blog kay & yana: June 2017

Hadiah Hari Lahir Yang Paling Menyedihkan

21 June 2017

Tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya. Tapi yang pasti hari lahir tahun ni akan menjadi kenangan paling sedih dalam hidup aku. Lama sangat menyepi dari dunia blog. Harini aku abadikan kisah hadiah hari lahir aku yang tak mungkin aku lupa sampai bila bila. Aku rasa cuma di blog je aku dapat luahkan segala galanya. Panjang sikit boleh menaip kan.



Status aku selepas hampir bertenang. T___T Baru mampu nak menaip dan mohon doa sahabat di media sosial. Jom aku #throwback balik saat dan ketika kejadian tersebut. 

1 Mac 2017 (Rabu) lebih kurang pukul 6.15 petang aku dapat panggilan telefon. Keluar nama suami aku, Kay. Bila aku angkat aku dengar suara orang lain. Takkanlah aku tak kenal suara laki sendiri kan. Over sangat. Masa tu aku baru sampai di parking basement nak cari parking . Aku dengar suara orang lain jantung aku dah mula berdebar debar time tu. Tak tau kenapa. Mungin sebab aku dengar suasana kat situ macam kelam kabut tapi aku cool je dengar brader tu cakap dengan aku. 

"Assalamualaikum kak, akak isteri En Khairul ke" 
Jantung aku berdebar gila time ni. Kenapa pulak ni? aku terus jawab 
"aah ye. Kenapa ye?" 
"Sabar ye kak. suami akak accident." 
Aku terus brake emergency time tu. Nasib baik belakang takde kereta lain. 
"hah!! kat mana??" 
korang boleh bayangkan nada aku time tu sampai Rayyan kat sebelah pun terperanjat. 
"kat mana dik? suami akak macammana?" 
dalam hati dah macam nak meletup jantung aku ni. Dalam akal dok fikir takkanlah Kay nak prank sebab besday aku. Melampau sungguh prank dia kalini. Tapi nakal nakal laki aku pun dia tak akan prank aku pasal benda benda macam ni. Benda ni melibatkan nyawa kot gila ko nak prank. Aku tanya budak tu lagi. 
"Betul ke dik?" dia jawab 
"Betul kak, tapi akak jangan risau suami akak ok. Akak sabar ye" 
aku tanya kat mana budak tu jawab area Sungai Besi. Aku macam 50-50 percaya atau tak.. Besday aku kot arini. Dapat berita macam ni. Kau rasa apa? Aku rasa nak pengsan ada nak menjerit pun ada. Aku diam je lepastu budak tu cakap dia dah call ambulan nanti dia akan bagitahu hospital mana. Tangan aku mengigil. Rayyan tanya kenapa mama? Kenapa mama menjerit tadi. Aku tak tengok pun muka Rayyan sebab kalau aku tengok CONFIRM aku menangis. Bukan senang nak control perasaan time tu depan anak. Sumpah aku tak tipu!!!. 
Aku diam kejap fikir fikir fikir. Aku terus ingat Dicky. Dia je kawan Kay yang aku rasa boleh tolong aku masa tu dan aku rasa dia je yang paling dekat dengan tempat kejadian tu. Aku call Dicky dia pun tak percaya apa aku bagitau. Tapi dia akan cuba call Kay dan cari Kay. Aku ok je time tu sebab takleh fikir da. Aku ajak Rayyan naik rumah cepat cepat. Sampai rumah aku masuk bilik terus tak keluar keluar. Emosi bercampur baur time tu ye. So I need to be alone dan doa benda ni semua prank. Aku tunggu budak tu call balik sebab dia call pakai handphone Kay. Bila aku call no Kay tak angkat lagi la aku berdebar debar. 
Tak lama tu Dicky call. 
"Yana, aku call Kay banyak kali tak angkat ni. Dia accident kat mana? Dia nak prank ko ke sebab besday ko kan arini. Dia baru wish besday ko kan pagi tadi?" 
Aku cuma bagi dia info apa yang aku tahu jelah. Aku pun tak tau semua ni prank atau betul betul terjadi. Perancangan Allah tu lebih hebat dari perancangan aku. Ikut plan stok eBookKu Islamic aku akan sampai malam tu. Sebabtu aku cakap dengan Kay balik rumah cepat sikit sebab nak minta tolong dia angkat stock yang berkotak kotak tu. Lori yang akan bawak stock eBookKu tu pun dah amek stock kat HQ dan dalam perjalanan ke Putrajaya. So aku tak boleh cancel kan sebab kalau cancel takut dia cas lagi mahal kan. Phone aku bunyi lagi 
"Kak, ambulan dah sampai kami hantar suami akak ke HKL ye" 
Betul la Kay accident ni? Ya Allah... aku cuma cakap ok dik nanti apa apa minta inform akak ye. Aku sempat tanya dia keadaan Kay masa tu. Dia kata Kay ok cuma luka sikit sikit kat muka. InSyaAllah takde apa apa. Aku terus call Dicky bagitahu ambulan akan bawak Kay ke HKL. Dicky kata dia terus ke sana. Alhamdulillah time tu aku memang harapkan Dicky je untuk tolong tengokkan Kay. Aku tak tau rupanya officemate Kay pun ada kat tempat kejadian dan ada dengan Kay sepanjang dia accident . Aku call uncle lori yang bawak stock aku tu minta datang cepat sikit sebab aku ada kecemasan. Time tu aku tak bagitahu sesiapa pun hatta mak dan adik Kay. Aku tak tau macammana nak bagitahu dan berdepan dengan diaorang. Seriusly blank. 
Phone aku berbunyi lagi. "Kak, kami request hantar ke HUKM ye kak. Tu yang paling dekat sebab suami akak nampak macam nak pengsan" 
T_____T Ya Allah... aku tak terkata apa. Cuma boleh cakap ok dan minta inform aku apa apa hal. Brader tu sms aku no kawan Kay katanya. Ooo no abg Wahid rupanya. Aku PM wife abg Fathi (officemate Kay juga) bagitahu Kay accident. Dia pun terkejut bila aku cakap Kay accident. Mungkin ada beberapa orang kawan Kay yang dah tahu dan aku bersyukur sangat sebab semuanya nak membantu. 

Berat sangat nak bagitahu mak mertua aku. Aku tak kuat sungguh nak berdepan. Aku bagitahu adik Kay yang no 2. Angah. Aku minta Angah yang bagitahu pada mak mertua aku apa yang terjadi. Aku? duduk dalam bilik jawab whatsapp jawab call . Everytime bercakap pasal Kay time tu aku menangis menangis menangis. Hati ibu dia tau ada yang tak kena. tapi takde sorang pun antara aku dan angah yang sampai hati nak sampaikan berita tu. Akhirnya bapak mertua aku bagitau. Menangis mak mertua aku. Aku tunggu stock sampai rumah dan minta biras aku tolong angkat stock stock eBookKu. Betapa bersalahnya dalam hati sebab terpaksa susahkan dia settlekan 12 kotak eBookKu tu. Bukan ringan tau berat juga setiap kotak tu dalam 20kg. Alhamdulillah Allah permudahkan juga jalan aku nak ke HUKM. Sahabat baik aku, Ryna, wife Dicky datang amek aku kat rumah bawak ke HUKM. Sebab aku tak tahu jalan ke HUKM. Ayah dan mak mertua aku follow dari belakang. Dicky dah pesan bawak baju dan seluar untuk Kay sebab nurse dah gunting baju dan seluar dia tadi. Aku memang tak terfikir Kay akan warded so aku bawak selai je untuk dia salin nanti. Baju aku pun aku tak bawak sebab tak fikir aku akan tidur di HUKM malam tu. T_T

Kita bersambung next entry ye. Bila aku kat HUKM apa yang jadi.... jeng jeng jeng

 


Saya terpaksa kelabukan warna gambar ni sebab takut pulak ada yang mimpi ngeri nanti kalau tengok gambar real. 

Thank you for reading.  

3 Bulan Yang Lalu

01 June 2017

3 bulan dah usia gambar ni. 
Banyak cerita di sebalik gambar ni
Semuanya bermula dari gambar ni
Kejadian ni berlaku pada hari lahir aku yang ke 32. 
Alhamdulillah 
Allah masih sayangkan dia
Allah masih sayangkan aku
Dia panjangkan masa dan jodoh kami untuk bersama

Next entry aku cerita semuanya ya
T_T

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign