blog kay & yana: May 2014

Menegur Isteri

30 May 2014

Setuju tak? hihihi... laki aku ni garang tau tak... garang macam singa lapar... garang time dia marah lah.. kalau marah anak anak dengan aku aku sekali kena.. kecik betul hati aku... 
apatah lagi kalau aku buat salah... aku ni hati memang senang banjir... hati tisu... bila aku buat salah (pada mata pandangan org lain itu salah) tegurlah aku cara yang paling lembut... bukan dengan menengking aku... meninggi suara dengan aku... bila aku ditegur begitu in the end aku tak dapat improve apa apapun sebab hati aku sakit... sakit bila kena marah.. sakit bila kena tengking... sedangkan selama ni yang nampak hanya kesalahan aku... semua orang buat salah... belajarlah tegur aku cara lembut.. dan aku akan terima dengan hati yang terbuka... Insha Allah...

Eh eh.. apsal emosi sangat nih? aduhhh... agak agak laki aku baca tak entry aku ni.. tak kot kan.. dia mana ada masa... dok layan game perang yang ntah pape tuh... aku plak rasa nak tego dia... tp confirm aku tego dia tak makan saman.. lagi gelak kan aku adelah.. boleh?

Bila hati dah sakit yang mampu hanya menangis dan pendam... sampai bila nak pendam kan?? pendam lelama pun bukan elok sgt... kan bagus kalau tegur dengan penuh kasih sayang, takde la rasa stress sgt kena tegur.. well.. no body perfect kan..

Bila bab menegur nih tak kiralah suami nak tegur isteri, isteri nak tegur suami, kawan nak tegur kawan, abang nak tegur adik, adik nak tegur kakak... semua orang... bila nak menegur salah seseorang tegurlah dengan penuh hikmah dan kasih sayang... Insha Allah berkesan... 

aku pernah gak ckp kt laki aku ... "abg ni boleh tak marah org leklok.. ni marah je suara high note.." dia boleh jawab... "kalau sekali dua benda yg sama blehlah cakap slow slow...ni benda yg sama dah ckp 1000 kali masih buat salah jugak sape pun bleh jd singa.." erm... 

Salam Jumaat.... =)

Boy Band Rayyan & Aryan

26 May 2014
Dalam rumah tu ada 4 buah gitar kiteorang belikan untuk Rayyan. Tapi bukanlah gitar yang mahal mahal. Yang murah murah aje buat main adik beradik kan. Ada jugak gitar yang dah arwah.. pecah patah putus semua P ada .. hahaha.. Rayyan ni suka menyanyi... Suka sangat menyanyi. Kadang-kadang tu aku dengar dia nyanyi lagu ciptaan dia sendiri. Tau tau jelah lagu ciptaan budak 5 tahun bertemakan apa kan.. Seronok jugak dengar dia menyanyi sambil main gitar tu. Mungkin tu bakat terpendam dia kot. 

tu dia tu dia adik semangat betul jadi backup artis.. nyanyian khas oleh Rayyan Danish buat mama, papa dan adik Aryan.. 

Adik pun nak join jugak tapi tak tau nak nyanyi lagu apa.. jerit aje tau. hehehe


agak agak adik abang ni boleh tubuhkan group macam KRU tak.. tapi... KRU ada 3 orang ni baru ada 2 orang je.. Tak cukup korum pulak... hehehe.. Aku tak kisah bidang apa pun Rayyan minat.. Apa yang penting bidang yang dia suka tak salah disisi undang-undang dan agama. Kalau dia suka aku sebagai ibu hanya menyokong dan mendoakan apa sahaja yang terbaik buat anak anak aku. Semua ibu bapa dalam dunia ni nak anak mereka berjaya di dunia dan di akhirat kan... 


Tazkirah Jumaat : Demi Masa

23 May 2014


Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita
semakin hari kita semakin tua
semakin hari kita semakin dekat dengan kematian
ketika itu masa kita akan terhenti 
dan kemudian menanti nasib kita di hari yang akan kekal buat selamanya

note: aku akan nangis bila fikir tentang 'kehilangan'. Sesungguhnya aku takut.. takut sangat sangat bila fikir tentang hari akhirat.. adakah aku akan bersama semula dengan semua ahli keluargaku di alam barzah nanti? hanya Allah yang Maha Mengetahui... 

Salam Jumaat.


Comot makan roti coklat

22 May 2014
Aryan dah setahun lebih sekarang ni. Kalau ikut tahun dia dah 2 tahun pun tahun ni. Banyak juga pendedahan yang aku dah bagi untuk dia. Salah satunya makan sendiri. Tapi Aryan nampak macam dia lebih seronok makan sendiri daripada aku suapkan. Sentap mak kejap nok.. hahaha... Aryan ni ada satu perangai kalau aku bagi roti gardenia yang ada coklat kat tengah tengah tu, dia akan makan coklat tu dulu baru roti tu.. sanggup tu dia korek roti tu semata-mata nak makan coklat tu.. sudahnya jadi ginilah....
-
-
-
-
-
-
-

punyelah penuh muka dengan coklat roti tu... tak kisahlah dik janji awak bahagia... 

abang pun join sekaki gak makan roti coklat... roti dah abes masuk mulut coklat penuh kat muka ye... 



Apalah masalah mesin ni...

21 May 2014
Sejak aku masuk sini memang takde mesin fax. Yang ada cuma mesin pencetak. And then lepas tu ermmm tak ingat bila datanglah sebuah mesin yang katanya canggih sebab 4 in 1... boleh print, boleh fax, boleh copy, boleh ape lagi 1 aku tak ingat da. nampak sangat pelupa kan kan..ok lepas vendor dah setup bagai kasi cantik punye aleh aleh tak boleh fax. So vendor minta aku call maintenance suruh check cable dan sebagainya lah... sebab setting mesin tu dah memang ikut buku.. katanye la.. aku ni hangguk jelah konon konon faham padahal malas nak layan...

Aku call maintenance so datanglah dua orang brother..erk.. adik ke abang ke aku tak taulah sebab tak tanya umur... so dieorang godey sana godey sini ... jap.. bukan godey aku ye.. godey tu lebih kurang macam repairlah... dah kerja dieorang sebagai maintenance haruslah tahu semua benda kan. Tapi malangnya tetap mesin tu problem pada fax. Akhirnya aku pun malas nak buat aduan tentang mesin fax ni. Bila boleh fax dalam bangunan ni tak boleh nak fax luar kawasan pulak. Tak boleh terima fax dari luar kawasan pula. Lantaklah.. So maknanya mesin yang aku dapat ni hanya 3 in 1 jelah. hehehe...

Budak maintenance tu siap tukar nombor fax aku lagi. Aku suka gila no yang aku dapat. 03-8882 1212. Sama dengan no plat kereta. Macam tau tau je kan kan kan... Masa aku kat MOSTI dulu no telefon aku sangat cantik 03-8885 8888 dan kebetulan time tu aku jaga seksyen Dana.. memang melibatkan duit kerajaan so boss aku cakap tu line wang namanya.. hehe.. haih.. agak agak bila la mesin fax aku ni nak elok ek... kan bagus kalau ko boleh cakap. senang sikit kerja aku kan.. 


Semangat Blog

19 May 2014
Entah tak tahu la kemana hilangnya semangat yang satu ni... Semangat untuk menaip dengan laju di dalam blog yang tidaklah sehebat mana... semangat untuk bercerita tentang kisah hidup seharian.. semangat untuk menulis tentang kehidupan seharian.. semangat untuk berkongsi cerita cerita kegembiraan... Sebab tu blog ni diam membisu dan terus membisu... 

Terima kasih kepada mereka yang tak pernah putus putus mengunjungi blog yang tak berapa nak hebat sangat ni... hehehe... Semangat yang hilang sebab penyakit yang tiada ubat ni datang menjelma.. Lama sangat dah penyakit ni sampai rasa nak lempang je pipi sendiri.. tau ke penyakit apa tu?? hehe.. penyakit MALAS... susah betul nak sembuh.. sebab penyakit tulah semangat untuk berblog semangat untuk menaip semangat untuk bercerita semangat untuk berkongsi semangat untuk berceloteh dah hilang dalam sekelip mata... marilah kita cari ubat penyakit M tu.. korang ada? meh bagi aku sikit...



Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign