blog kay & yana

Coklat Love Sally

31 January 2012
Salam,

*ini sticky post ye kengkawan sehingga bila bila*

Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANNIRROHIM, aku nak merasmikan satu perniagaan seorang sahabat aku yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan... hehehe.. macam YB pulak nak rasmi bagai.. tapi ini bukan cubaan ye.. ini betul-betul.. kalau korang nak buat tempahan boleh hubungi aku atau kawan aku sendiri ye... sebelum tu jom kite tgk business ape yang kawan aku buat... silalah tgk ye.. sila sila..

 - kalau korang tak suka gambar upin ipin korang boleh request gambar lain... no hal punye...





aku adalah first customer dieorang.. so aku memang puas hati dengan rasanya.. korang boleh request korang nak bentuk mcmmana... boleh je takde masalah... kalau ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan boleh email pada sallysinclair09@gmail.com atau sms pada 013-6377535.. namanya Salina.. boleh panggil Sally... hehehe.. atau korang boleh tinggalkan komen di entry ini yer.. Harga yang tertera tu tidak termasuk penghantaran. So, jgn segan-segan nak mencubanya.. Cuba sekali pasti nak lagi.. aku ni asyik abeskan coklat die je.. sbb sedap.. hehehehe..

Sekian

too much "hah"

30 January 2012
Salam,


Sekarang ni Rayyan Danish banyak sangat cakap... tapi telo la sikit..maklumlah budak kecik kan.. lori jadi loli... tangan jadi angan... antara faham dengan tak je lah... huhuhu.. tapi walau apepun perkataan yang keluar dari mulut si comel ini pasti mencuit hati aku... kadang-kadang perkataan yang keluar dari mulut dia tu spontan dan buat kami terkejut.. tapi Rayyan Danish ada satu habit cakap "hah"... hahaha.. adoi.. contohnya bila kita cakap dengan dia Rayyan, jom basuh tangan... nanti dia mesti akan cakap "hah" dulu... pastu aku terpaksa ulang lagi... baru dia akan cakap jom basuh tangan.. kadang kadang tu sampai dua tiga kali aku terpaksa ulang ayat yang sama sebab dia asyik dok "hah" "hah"... 

kadang-kadang aku dengan kay dok gelak je die punya respon tuh.. mungkin pada die "hah" tu maknanye die respon bila kami cakap tapi arahan tu tak jelas bagi dia.. bila dah betul betul jelas baru die tak cakap "hah" lagi... adoi.. kadang-kadang sakit perut aku ni dok gelak je ngn perangai anak sorang nih... tak kisah lah anak oi... mama papa tetap sayang kamu sampai hujung nyawa... 



-sekian-


Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Milik AWAN NANO

Salam,
Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan TAHNIAH buat Hafiz kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26). Memang seperti jangkaan aku... huhuhu..ternyata lagu AWAN NANO ciptaan Buddi Hikayat dan M. Nasir membawa tuah buat Hafiz pada malam AJL ke 26... Selain itu, Hafiz juga memenangi VOKAL TERBAIK.. tuah badan kan.. tapi aku nak nafikan persembahan Hafiz malam tu memang superb.. suaranya memang mantap dan lirik awan nano pun sangat dahsyat... huhuhu.. 


ternyata untuk memenangi AJL tidak memerlukan suit yang mahal... cukup sekadar t-shirt dan track suit.. tidak berkasut lagi... maka Hafiz memang bijak.. tidak perlu memikirkan baju yang mahal mahal... hehehe.. Hafiz telah memenang 2 trofi dan  seterusnya membawa pulang hadiah keseluruhan berupa wang tunai RM45,000 berserta 2 trofi. Tahniah Hafiz ! 

kat bawah ni aku listkan keputusan bagi Anugerah Juara Lagu ke 26 kali ini ye.

Persembahan Terbaik
Alyah – Kisah Hati
(Alyah memang sungguh menawan malam tuh.. dia telah menjadi patung yang sangat cantik. persembahan yang menarik diakhiri dengan kehadiran Remy Ishak membuat stadium Bukit Jalil gamat seketika.. tahniah Alyah)

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Vokal Terbaik
Hafiz AF7 – Awan Nano
( vokal Hafiz memang hebat )

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Tempat Ketiga
Faizal Tahir – Karma
( dengar cerita ini tahun terakhir Faizal join AJL.. betul ke? )

Hadiah
Wang tunai RM12,000 berserta trofi

Naib Johan
3 Suara - Beribu Sesalan
( gabungan suara yang sangat hebat dan mantap )

Hadiah
Wang Tunai RM15,000 berserta trofi

Juara  AJL 26
Hafiz AF7 – Awan Nano
( u deserve it Hafiz )
Hadiah
Wang tunai RM35,000 berserta trofi

 nota: keputusan AJL 26 kali ni memang aku puas hati... kalaulah Cinta Facebook yang menang agak2 ada timbul isu tak? hehehehe

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign