blog kay & yana: February 2015

Gigi Bongsu ooo Gigi Bongsu

16 February 2015

Arini dah 4 hari aku menderita sakit gigi ni. Sebenarnya takdelah menderita sangat pun. Masih tahap boleh layan lagi.. Hari Jumaat petang aku mula rasa gigi aku sakit. Yang belah kiri ni. Lepastu aku mula rasa gusi aku membengkak dan pipi pun dah macam kuih pau dah. Aku tak tahan telan pil tahan sakit. Lega la sekejap. Nak buka mulut punyalah azab time tu. Aku rasa macam kena kejang rahang pula.. Nak masukkan berus gigi pun meleleh airmata ko... Ya Allah... Kifarah buat aku ke? Istighfar banyak banyak. Malam sebelum tidur aku telan lagi pil tahan sakit. Bengkak makin naik pulak. 

Hari Sabtu aku nak pergi klinik tapi Kay takde sebab dia kena berniaga di Stadium. Takpelah tahan sekejap hari ini demi rezeki anak anak. Semoga Allah gantikan sakit ku ini dengan rezeki suami yang melimpah ruah.. Amin... So hari Sabtu kami bersama sahabat saya... Cik Ju. Alhamdulillah. Anak anak pun x banyak ragam. Mungkin sebab Abg Rayyan tak berapa sihat hari Sabtu tu. 

Kay janji nak bawa aku ke dentist hari Ahad. Tapi ada ke klinik yang buka hari Ahad? Tanya kawan kawan... Rupanya ada juga yang buka. Kak Su recommendkan aku klinik Dr Noorazlina di Kajang. Terus call buat appointment. Appointment aku pukul 2. Eh bukan dah tutup ke pukul 2 tu? En yang jawab telefon aku tu cakap takpe puan datang je pukul 2 kami tutup lambat.. allaaaaa... tacing jap.. ahahhaah.. Kak Su cerita klinik tu Dr Noorazlina dengan husband dia je yang uruskan. Dari angkat fon sampailah amek bayaran. Hanya mereka berdua.. So sweet kan.. hehehe.. Walaupun bz layan je soklan aku dengan mesra..


Berbalik pada gigi aku yang sakit ni. Aku memang tak boleh buka mulut aku dengan luas. So Dr Azlina kata takpe bukak je mana yang boleh. Memang kecik jelah.. Kesian juga kat Dr Azlina dok intai intai mana yang tak betul gigi aku ni. BTW,gigi aku memang banyak tak betul dari betul... I admit it. Lepas check Dr Azlina xtray gigi aku. Lepas xtray baru dia tahu kenapa aku sakit. Rupanya gigi bongsu aku nak keluar. Dr. cakap buat masa ni kita cuma boleh tunggu dia keluar. Kalau dia keluar senget kena operate kalau dia keluar betul kita just cabut mcm biasa je.. Gulp.... takutnya aku. tp Dr Azlina memang mesra dan friendly... Dia borak ngn kita sampai kita tak rasa takut pun.. Lastly dia cuma boleh bagi aku ubat tahan sakit, antibiotik dan air kumur untuk elakkan kuman memandangkan gusi aku dah kena infection pun. 

Aku harap gigi bongsu aku ni keluar la cepat dan betul.So aku boleh cabut je dia macam biasa tak perlu minor operate la bagai.. Seram oiiii...

Sape ada pengalaman sakit gigi? meh lah share... Gigih aku google pengalaman orang..

note: sakit sakit gigi pun aku masih mampu bersabar melayan karenah anak anak tau.. takdelah rasa mcm nak lempang orang pun.. hehehhe. sakit sebab bengkak je... =).. takpelah .. sakit itu penghapus dosa dosa kecil ku.. AMIN.

AL-Fatihah Buat Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat

13 February 2015

Al-Fatihah.. TGNA telah menghembuskan nafas yang terakhir pada malam Jumaat.. malam yang penuh keberkatan... Kehilangan beliau sangat sangat dirasai oleh semua rakyat Malaysia especially rakyat Negeri Kelantan. Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga beliau tenang di sisi Pencipta Langit dan Bumi. Ramai sangat hamba Allah datang memberikan penghormatan yang terakhir termasuk jugak para ulamak yang tidak ketinggalan menziarahi arwah buat kali terakhir... Tenanglah disana wahai Murabbi yang disayangi.. Semoga tenang di sana... AMIN..



Ragam Rayyan Masuk Pra Sekolah

12 February 2015

Excited bebeno kan cerita pasal anak teruna sorang ni.. Gila tak excited... Mak Bapak sibuk belikan persiapan anak anak nak masuk darjah 1 aku pun sibuk nak beli persiapan anak aku masuk Pra Sekolah.. Pra Sekolah je pun tapi excited tu Allah je yang tahu... 

Setiap hari aku atau Kay akan cakap dengan Rayyan pasal seronok nya sekolah dia.. Memang seronok pun sebab restoran mamak kat sebelah sekolah je. Cis... Landmark dia restoran mamak okeh.. So dia memang dah excited nak masuk sekolah baru.. New experience new environment new friends and teacher new everything... Ooo lupa.. bag sekolah je still bag lama.. ahahahahhaha.. 

First day Rayyan masuk Pra Sekolah.....


Hari yang dinanti. Lama sangat dia duduk rumah.. Mungkin dah bosan agaknya tu yang excited sangat dia bila nak pergi sekolah baru.  Hari pertama bangun pun senang. Tu yang muka senyum je.


Kami sampai terus ke dewan.. Time ni aku dah berdebar dah sebab dia kena masuk dewan sendiri ada taklimat. Ibu bapa hanya boleh tunggu dari luar je. Alhamdulillah nasib baik Rayyan nak masuk dewan dan duduk di barisan sama dengan kawan kawan yang lain.. Dia dok toleh cari aku ingatkan nak nangis ke ape ke.. rupa rupanya dia nak bag dia.. Aku pegang bag sekolah dia. huhuhu... 

Lepas taklimat dia terus ke kelas. Tu pun dengan bimbingan guru guru Pra Sekolah. Beraturlah budak budak 6 tahun jalan sama sama ke kelas masing masing.. Comel tau tengok dieorang jalan ikut barisan. 


Alhamdulillah.. Aku boleh kata aku bangga sangat bila dia boleh adapt dengan sekolah yang baru. Kiteorang boleh nampak betapa matangnya dia.. Betapa berdikarinya dia.. Berdebar juga kiteorang masa first day dia tu. Tapi Alhamdulillah .. Syukur sangat sebab sepanjang hari aku dok sekolah tu yang aku nampak di riak muka dia adalah senyuman dan keseronokan.. even ada a few classmate die yang menangis.. Standardlah mana mana sekolah pun pasti ada dua tiga orang budak yang nangis masuk alam baru... 


Masa ni amek gambar dari tingkap kelas je. Die senyum je.. Good boy kan? Lepas masing masing dah masuk dalam kelas dieorang akan ke tempat makan untuk sarapan. Di Pra Sekolah mereka akan makan 2 kali. Sarapan pagi jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi , makan kali kedua pukul 10.00 pagi. So tak payah risau pasal makan anak anak di Pra Sekolah. Tak perlu beratur di kantin sekolah. 




 Suasana di tempat makan. Di sini tak silap aku anak anak akan dilatih basuh tangan dahulu sebelum beratur ambil makanan. Bila semua kawan kawan dah ambil makanan, anak anak akan baca doa makan dan selepas makan mereka perlu letakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan. 


Pukul 12 tengah hari aku dah terpacak depan kelas dia tunggu dia keluar. Nampaknya Rayyan seronok betul sekolah di sini. Alhamdulillah. Takdelah aku susah hati nak pergi kerja kan kan kan... 


Hari pertama cikgu dah beritahu Ibu Bapa boleh ambil anak anak di depan pintu pagar depan sebab setiap hari guru guru ni akan bawa anak anak ke pagar depan dan tunggu sampai ibu bapa atau penjaga mereka datang. 

So kelegaan yang panjang sangat disitu.. Cuma perasaan sayu yang datang dalam hati bila Kay cakap dah besar dah anak kita. Dia dah boleh faham apa yang sedang berlaku.. 

So far Alhamdulillah.. Rayyan sangat sangat sangat behave. 

Rayyan Masuk Pra-Sekolah

11 February 2015

Alhamdulillah.. Selepas puas berusaha buat rayuan sana sini untuk dapatkan satu tempat Pra Sekolah buat Rayyan Danish akhirnya Rayyan Danish diterima untuk kemasukkan Pra Sekolah tahun 2015. 


Sebenarnya aku minta SK Putrajaya Presint 18 (1).. Senang sikit.. Depan rumah je. Tapi aku dimaklumkan penyelia sekolah tu tahun ni memang ramai sangat yang mohon untuk Pra Sekolah di situ jadi memandangkan kapasiti gaji aku dengan Kay tinggi, Rayyan tak layak untuk masuk situ. So ada info yang bagitahu SK Putrajaya Presint 16(2) ada kekosongan so aku memang tak tunggu lama u olls terus berdesup ke sana hantar borang. Alhamduillah... segala urusan dipermudahkan.. Syukur sangat sangat. 

Kenapa aku beriya iya sangat nak masukkan Rayyan Pra Sekolah?

Pertamanya tentu aku nakkan yang terbaik buat anak aku.. Aku tak cakap sekolah swasta atau tadika lain tak bagus.. Bukan sama sekali.. Cuma aku rasa aku tak larat nak layan kenaikan harga taska zaman sekarang.. Rasa macam owner taska tu sengaja ambil kesempatan pada ibubapa yang tiada pilihan macam kami ni. Puas dah berbincang dengan Kay. Puas minta pandangan ibu bapa kami. Jadi aku rasa aku kena usaha lebih sikit untuk sesi penjimatan tahun ni. Andai kata rezeki Rayyan memang tiada di Pra Sekolah aku memang dah apply KEMAS. KEMAS pun not bad what.. aku dulu pun sekolah KEMAS jugak.. berjaya ye jadi orang.. hahahahaha..

As parents of course aku nak the best for my son.. tapi kalau yang the best tp kami perlu menderita untuk bayar duit pendahuluan dan bulanan bahagia kah kami..? gaji kami bukan berpuluh ribu... sedangkan menteri yang gaji puluh ribu pun ikat perut nak makan...? kami? ahahahaha... Lu pikirlah sendiri.. so ukur baju di badan sendiri.. Alhamdulillah.. Allah knows better.. for me either for my family.. In Sya Allah.. 

Bila dah ke laut..................


Bila semua dah kelaut macam ni lah jadinye...
Nak cerita pun tak tahu nak mula kan dari mana..
Sebab banyak sangat cerita dalam kepala otak..
Dok berkata dalam hati je...
Penat dah hati ni nak berkata-kata..
Kan seronok kalau apa yang dikata dalam hati dapat bluetooth terus masuk dalam blog ni.. eh eh... Betul ke aku eja bluetooth tu.. Belasah je la jemah... 
Tak payah susah susah nak taip panjang lebar.. 
ahahahahaha...

Bila dah kelaut macam ni la jadinya...
Masuk blog aku pun kena batuk dulu baru nampak rupa...
Kesian kan... 


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign