blog kay & yana: Nuffnang Grapevine Boleh Menjana pendapatan EXTRA !

Nuffnang Grapevine Boleh Menjana pendapatan EXTRA !

16 May 2011
 Cara mudah menjana pendapatan terbaru dari Nuffnang dengan GRAPEVINE ! Nak tahu apa yang best dengan GRAPEVINE. Jom kita explorer apa yang ada !

 

Apa itu GRAPEVINE ?
GRAPEVINE adalah salah satu cara bagaimana blogger boleh menjana pendapatan extra melalui pembaca blog mereka. Seperti yang anda sedia maklum, pendapatan yang terhasil dari iklan Nuffnang sebelum ini adalah berdasarkan 2 cara;

1. Bilangan pembaca
2. Bilangan klik pada iklan

Namun dengan revolusi GRAPEVINE, blogger boleh menjana pendapatan melalui perkongsian URL melalui Twitter, Facebook, Mesengger dan Email. Selain itu, bukan sahaja blogger, malahan pembaca blog juga berpeluang menghasilkan pendapatan.

Kenali Nuffnang Grapevine
Nuffnang GRAPEVINE hanya akan wujud pada unit Nuffnang Skyscraper sahaja. Jadi kat sini anda boleh kongsikan maklumat URL tersebut seberapa banyak yang boleh. Tiada had limit yang dikenakan ! Jumlah pendapatan yang terhasil, boleh diperolehi di akaun ChurpChurp seperti gambarajah dibawah.


Bagaimana caranya?
Mudah sahaja;

Langkah pertama;
Hanya perlu klik pada salah satu platform ikaln GRAPEVINE dan kongsikan melalui Twitter, Facebook, Messenger mahupun email.

Langkah kedua;
Isi ruangan email yang disediakan untuk menebus pendapatan anda.
 


untuk maklumat lanjut, rujuk Nuffnang Grapevine 



2 comments:

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign