blog kay & yana: Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

11 May 2015

Uhuk Uhuk.. Mohle kita batuk dulu sebab dah bersawang sangat sangat dah blog aku nih... ahahaha.. Apa khabar semua...? Tak tahulah blog ni ada reader lagi ke tak... Saya kena usaha lebih sikit lah kalau nak dapat traffic macam dulu.. Sekarang ni mood nak berblogging memang kelaut dah... Payah nak sampai ke darat ni nak tangkap balik mood tu. kihkihkih.. Semua tu alasan je kan. Biasalah manusia penuh dengan sejuta alasan... Padahal jawapan paling senang adalah malas.

Ok... special sikit entry ni sebab saya buat entry ni sempena hari ibu. Ramai yang wish hari ibu semalam kan. Saya pun teringin nak wish jugak.. So saya nak wish panjang panjang kat sini sebab kat fb macam tak best nak buat wish panjang berjeler...


Buat mama.. Puan Hajah Norha binti Alias... Insan yang paaaaaaalllliiiing saya sayang... Selamat hari ibu mama... Terima kasih kerana menyayangi saya selama 30 tahun saya hidup didunia ini. Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang terbaik.. segala pengorbanan mama buat kami 4 beradik tak mampu kami nak balas... Semoga mama sentiasa akan menjadi mama kami didunia mahupun diakhirat.. I loves u mama.. I loves u ssoooooooo much... 
#muahciked....


Tak lupa jugak buat ibu mertua ku, Puan Liza Mohamed Amin.. Mak mertua saya ni mak mertua paling sporting tau. Walaupun saya ni menantu yang serba kekurangan tapi mak mertua saya sentiasa memahami saya.. sentiasa ada bila kami perlukan teman... Mak, terima kasih atas kasih sayang mak selama saya menjadi menantu dan isteri kepada satu satunya anak lelaki mak... saya minta maaf sebab saya bukanlah menantu yang sempurna.. tapi saya sayang mak sampai bila bila... saya bersyukur sgt sgt sebab dapat mak mertua yang penyayang , yang memahami, yang penyabar, yang sangat sangat sangat sporting... tak semua org bertuah dpt mak mertua mcmni tau... #muahciked

Selamat hari ibu juga buat semua ibu ibu di dunia. Allah telah ciptakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu... Maka janganlah kita sekali kali melukakan hati mereka selagi mereka masih ada... In Sya Allah....

tatatititutu....

Saying too many NO(s) to a child will create a helpless and dependent child. #SayYestoExperiences http://my.shareddis.com/p/a7GKW

3 comments:

  1. Blog walking di sini ^_^
    Selamat hari ibu pada tuan blog juga

    ReplyDelete
  2. cantik si ibu :) kamu mewarisinya :)

    ReplyDelete
  3. salam i pun dah lama tak dtg sini..selamat hari ibu juga walau sikit terlewat

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign