata pedih, kepala migrain.. biasalah.. antibodi rendah memang gini lah.. huhuhu.. jom kita tengok bacaan IPU kat tempat masing masing ye.. jangan nak kepoh baca IPU kat tempat orang lain.. gitu.. hehehehe.. korang boleh klik kat link di bawah ni ye kalau nak tgk IPU kat tempat korang berapa..



so, bagi mengelakkan beberapa penyakit eloklah kita ambil langkah langkah berjaga-jaga.. Mencegah lebih baik dari mengubati kan.. cuaca macam ni tak elok untuk kita beradi di luar dalam jangka masa yang lama.. Especially untuk budak budak.. memang tidak digalakkan korang buat aktiviti luar semasa musim jerebu ini. Haraplah hujan akan turun... at least sejuk sikit nak tidur malam kan.. 

take care u ollss.

ps : hari ini dah hari ke 7 pesawat #MH370 hilang dan tidak dijumpai.. dimanalah agaknya pesawat dan semua penumpang serta crew pesawat tersebut ye? sampai bila lagi ahli keluarga nak menanti jawapan yang pasti dari penyelamat.. Ya Allah.. Kabulkan doa rakyat Malaysia Ya Allah... Jangan berhenti berdoa ye kawan kawan

Hari ke-6 : Dimanakah #MH370 ?

13 March 2014


Terlalu banyak persoalan yang bermain diminda seluruh rakyat Malaysia terutamanya pada keluarga-keluarga mangsa... Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan ahli keluarga mangsa.. aku tak dapat bayangkan macammana keadaan penumpang-penumpang serta cabin crew dalam pesawat time kejadian tu.. Apa sebenarnya yang terjadi? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui sekarang ni.. Jadi , selagi tiada confirmation daripada pihak yang terlibat tak payahlah kita membuat sebarang spesikulasi tentang pesawat MH370 yang hilang ni... kita hanya mampu berdoa pada Allah SWT supaya pesawat MH370 dapat ditemui sekaligus menjawab semua persoalan yang terungkai... Wallahualam.. 

Sejak berita pesawat MH370 ni hilang aku tak henti henti berdoa selepas solat supaya permudahkan pencarian pesawat ini.. ramai yang sedang menanti berita tentang pesawat ini. banyak perasaan perasaan yang berdebar setiap hari menunggu berita ini.. ramai yang menangis setiap hari menantikan kepulangan pesawat ini.. dimanalah agaknya MH370 ni?

Malaysia kini menjadi perhatian seluruh dunia.. seluruh dunia memperkatakan tentang kelemahan Malaysia.. tengok jelah CNN... macam macam statement tentang Malaysia dihebahkannya.. and of course it is not a good one... jadi apa yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia buat? stop the nonsense statement and pray... that's is.. sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kita sendiri dan yang baiknya hanyalah dari Allah SWT.. 


“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.”
“Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”
di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula”
-Kapten Norudin

please come back MH370.. we all still hoping and praying u will come back with safely.. Wallahualam.. 


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign