blog kay & yana: AdAb mEnYaMbUt BaYi

AdAb mEnYaMbUt BaYi

01 September 2010

sebagai tanda syukur, masyarakat Islam digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan tertentu sewaktu menyambut kelahiran bayi seperti yang terkandung dalam syariat Islam:

1) AZAN ATAU IQAMAH
- sebaik baby selamat dilahirkan, perkara pertama pertama yang perlu dilakukan ialah mengazankan atau mengiqamahkan baby tersebut. Kalimah pertama yg didengar oleh anak anda dipercayai dapat menjadi benteng daripada gangguan syaitan. selain itu, sunat dibacakan pada telinga kanan bayi dengan doa yang bermaksud, "Bahawasnya, aku pohon perlindungan Engkau, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan"

2) KHABAR BERITA
- disunatkan untuk mengebahkan berita kelahirannya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Bagi yang menerima berita gembira ini pula disunatkan mengucapkan tahniah sambil mendoakan kebaikan untuk ibu bapa dan bayi tersebut

3) NAMA
- Nama yang dipilih untuk anak-anak seelok-eloknya biarlah mempunyai makna yang baik dan biarlah nama yang telah dipilih itu dirasmikan atau diisytiharkan pada hari ketujuh sambil dilakukan akikah.

4) TAHNIK
- Letakkan sedikit isi buah kurma pada bahagian lelangit setelah bayi dilahirkan sehingga isinya menyentuh keseluruhan mulut bayi dan masuk ke dalam rongga tekaknye. amalan ini dapat menguatkan saraf-saraf yang terdapat dalam mulut bayi. jika tiada kurma utk menyempurnakan tahnik, madu atau air gula boleh digunakan

5) CUKUR JAMBUL
- Amalan cukur jambul sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. kemudian disunatkan pula bersedekah perak yang beratnya sama dengan timbangan rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan

6) AKIKAH
- dengan majlis akikah yang dianjurkan, diharap dapat mengeratkan perhubungan sesama keluarga dan rakan-rakan dan jiran tetangga. Dalam pada itu, dua ekor kambing ( anak lelaki ) ataupun seekor kambing (anak perempuan) perlu diakikahkan untuk amalan ini dan dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada para tetamu

7) KHATAN
- masa kini menjadi kegemaran ibu bapa mengkhatankan anak sebaik sahaja dilahirkan. ini terutamabagi anak lelaki. berkhatan dilakukan bagi menjamin kebersihan agar dapat menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh najis yang terkumpul di bahagian zakar



nota kaki : teringat kenangan melahirkan Muhammad Rayyan Danish...

* info ikhlas dari majalah Pa&Ma

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign