blog kay & yana

Emergency Operation untuk Kay

10 July 2017

Kami sampai di Zon Kecemasan HUKM lebih kurang jam 9.00 malam. Time tu hujan turun renyai renyai... tapi dalam hati dah menangis lebat selebat lebatnya. Masa kami sampai tu, aku nampak ramai juga kawan kawan Kay yang tunggu depan Zon Kecemasan tu. Officemate Kay datang tegur kami. 
"Wife Kerul kan" aku angguk je. 
Budak budak pejabat dia tak panggil Kay. Panggil Kerul
"Dapat tengok Kerul?" Aku tanya dia. 
Dia cakap dia dapat tengok. Doc tengah check dia lagi. InSyaAllah takde apa apa yang serius cuma muka dia luka teruk juga sebab kena helmet. Helmet die pecah. Pecah??? aku tanya dalam hati je lah. Dia minta izin nak balik sebab dia kata dia memang tunggu aku sampai. Lepas cakap terima kasih aku terus masuk bilik kecemasan nak cari Kay. Mak dengan bapak mertua aku tunggu kat luar sebab hanya sorang je yang boleh masuk. For sure mak mertua aku tak kuat nak tengok anak dia penuh berdarah tu kan. Aku kuat ke tak kuat ke nak masuk juga nak tengok dia dengan mata aku sendiri. Nasib baik Ryna tolong temankan mak mertua aku. Melilau mata cari suami. Tak jumpa. Tanya Doktor kat situ.
"Doc, ada tak patient nama Khairul Anuar?"
"Ooo ada. Khairul dalam zon kritikal"
"Kritikal?" aku tanya Doc.
"Kritkal sebab kita belum kesan kecederaan dalaman dia. Takpe, Puan masuk je bilik tu. Doc tengah rawat dia"  Bila aku selak langsir, ada staff nurse (aku hentam je ni) tengah monitor dia. Aku tengok je Kay time tu. Aku diri sebelah dia. Aku diam je. Tak cakap ape pun. Tetiba staff nurse tu tegur aku. 
"Waris Khairul ke?" aku angguk sambil jawab "Saya wife dia"
Lepastu dia kejutkan Kay. Time tu mata Kay pejam je. Aku T_T ... 
Staff nurse tadi tu tepuk tepuk bahu kiri Kay. 
"Khairul...Khairul.. bukak mata. Cuba bukak mata tengok siapa datang ni. Awak kenal tak? Cam tak?" Dua tiga kali dia tepuk nak sedarkan Kay. Kay cuba bukak mata sebelah kiri lepastu dia angguk. 
"Kalau kenal kalau cam siapa ni? Cuba cakap" Kay cuma cakap isteri saya. Staff tu kata ok. Dia kenal dan cam awak tu oklah tu. Ajak dia borak. Katanya. Aku diri sebelah dia. Aku pegang tangan kiri dia. Aku tengok je dia. Muka penuh darah. Mata kanan dia bengkak lebam sangat sampai dia tak boleh bukak. Lepastu ada beberapa orang Doc datang jumpa aku. Lets me explain kenapa aku mention 'beberapa orang Doc'.

1st Doc - Dia perkenalkan diri dia sebagai Doc yang handle bahagian muka. So dia explain lepas mereka buat x-ray, tulang muka Kay ada retak dan lari sikit. Sambil dia explain dia tunjuk aku video x-ray. Ada satu tulang di bahagian pipi bawah yang lari sikit. So Doc cakap buat masa ni dieorang cuma boleh monitor je. In case tulang ni menganggu fungsi asal so dia kena operate untuk betulkan tulang muka tu. Buat masa ni monitor dan tengok perkembangan dia. 

2nd Doc -  Doc Orthopedic. Bahasa senang Doc tulang. Pun sama tunjuk kat aku video hasil x-ray, bahu kanan dia patah. Memang patah pun aku tengok x-ray tu. Tapi Doc cakap biasa kalau tulang tu yang patah, dieorang tak buat operation. Kita hanya akan buat fisio dan tulang tu akan bercantum dan kuat dengan sendirinya. 

3rd Doc - Doc surgery. Dia kenalkan diri sebagai Doc Nabil. Doc bahagian surgery. Katanya hasil x-ray, mereka dapat detect ada pendarahan dalam kepala Kay. So Doc kata Kay kena buat emergency operation untuk buang darah beku tu dan stopkan pendarahan di kepala dia.  T_T . 
Doc cakap kita akan tunggu beberapa pakar datang untuk teruskan surgery ni. Dan mereka perlukan tandatangan atau kebenaran aku untuk buat emergency operation. T_T 
Doc Nabil try cool kan aku dulu. Lepas tu dia cakap, kita akan buat yang terbaik untuk Khairul. U doa yang baik baik je untuk dia. InSyaAllah semua akan ok. Pembedahan ni pun just a minor one. Should be semua akan okay. Aku tanya Doc if any risiko jika buat pembedahan ni. Doc cakap semua pembedahan ada risiko. Pendarahan yang banyak boleh berlaku semasa pembedahan tapi kita dah standby beberapa pack darah. Kalau tak buat operation risiko lagi besar dan teruk. So we proceed okay? Aku angguk and just cakap, Saya ikut je kalau Doc rasa itu yang terbaik. So Doc kata mereka akan prepare beberapa dokumen untuk aku sign. Aku angguk. Dia sempat cakap, u kena kuat. husband u kuat tu. Ok I'm crying again T_T

4th Doc will be last Doc yang jumpa aku. Dia kenalkan diri sebagai Doc bahagian mata. Doc Shahira nama dia. Time tu dia tengah check mata Kay. Tapi sebab Kay memang tak mampu nak bukak sebab bengkak yang teruk Doc cuba juga nak check. Time Doc bukakkan mata dia , dia dah meronta ronta sakit . Sampai aku minta tambah ubat tahan sakit tapi staff nurse yang jaga Kay tu kata ubat tahan sakit dah bagi maximum so tak boleh bagi lagi. Doc bagitahu aku buat masa ni dia tak boleh nak explain apa apa pasal mata Kay. Sebab mata Kay sangat bengkak. So kena tunggu lepas surgery kepala, dan bengkak dah surut nanti akan buat test pada mata dia untuk tengok bebola mata dia okay atau tak. Later akan tengok juga saluran atau saraf di belakang retina mata dia ada yang terjejas atau tak. So buat masa ni Doc cakap kita doa InSyaAllah mata dia will be okay. Banyak kali aku cuba tenangkan Kay setiap kali Doc Shahira nak buka mata dia sebab nak tengok reaction bebola mata dia tu. Doc cakap bawah mata dia ada koyak sikit, so kita akan jahit luka. Aku kata okay. So aku minta izin keluar dulu sebab takut tak mampu nak tengok dia jahit luka Kay tu. 

Staff Nurse pun minta aku settlekan bil dan dokumen Kay untuk buat surgery dan warded malam tu. Aku keluar, bagitahu mak ayah mertua aku semua keadaan Kay. Ayah mertua aku nak masuk, tapi mak mertua aku dah menangis berzikir kat luar. Aku faham sangat perasaan dia. Mak kot. Mak mana tak sedih tengok satu satunya anak lelaki dia macamtu kan. Settlekan bil semua aku duduk luar kejap. Call mama. Masa cakap dengan Mama tu aku rasa takde orang lain kat kawasan Zon Kecemasan tu. Ada aku je. Aku bagitahu Mama.. tipulah kalau aku tak nangis. Dari awal sampai letak phone aku menangis. Mama pun nangis. Berat nak cakap tapi kena bagitahu juga. Mama suruh aku kuat suruh aku sabar suruh aku doa suruh aku solat. Aku cakap aku takut. Mama kata aku kena fikir yang baik baik je. Mama pun akan doakan untuk Kay. Tengah cakap dengan Mama aku dengar HUKM panggil nama aku. So aku bagitahu mama aku kena masuk dalam balik Doc dah panggil. Aku pun dah bagitahu kawan kawan Kay yang tunggu dia malam tu kat Zon Kecemasan keadaan Kay. Lega juga bila dapat luahkan apa yang aku rasa time stress dan sedih dengan mama. Lap air mata masuk balik dalam zon kritikal. Doc Nabil minta aku sign beberapa borang untuk proceed Surgery di kepala Kay. Doc kata pakar dah standby untuk buat operation ni. Lebih kurang jam 11.30 malam kita ke Dewan Bedah ye. Aku angguk je. Tak cakap ape pun. 



Ramai kawan kawan dia datang malam tu. Tapi dieorang tak dapat tengok Kay. Waris je boleh masuk dalam tu. Tapi ada juga kawan kawan dia dapat masuk tapi masuk sorang sorang lah. 11.30 malam staff panggil aku , dia tanya kalau ada sesiapa nak ikut follow Kay ke Dewan Bedah sekali boleh jalan sekali. Aku nampak kawan kawan pejabat Kay je. Yang lain dah lepak kat parking kot. So siapa yang ada malam tu aku tanya kalau nak ikut hantar Kay ke Dewan Bedah. Semua nak ikut. So staff tu kata boleh takde masalah. Mak mertua aku berpaut je pada ayah mertua sebab dia nampak anak dia teruk macamtu. Kesian mak. Nangis je dia. 

sejuk gila tunggu depan dewan bedah tu

Sampai dewan bedah, Pakar datang jumpa aku. Dia brief lagi tentang surgery malam ni. So kalau aku nak tanya apa apa, tanya je. Alhamdulillah, dia jawab dengan sangat soft spoken dan ayat yang senang nak paham la. Aku bukan student Medic so tak paham term term depa. Kat  dewan bedah ada ruangan menunggu. So kami diminta tunggu kat situ. Pembedahan akan berjalan lebih kurang 3 jam setengah. Bukak phone baca whatsapp yang penting penting je. Mama Baba Acab Along on the way. Along call aku banyak kali tak sempat nak angkat. Aku call dia balik, Dia cakap dia on the way, Family memang selalu buat kita tacing kan.. huhuhuu.
Mak, ayah, aku dan sorang sahabat Kay, setia menanti sampai pembedahan selesai. Kita sambung next entry la. Lenguh jari menaip. Tata,,,, T_T


Hadiah Hari Lahir Yang Paling Menyedihkan

21 June 2017

Tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya. Tapi yang pasti hari lahir tahun ni akan menjadi kenangan paling sedih dalam hidup aku. Lama sangat menyepi dari dunia blog. Harini aku abadikan kisah hadiah hari lahir aku yang tak mungkin aku lupa sampai bila bila. Aku rasa cuma di blog je aku dapat luahkan segala galanya. Panjang sikit boleh menaip kan.



Status aku selepas hampir bertenang. T___T Baru mampu nak menaip dan mohon doa sahabat di media sosial. Jom aku #throwback balik saat dan ketika kejadian tersebut. 

1 Mac 2017 (Rabu) lebih kurang pukul 6.15 petang aku dapat panggilan telefon. Keluar nama suami aku, Kay. Bila aku angkat aku dengar suara orang lain. Takkanlah aku tak kenal suara laki sendiri kan. Over sangat. Masa tu aku baru sampai di parking basement nak cari parking . Aku dengar suara orang lain jantung aku dah mula berdebar debar time tu. Tak tau kenapa. Mungin sebab aku dengar suasana kat situ macam kelam kabut tapi aku cool je dengar brader tu cakap dengan aku. 

"Assalamualaikum kak, akak isteri En Khairul ke" 
Jantung aku berdebar gila time ni. Kenapa pulak ni? aku terus jawab 
"aah ye. Kenapa ye?" 
"Sabar ye kak. suami akak accident." 
Aku terus brake emergency time tu. Nasib baik belakang takde kereta lain. 
"hah!! kat mana??" 
korang boleh bayangkan nada aku time tu sampai Rayyan kat sebelah pun terperanjat. 
"kat mana dik? suami akak macammana?" 
dalam hati dah macam nak meletup jantung aku ni. Dalam akal dok fikir takkanlah Kay nak prank sebab besday aku. Melampau sungguh prank dia kalini. Tapi nakal nakal laki aku pun dia tak akan prank aku pasal benda benda macam ni. Benda ni melibatkan nyawa kot gila ko nak prank. Aku tanya budak tu lagi. 
"Betul ke dik?" dia jawab 
"Betul kak, tapi akak jangan risau suami akak ok. Akak sabar ye" 
aku tanya kat mana budak tu jawab area Sungai Besi. Aku macam 50-50 percaya atau tak.. Besday aku kot arini. Dapat berita macam ni. Kau rasa apa? Aku rasa nak pengsan ada nak menjerit pun ada. Aku diam je lepastu budak tu cakap dia dah call ambulan nanti dia akan bagitahu hospital mana. Tangan aku mengigil. Rayyan tanya kenapa mama? Kenapa mama menjerit tadi. Aku tak tengok pun muka Rayyan sebab kalau aku tengok CONFIRM aku menangis. Bukan senang nak control perasaan time tu depan anak. Sumpah aku tak tipu!!!. 
Aku diam kejap fikir fikir fikir. Aku terus ingat Dicky. Dia je kawan Kay yang aku rasa boleh tolong aku masa tu dan aku rasa dia je yang paling dekat dengan tempat kejadian tu. Aku call Dicky dia pun tak percaya apa aku bagitau. Tapi dia akan cuba call Kay dan cari Kay. Aku ok je time tu sebab takleh fikir da. Aku ajak Rayyan naik rumah cepat cepat. Sampai rumah aku masuk bilik terus tak keluar keluar. Emosi bercampur baur time tu ye. So I need to be alone dan doa benda ni semua prank. Aku tunggu budak tu call balik sebab dia call pakai handphone Kay. Bila aku call no Kay tak angkat lagi la aku berdebar debar. 
Tak lama tu Dicky call. 
"Yana, aku call Kay banyak kali tak angkat ni. Dia accident kat mana? Dia nak prank ko ke sebab besday ko kan arini. Dia baru wish besday ko kan pagi tadi?" 
Aku cuma bagi dia info apa yang aku tahu jelah. Aku pun tak tau semua ni prank atau betul betul terjadi. Perancangan Allah tu lebih hebat dari perancangan aku. Ikut plan stok eBookKu Islamic aku akan sampai malam tu. Sebabtu aku cakap dengan Kay balik rumah cepat sikit sebab nak minta tolong dia angkat stock yang berkotak kotak tu. Lori yang akan bawak stock eBookKu tu pun dah amek stock kat HQ dan dalam perjalanan ke Putrajaya. So aku tak boleh cancel kan sebab kalau cancel takut dia cas lagi mahal kan. Phone aku bunyi lagi 
"Kak, ambulan dah sampai kami hantar suami akak ke HKL ye" 
Betul la Kay accident ni? Ya Allah... aku cuma cakap ok dik nanti apa apa minta inform akak ye. Aku sempat tanya dia keadaan Kay masa tu. Dia kata Kay ok cuma luka sikit sikit kat muka. InSyaAllah takde apa apa. Aku terus call Dicky bagitahu ambulan akan bawak Kay ke HKL. Dicky kata dia terus ke sana. Alhamdulillah time tu aku memang harapkan Dicky je untuk tolong tengokkan Kay. Aku tak tau rupanya officemate Kay pun ada kat tempat kejadian dan ada dengan Kay sepanjang dia accident . Aku call uncle lori yang bawak stock aku tu minta datang cepat sikit sebab aku ada kecemasan. Time tu aku tak bagitahu sesiapa pun hatta mak dan adik Kay. Aku tak tau macammana nak bagitahu dan berdepan dengan diaorang. Seriusly blank. 
Phone aku berbunyi lagi. "Kak, kami request hantar ke HUKM ye kak. Tu yang paling dekat sebab suami akak nampak macam nak pengsan" 
T_____T Ya Allah... aku tak terkata apa. Cuma boleh cakap ok dan minta inform aku apa apa hal. Brader tu sms aku no kawan Kay katanya. Ooo no abg Wahid rupanya. Aku PM wife abg Fathi (officemate Kay juga) bagitahu Kay accident. Dia pun terkejut bila aku cakap Kay accident. Mungkin ada beberapa orang kawan Kay yang dah tahu dan aku bersyukur sangat sebab semuanya nak membantu. 

Berat sangat nak bagitahu mak mertua aku. Aku tak kuat sungguh nak berdepan. Aku bagitahu adik Kay yang no 2. Angah. Aku minta Angah yang bagitahu pada mak mertua aku apa yang terjadi. Aku? duduk dalam bilik jawab whatsapp jawab call . Everytime bercakap pasal Kay time tu aku menangis menangis menangis. Hati ibu dia tau ada yang tak kena. tapi takde sorang pun antara aku dan angah yang sampai hati nak sampaikan berita tu. Akhirnya bapak mertua aku bagitau. Menangis mak mertua aku. Aku tunggu stock sampai rumah dan minta biras aku tolong angkat stock stock eBookKu. Betapa bersalahnya dalam hati sebab terpaksa susahkan dia settlekan 12 kotak eBookKu tu. Bukan ringan tau berat juga setiap kotak tu dalam 20kg. Alhamdulillah Allah permudahkan juga jalan aku nak ke HUKM. Sahabat baik aku, Ryna, wife Dicky datang amek aku kat rumah bawak ke HUKM. Sebab aku tak tahu jalan ke HUKM. Ayah dan mak mertua aku follow dari belakang. Dicky dah pesan bawak baju dan seluar untuk Kay sebab nurse dah gunting baju dan seluar dia tadi. Aku memang tak terfikir Kay akan warded so aku bawak selai je untuk dia salin nanti. Baju aku pun aku tak bawak sebab tak fikir aku akan tidur di HUKM malam tu. T_T

Kita bersambung next entry ye. Bila aku kat HUKM apa yang jadi.... jeng jeng jeng

 


Saya terpaksa kelabukan warna gambar ni sebab takut pulak ada yang mimpi ngeri nanti kalau tengok gambar real. 

Thank you for reading.  

3 Bulan Yang Lalu

01 June 2017

3 bulan dah usia gambar ni. 
Banyak cerita di sebalik gambar ni
Semuanya bermula dari gambar ni
Kejadian ni berlaku pada hari lahir aku yang ke 32. 
Alhamdulillah 
Allah masih sayangkan dia
Allah masih sayangkan aku
Dia panjangkan masa dan jodoh kami untuk bersama

Next entry aku cerita semuanya ya
T_T

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign