blog kay & yana

AIR MATA JIMMY SHANLEY

11 April 2011
Assalamualaikum



Semalam aku tgk MELODI... MELODI agak kurang havoc tanpa fafau dan wahid.. mungkin memerlukan masa untuk penonton blend dengan cara dira dan zizan... tp semalam agak membosankan tgk MELODI.. tak pasti sama ada hosnye atau ceritanya.. tp more to hos kot.. takpe.. u all can try again next week okeh.. orait... nampak tajuk entry aku kali ni ??? nampak kan.. tentang Jimmy Shanley... semalam kru MELODI telah terjah Jimmy Shanley di mahkamah syariah kot sbb die pakai songkok... die diterjah tentang isu pergolakan rumahtangganye, tentang dituduh kaki kikis harta isteri, tentang die memfailkan fail nusyuz kerana anak, dan semuanya tentang rumahtangga beliau.. agak sedih bila beliau cube meluahkan perasaanye tp masih nampak yang die sedang control percakapannye dan riak muke yg risau sekiranya die tersilap kata, akan makan diri die sendiri..Aku sendiri tak paham kenapa isterinya sanggup buat die begitu... walaupun die diperlakukan begitu, die masih mempertahankan isterinya... masih cube ingin selamatkan rumahtangganya... masih ingin melupakan dan memaafkannye.. baik bukan.. dan bile die ckp ngn kru MELODI yang die bukan kaki judi, bukan kaki disko, bukan kaki kikis, bukan kaki perempuan, bukan kaki arak, bukan kaki dadah (ada ke), aku percaye sgt2 sebab die mmg tak pernah ada kes sebelum ni... rekod nye sebagai artis bersih... tp bile kawin, jd isu pulak.. tak taulah aku.. aku doakan Jimmy Shanley akan bahagia dan akan sentiasa diberikan kekuatan utk mengharungi dugaan Allah... bg isteri Jimmy, kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat....peace no war... choww babeh..


nota:  aku buat entry ni sbb semalam Jimmy Shanley menangis bile die cube menyampaikan sesuatu pada isterinye.. isterinye harus rasa bertuah kerana mempunyai suami sebaik Jimmy.... Jimmy yg ceria tp semalam die menangis... tumpang simpati....


DANISH DI GENTING....!!!

..... ni citer yg dah lme..dah makan setahun da pun.. citer tahun 2010 tp aku nk citer gak.. pe die? ce cite ce citer ce citer.. hahaha.. klu korang taknak bc sila tekan butang X di atas hujung belah kanan nun sne ye.. aku buat entry ni pun utk rayyan danish bc bile dah besar nnti... bru die tau die pernah sampai tempat nih... hehehe.. aku pun tak ingat brp hb... tp yg pasti akhir bulan 12 sbb family in law aku nk antar adik ipar aku blek U time tuh.. so dieorang rancang nak ke genting sblum adik ipar aku tuh terbang ke sarawak meneruskan pelajarannye tu... huhuhu.. tp yg bestnye mak mertua aku belanje semuanya... indoor dan outdoor sekali.. belasah jelah kan.. tima kasih mak !!!... hehehe.. sampai2 sana mmg sejuk giler giler giler punye.. sampai aku belikan danish snow cap siap ngn sarung leher (tak ingat ape nme die) dan sarung tangan.. alahai comeynye anak mama nih.. dah mcm gugurl lak.. huhuhu...

...sebelum ni kiteorang dah pernah g da genting tp time tu danish tak kuar lg..so nilah first time danish sampai genting.. huhuhuhu... masuk2 je die tak tentu arah da sebab byk sgt mainan yg membuatkan die teruja.. nk g sne la g sini lah.. tp semua mainan bukannye die bleh main pun.. yelah.. kcik sgt ... papa die main buaian tu sibuk die nak ikut... adoyai.. bile lepaskan die tak tentu arah die lari kesana sini nk main mainan.. takpelah nak omak layan kan jelah.... lama jugak kiteorang membazirkan masa di genting.. indoor dan outdoor la katakan... bile ujan lari ke indoor pulak.,.. semuanye naik sampai tak ingat perut dah lapar giler babeng punye.. masuk punyelah terang bile kuar genting dah jadi gelap gelita.. punyela lama kiteorang kt dalam tuh... dlm kul 8++ kiteorang gerak blek... oh ye.. sebelum pegi mak mertua siap buat nasi lemak.. tp tak dayo nk makan kt sne.. last2 bwk g makan kt putrajaya jugak la... huhuhu.. jom kite layan gambar k...

 


 


 


 


 

 
  
Maaflah ye... gambar2 ni terpaksa di combinedkan bg mengelakkan berlakunye masalah tak ckup space nnti... hehehe... lgpun gambar tak berape cantik sbb tak amek pakai kamera dslr... hehehe... wink wink...
thanks to my MIL for this happy trip... =)




BPA UBAH LELAKI JADI WANITA

 

AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.

BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser. 

 

“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.
“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.
“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.
“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.

Klorin
Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.
Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.
Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.
Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.
“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.
Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.
Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.
Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.
Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

sumber dari : Kosmo ! 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign