Sejak jadi ibu ni aku memang sennnnnaaang sangat , sangat sangat senang tersentuh dengan anak anak kecil. Kalau ada anak kecil yang sakit, atau dijemput Illahi aku memang mudah menangis. Hati aku ni bukan dah macam tisu lagi dah... Dah macam tisu basah tau.. Mudah sangat terkoyak... Mesti semua tahu kisah budak perempuan yang mati dibunuh dengan kejam tu kan..? Budak tu mati hanya kerana dendam syaitan kepada ibunya.. Budak tu mati hanya kerana dosa dosa ibunya. Allah... Apalah dosa dia diperlakukan begitu... Semoga kamu tenang disisi Penciptamu sayang... Al-Fatihah... AMIN...
Semua orang kat Malaysia ni tahu kisah budak perempuan tu. Anak gelandangan. Aku baca kisahnya dari blog Mazidul Akmal Sidek. Tentang anak gelandangan ni memang buat aku banjir sungguh... Ramai rupanya anak-anak kecil yang sebaya anak anak kita tidur hanya berlapikkan surat khabar, kotak, berselimutkan baju berbantalkan lengan... Ramai... Sedihnya aku tengok... teringin nak pergi tengok dengan mata kepala sendiri tapi....aku nikan penakut... so aku memang tak punya kekuatan nak tengok kehidupan keluarga yang hidup di tepi tepi jalan nih.
Kalau aku kaya tentu aku dah buat satu rumah untuk mereka yang ada anak kecil.. Sekurang kurangya mereka tak perlu tidur di tepi tepi pejalan kaki atau di bawah pokok... Aku tak tahulah projek bantal Mazidul tu masih berjalan atau tak.. sebab entry entry yang aku baca tahun 2010... Berikan aku kekuatan dan peluang untuk aku beramal walaupun sedikit buat anak anak gelandangan ini... Janganlah terjadi lagi perkara yang menimpa adik Soffea kepada anak-anak yang lain... AMIN...
Pihak-pihak yang BERWAJIB... JKM bolehlah buat tindakan supaya anak anak ini tidak diabaikan...
sayang sayang mama, kamu patut rasa bersyukur sangat sangat sebab nasib kamu jauhhh lebih baik dari kawan kawan kamu... Walaupun mama tak mampu nak pakaikan yang mewah mewah buat kamu , mama tak mampu nak belikan mainan yang mahal mahal buat kamu, tp mama berusaha jadikan kamu anak anak yang bertuah kerana kamu adalah harta mama dan papa di akhirat nanti... Bersyukur ye sayang... kita kena selalu bersyukur... =)